002 - ELYA (a)

178 15 1
                                    

Kedebukk!!!

"Hahaha!!! Budak gemuk jatuh. Hahahaahahaha."

Aku mengesat tangan yang bercampur  lumpur tanah dengan darah ke baju. Perit dan ngilu pada tapak tangan aku tahankan saja. Mana tak perit, aku terjatuh pada batu-batu kerikil yang tajam-tajam tu.

Aku menahan sakit ngilu yang turut terasa pada lurut. Habis koyak stoking panjang yang aku pakai. Skirt paras lutut berwarna putih bertukar warna kepada coklat-coklat tanah.

Tiara and de geng masih tertawakan aku. Sama je macam orang-orang di sekitar aku. Semua ikut sama ketawakan aku. Aku tak tahulah, apa yang seronok sangat tengok aku jatuh. Ada aku geletek korang ke ha? Tak an? Habistu, kenapa ketawa macam tertelan machine gun? Tak reti nak berhenti.

"Eiiii... Yuckk. Tengok, selekeh betul si gemuk ni! Dahlah gemuk, hitam legam, selekeh pulak tu!" kutuk si Tiara lagi dan sambung ketawa dengan rakan-rakannya.

Aku cuma mampu menunduk ke bawah. Ya...aku akui...

Ya, aku tak cantik. Aku sorang je perempuan yang paling tak cantik dalam kampung ni. Dengan dianugerahkan kulit yang hitam legam selegam langit pada waktu malam, hidung pulak pesek sebab kena pijak tikus masa kecik-kecik dulu. Mata sepet sampai tak boleh nak bukak. Aku pulak terlampau comel sampai diorang kata aku gemuk.

Aku tak gemuklah. Cuma aku terlampau comel!

Cuba kau tengok, teddy bear dengan patung barbie tu, mana lagi comel? Mana lagi kau rasa nak peluk-peluk nak cium-cium?

Teddy bear an?

Tu maknanya teddy bear lagi comel dari barbie.

And maknanya... Aku terlampau comel!

Sila betulkan pandangan stereotaip kalian ya!

"Hei kurus gerempeng. Kau hingat kau cantik sangat? Hello... Dahlah kau tu kurus keding. Kalau angin lalu pun kau ikut melayang macam layang-layang. Mekap dahlah tebal berinci-inci. Muka cantik pun sebab guna camera 360 dengan b612 je buat apa? Pigi blahlah!!"

Aku menjerit sekuat hati.

Tapi macam aku cakap, aku jerit sekuat hati... Tapi hati tak de kotak suara. Dan jeritan tu cuma didengari oleh telingaku saja.

Hakikatnya... Aku cuma tertunduk seribu bahasa...

"Dia ni tak layak sekolah dekat sini. Pelajar macam dia ni cuma akan rosakkan nama baik sekolah kita je! Sekolah ni cuma untuk pelajar-pelajar yang cantik-cantik, kurus-kurus macam kita je. Bukan untuk orang macam dia ni. Betul tak?" Ginger pula bersuara sambil melilit jari pada rambutnya. Terlampau gedik aku tengok!

"Eh... Dia ni orang ke?"

"Haah kan. Dia ni orang ke?"

"Jangan-jangan anak raksasa. "

"Hahahah"

Mereka ketawa lagi dan lagi. Aku pula cuma menutup mata rapat, menekup muka dan mengemam bibir. Menahan diri dari menangis.

"Hei, korang buat apa tu?!" jerit satu suara dari jauh. Aku pula masih statik di atas tanah.

"Korang buli dia lagi? Mesti korang yang tolak dia kan?" soal suara itu lagi. Aku masih menutup mata dan menekup muka.

"Hei, jangan nak tuduh-tuduh, ok? Kau rasa kitorang ni larat ke nak tolak dia sampai jatuh? Dia yang tergolek sendiri. Hahaha..."

"Lebih baik kau pergi sekarang. Kalau tak, aku adu perkara ni pada Sir Paul."

Mereka terdiam seketika.

