Kaya dunia

2.2K 53 12
                                    

They say ' dream on kid, one day you'll achieve what you dreamt' . Tapi apa benda kau nak capai bila cita cita kau hancur diranap mimpi ngeri yang kau tak expect pun akan datang. Bila cita cita kau musnah, harapan kau nak jadi penyumbang kepada negara musnah. Apa lagi yang boleh kau jadi? Perosak bangsa lah beb. Ni yang korang panggil 'sampah masyarakat' 'bohsia' 'chia' 'anak haram' 'anak pungut' .

Tapi selalunya perempuan , bila kena attack , korang panggil dia apa? ''Pelacur''.
💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧

Mia. Budak berada, tak layan benda benda cikai . Pakaian semua branded, makeup Malaysia tak hamak. Nak makeup pergi London sana. Umur baru 16. Sekolah biasa je sekolah kluster. Daddy kerja CEO syarikat sendiri. Mia Adrina Sofea . Nama sedap , molek , ayu je. Tapi perangai? Haha jangan risau , perangai dia tip top beb, pandai, kalau boleh semua subjek dia je rampas semua Grade A. 🤷🏻‍♀️. Peramah, sopan santun dan lemah lembut. At least for now 🙍🏻.

But macam cerita cerita novel yang lain, setiap karakter mesti ada flaws dia ye dok? So mia ni tak suka agama. Kalau sekolah buat program agama, bagi seribu satu alasan der taknak join. Instead dia lepak kat mall pergi karok, pergi clubbing. So netizen label mia as 'penyangak' 'member setan' tak pun 'kafir/yahudi'

Haha. Kalau ada program agama mengejut  pagar sekolah belah belakang tu .... panjat beb . Ponteng balik rumah tidur. Ustazah semua peghati je mia ni .  Ye lah nak attack mia ni mentally tak boleh. Anak org kaya korang faham faham je la.

Tapi pelik, macam mana, orang yang macam mia ni yang takde agama boleh berjaya lebih daripada orang yang bertungkus lumus busting their butts studying . ? ALLAHU SIS TAKTAHU.

Boleh dikatakan in one point mia ni jenis orang yang takde sivik. Well takpayah cakap lah, satu sekolah dah label dia 'ratu kafir sekolah' sebab apa? Alah der sebab tak suka agama je. Anyways ... bukan salah mia pun dia tak suka agama. Nak buat macam mana, daddy kawin dengan mat saleh . Both mummy and daddy takde ajaran agama, even basic pun takde. Daddy pulak jenis yang cepat influenced by society. Pergi clubbing, minum arak, main perempuan even dah ada wife. Kalau masuk rumah banglo triple tingkat mia ni, fuh ada bilik wayang, ada gym, ada sauna ada bilik specially untuk arak , semua jenis arak ada, kau namakan je semua dia ada. Apa vodka? Brandi? Tequila? SEMUA ADA LAH SIA

tapii bilik solat takde beb. Jangankan bilik solat, Al-quran, sejadah , TUDUNG APAH TAKDE.  Satu satunya benda yang 'beragama' dalam rumah tu just buku teks agama mia.

Macam mia, daddy pun tak suka agama. Bila radio keluar orang tengah azan, tutup radio. Tu masjid kat simpang rumah, hari hari lalu lalang tapi sekali pun tak pernah jejak. Bila jemaah masjid tanya
"Eh Dam tak solat ke? Dah masuk waktu ni , jomlah solat jemaah" . Apa dia jawab? " solat je dulu, ada hal sikit ni, sikit lagi aku datang sini balik". Haha janji melayu korang tau ah kan, dia punya sikit lagi tu sampai kiamat tak sampai sampai.

Pelik. Mia dengan Encik Adam ni takpernah rasa kesusahan ke? Malah mereka ni dilimpahi nikmat. Nikmat kejayaan, murah rezeki and such. Siapa je tak pelik. Bela hantu ke? Jumpa bomoh ke? Tah lah.

Even cemerlang mana pun keluarga mia ni, orang still melabel keluarga dia. Orang label encik adam 'bapak ayam' mia pulak kena label 'pelacur' .
As usual labelling ni semua tak penting bagi mia. Mia take away je. ( ambil dan blah ) jenis yang 'idgas' 'idgaf' . Hidup dia dah lengkap . Dia beranggapan semua yang maki hamun dia tu cuma dengki dengan life dia je. Yelah siapa je taknak berada dalam kasut mia ni? Kaya, lawa, pandai.

Tapi tulah, kalau agama pun 0% semua tu takde nilai bro. Seolah olah kau nak pergi pantai pakai spender, tapi spender transparent. Takde motif . Faham?

Haha. Seronok so far?
Wait for PART 2

Pelacur Where stories live. Discover now