Ada member tanya semalam dekat aku:
"Betul ke orang yang kau rapat tu mungkin dia akan tinggalkan kau suatu hari nanti?"
Okay baik, aku nak terangkan sikit dekat sini.
"Iya memang betul."
Tapi....
Kalau datangnya dia dalam hidup kau tu Allah dah tetapkan hanya untuk sementara. Sementara sahaja lah.
Macam aku dengan kau. Mana tahu suatu hari nanti kau pun akan tinggalkan aku, atau aku yang akan tinggalkan kau. Kita tak boleh nak jangka. Betul tak?
Dia tinggalkan kita ni sama ada dia pergi atas kehendak dia sendiri, ataupun dia pergi atas kehendak Allah swt.
Kita kena terima, kena redha sepenuh hati walaupun aku tahu kau tak mampu nak hadapi orang yang kau sayang hilang macam tu ja.
Jadi....
Selagi dia ada, kita cubalah jaga dia sebaik-baiknya. Hargailah pengorbanan dia, masa dia dengan kita, susah senang dia dengan kita.
Jangan bila dia dah tak ada, baru kita sibuk nak hargai dia semula. Masa tu semua akan menjadi sia-sia.