part 1

883 31 6
                                    

Kenapa orang panggil sy "INSANE" atau lebih difahami "GILA"..., tapi tiada apa yang pelik pada diri sy juga bei...kecuali sy boleh nampak...berkomunikasi n masuk ke dunia lain 😂 eisehh...pikir doremon ka...aii nda bah...maksud sy alam gahib bah. Dimana , hanya orang2 yang terpilih memiliki kelebihan ini..n Sy adalah salah satunya. Di sini sy mau kongsi sama kamu semua...walaupun kamu tiiiidak betul percaya tentang keberadaan roh2 di sekeliling kita....tapi jangan la sampai memulaukan orang2 seperti sy...ah. ✌.

Bah sebelum tu kita berkenalan dulu...nama sy Astrid (bukan nama sebenar), sy ada kedua2 ibu bapa yang sangat kuat beribadat....mereka sangat diberkati Tuhan. Kehidupan serba lengkap walaupun hanya sebagai petani n ada la membuka restoran di pekan dalam daerah K (rahsia). Sy ada 3 adik- beradik, yang sulung abang....yang 2nd kakak n sy anak bongsu. Abang Charles( bukan nama sebenar) sy sudah berkahwin, kakak ipar sy bernama Emma( bukan nama sebenar) n sekarang menetap di bandar kk...abis durang dua2 kerja sana. Kakak sy Jessica(bukan nama sebenar) pula masih menuntut di salah satu universiti awam di seberang. Sy pada masa kini masih menuntut di pra-U..di daerah lain..n sekarang sy tinggal di asrama (which terpaksa sebab urang kampung cakap2 pasal sy di kampung...jadi...sy memilih untuk mengasingkan diri dari semua orang). Di sini tiada yang mengenali sy....n dorang tidak tau kebolehan sy untuk melihat benda2 gahib. Semenjak meningkat dewasa...sy nda mau sudah menggunakan kebolehan ini untuk menolong orang lain. Lain yang sy buat...nanti lain tu durang fikir..malas sy. Biarlah....kasi rahsia saja...buat apa juga mau kasi ketara kan?😁 haha. Bah....kamu nda sabar tu kan mau baca sampai part seram2...😂, nda tau ni penceritaan sy sampai ka nda...tapi yang penting kamu faham la ah.

5 tahun lepas......masa tu sy baru mau PMR....belum ada PT3 masa ni ah. Masa ni la mulanya sy perasan boleh nampak something yang orang lain nda boleh tingu. kejadian pertama kali sy boleh nampak adalah roh anak buah.

Sy tidak ingat sudah bila lagi sy boleh nampak tu budak selalu main2 sana bawah pokok jambu. Seingat sy, pokok jambu tu abang tanam untuk bagi tanda kubur baby durang yang meninggal 4 tahun lalu. Sy masih ingat lagi..abang siap bagi pagar tu kawasan supaya tiada sesiapa yang boleh masuk. Kebetulan pula tu kubur kan.. sy boleh nampak dari jendela bilik. Asal study malam sy biasa buka jendela ( jenis slide ) supaya ada angin2 fresh masuk. Masa baru2 sy nampak tu budak sana...bikin hairan juga la..kembang juga bulu roma sy..eeee. Besoknya, sy tanya mami kalau ada rumah di belakang tu buah2an, mami bilang ada juga rumah jiran sana. Jadi, dari sana sy positif saja tu budak perempuan adalah anak tu jiran sana belakang kebun kami. Sy pun kesiukan juga tengo tu budak main2...dia lari pusing2 tu pokok...sy dengar juga sikit suara dia ketawa2, tapi yang bikin sy sumarat kan..kalau sy tingu dia lama-laaama, pandai tu dia berhenti n meningu sy balik. 😫. Sy tidak berapa nampak jelas tu muka dia..tapi emm...pelik ni...sy rasa seram sejuk...tiap kali dia buat begitu.

One fine day, sy rasa dalam 1 bulan sudah tu kejadian ..sy nekad mau pigi check tu pagar di belakang rumah. Mana tau mangga dia terbuka, sebap tu budak2 pun boleh masuk sana. Nda bagus juga bah pigi main2 di atas kubur, budak2 lagi tu. So.. Lepas dari sekolah tu sy balik petang sudah dalam pukul 6pm, maklum lah kelas hujung2 jadi kelas sy sesi petang. Sy tidak terfikir pula mau pigi time pagi2 tu...humm..😑. Tidak juga berapa semak tu kebun kami...apa lagi tu kawasan kubur anak buah sy, memang tiap minggu abang pigi kasi bersih..jadi clear betul tu pokok jambu satu saja di tengah2. Sy siap2 bawa mangga/lock baru lagi pigi sana..just in case. Tidak jauh bah...dekat saja pun, sampai saja sana bikin hairan juga tu mangga di pagar masih baru lagi n memang senentiasa kena lock. Sy pigi cuba tarik2 tu mangga...memang tidak boleh terbuka pun bah. Humm...mungkin ada lubang tempat tu budak masuk.., so sy pusing2 tu kawasan...langsung tiada pun tempat masuk. Punya la berdiri bulu roma sy masa tu.., berlarian terus sy balik pigi rumah. Sy nampak mami di dapur terus sy tanya kalau2 dia pernah nampak tu anak kecil jiran pigi main2 di kebun.

INSANEWhere stories live. Discover now