002- ELYA (e)

150 14 9
                                    

"Silakan duduk," Winsclair menjemput aku duduk.

"Ahh, terima kasih."

"Saya ke dapur sekejap ya."

"Tak payah susah-susah. Saya datang sekejap je."

"Tak susah pun. Tunggu sekejap ya," Winsclair beredar dan meninggalkan aku seorang di ruang tamu.

Mataku melilau melihat rumahnya. Aku terkesima dengan susun atur perabot di dalam rumahnya. Nampak cantik dan elegant. Tersusun pulak tu. Semua perabot dihiasi dengan corak-corak bunga yang melambangkan english cottage.

 Semua perabot dihiasi dengan corak-corak bunga yang melambangkan english cottage

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku rasa... Segala perabot ni mesti dia import dari ne Kat sini, mana nak jumpa dengan design-design macam ni. Tak pun, mesti dia datang dari sana.

"Maaf menunggu," Winsclair datang bersama teko teh yang ditatang di atas dulang bersama biskut. Dia meletakkan dulang ke atas meja dan menuang teh ke dalam cawan kaca.

"Jemput minum."

Aku mengangguk dan tersenyum. Aroma haruman teh naik ke hidung dan ia sangatlah menyegarkan.

"Ni teh bunga matahari. Sesuai untuk orang yang dalam kesedihan. Ia memberi kesan tenang dalam hati bila meminumnya," jelas Winsclair.

"Terima kasih," ucapku lalu menyisipnya. Hurmm... Sedap! Aromanya memenuhi rongga hidungku... Dan juga hatiku.

"Apa yang boleh saya tolong awak?"

Aku menceritakan segala-gala yang berlaku. Dari A sampai Z. Dari kisah mengenai Tiara and the geng yang suka mengejek dan membuli aku, Kris datang dan berkawan denganku. Akhirnya... Kris menjatuhkan air mukaku.

"Jadi sekarang... Apa yang kamu nakkan?"

"Saya nak jadi cantik. Lebih cantik daripada Tiara, lebih cantik daripada semua orang. Saya nak, sayalah yang paling cantik!"

Winsclair tersenyum. "Tapi semua tu ada bayarannya."

"Berapa bayarannya?"

"Bayarannya adalah sesuatu yang paling awak sayangi. Sanggup ke awak membayarnya?"

"Sesuatu yang paling saya sayangi?"

Winsclair mengangguk.

Aku berfikir seketika. Sesuatu yang paling aku sayangi? Apa yang paling aku sayangi.

Kalau tak silap aku, aku tak de apa-apa. Apa je yang aku ada. Aku bukan pelajar yang pandai. Tak cantik. Tak de kawan. Ayah aku pun dah meninggal. Aku cuma ada ibu dan tinggal di rumah kecil yang biasa. Ibu pula cuma petani yang bertani di kebun peninggalan ayah.

"Baiklah. Saya setuju!"

"Baiklah."

Winsclair bangun dan meninggalkan aku kembali. Setelah itu, dia datang bersama sebuah lilin yang cantik.

Setelah itu, dia mengambil mancis dan menghidupkan api pada lilin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah itu, dia mengambil mancis dan menghidupkan api pada lilin. Aroma bunga sakura bergabung dengan aroma teh tadi memenuhi ruang tamu. 

"Bunga sakura diibaratkan seorang gadis yang cantik. Cantik tatkala dilihat. Wangi, dan lembut. Tiuplah lilin ini. Esok, awak akan bertukar menjadi perempuan yang paling cantik di sekolah awak."

"Maknanya... Mereka takkan kenal sayalah?"

"Mereka akan kenal awak. Dalam ingatan mereka, awak adalah perempuan paling cantik. Mereka takkan kenal diri lama awak."

Aku tersenyum gembira. Aku terus menutup mata dan ingin meniup lilin itu.

"Tapi ingat. Bayarannya akan diambil setelah kamu berubah menjadi cantik," kata Winsclair lagi.

Aku kembali membuka mata.

Risau pulak aku. Apa sebenarnya bayaran untuk lilin ni?

Untuk menjadi cantik, itu memang cita-cita aku. Tapi, macam mana kalau aku kehilangan sesuatu yang paling aku sayangi?

Pilihan A: MENIUP LILIN
Pilihan B: PULANG TANPA MENIUP LILIN


(sila tunggu bab selanjutnya ya)

SIRI PENGEMBARAAN TUJUH DIMENSI: HOUSE OF WAX.Where stories live. Discover now