"Ok, fine. Kitorang pergi. Well, aku tak naklah nama baik aku tercemar sebab si budak gemuk ni. Apa-apa ntah. Hahaha.. Ok girls, let's go."

Kasut tumit tinggi mereka kedengaran terkedek-kedek meninggalkan aku dan aku masih lagi tidak membuka mata. Mesti dorang tu susah nak jalan sebab skirt ketat sangat.

"Elya..." tiba-tiba namaku dipanggil.

"Elya..." dia memanggil lagi. Tapi kali ini seperti lebih dekat dari tadi. Aku lantas mengangkat wajah dan membuka mata.

"Kau ok?" aku melihat wajahnya yang hanya beberapa inci saja dengan wajahku. Dia yang sedang duduk berlutut dengan satu kaki terus menerus menikam mataku dengan anak matanya.

Dia.... Dia ni...

KRIS!!!

CRUSH AKU!!!

Ya ampun!!! Malunya aku!!!! Crush aku jumpa aku masa tengah kena buli!!!

"Awak ok, Elya?" dia menyoal lagi. Matanya kuat menikam anak mataku dan aku hampir hilang oksigen sebab terlupa cara nak bernafas.

Weiiii... Dia tahu nama aku? Like... Seriously???!! Tak sangkanya aku Kris boleh tahu nama aku. Aku dah rasa macam peluk bulan dan sekarang ni.

Dan-dan rasa perit kat tangan ni hilang...

"Ahhhh....ok."

"Meh..." kali ini Kris menghulurkan tangannya. Aku terkebil-kebil melihat hulurannya itu.

Ya ampun!!? Dahlah tahu nama aku, dia hulur tangan dia pulakk!!!

Aku pada mulanya teragak-agak untuk menyambut tangannya... Tapi, takkan nak tolak tuah an. Aku lantas menyambut tangannya dan dia menarik aku bangun dari lopak lumpur.

"Mesti dorang tolak awak kan tadi?"

Aku cuma mengangguk kecil dan menunduk.

Malu! Dahlah first time berdepan dengan Kris, dapat pegang tangan dia pulak tu.

"Dorang tu memang kaki buli kan? Saya selalu nampak dorang buli awak. Tak guna betul dorang tu!"

"Awak selalu nampak?"

"Iyela. Awak kan sekelas dengan saya. Dorang tu pun sekelas dengan saya. Mestilah saya selalu nampak."

"Awak tahu saya sekelas dengan awak?"

"Mestilah. Kenapa? Pelikke?"

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Tak sangkanya aku... Dia tahu aku sekelas dengan dia. Sebab selama ni, aku ingat dia tak sedar pun kehadiran aku dalam kelas tu.

Iya... Aku ni pendiam sikit. Tak bercampur sangat dengan orang. Hari-hari sorang-sorang. Pergi makan sorang-sorang. Pergi kelas sorang-sorang. Balik kelas pun sorang-sorang.

Nak macam mana. Siapa ajelah nak kawan dengan aku an?

Mata Kris melilau pada pakaianku. Diperhatinya setiap sudut sampai aku tertunduk malu.

Tiba-tiba dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dan mengambil tanganku. Dan dia terus mengelap tapak tanganku yang berbalut tanah dan darah itu. Aku terkesima.

"Nah. Lap baju awak tu," sapu tangan itu diletakkan di tapak tanganku.

Aku mengangguk dan terus mengelap baju yang kotor dengan bahagian sapu tangan yang masih bersih.

"Lain kali jangan kasi dorang buli kau lagi, keyh?" ucapnya seraya tangannya menggosok lembut kepala aku sebelum dia bergerak pergi. Sampai rambut aku pun jadi berselerak. Tertunduk-tunduk aku sebab malu.

Aku melihatnya berlalu dengan tersenyum lebar sambil merapikan semula rambut. Sapu tangan pemberiannya aku genggam erat.

Kriss.... Terima kasih!!

SIRI PENGEMBARAAN TUJUH DIMENSI: HOUSE OF WAX.Where stories live. Discover now