SIS SUKA DIA...

104 3 0
                                    

PART 1 #SIS LOVE YOU by #KilaAnuar

Hyeeee!!! Nama aku Kalish Liyana. Boleh panggil aku Kalish je. Umur aku? Hmm. 31 tahun. Status? Masih bujang. Kadang aku stress dengan soalan soalan makcik makcik bawang sekalian yang tanya..

"kalish..bila hang nak kahwin?"

Takpunnn..

"Kalish..umur hang ni dah patutnya ada dua tiga orang anak dah"

Ketahuilah makcik makcik bawang sekalian. Jodoh itu rahsia Allah.

'Memang lah rahsia Allah. Tapi kalau kau tak mencari kau fikir dia boleh datang bergolek? Usaha lah.. semuanya memang dah diatur. Tapi kalau kau tak usaha. Tak ada apa pun yang akan datang sendiri' , bisik hati aku. Jahatkan hati ni? Bukan nak bekap tuan punya hati. Pengkhianat! 😏

Ha! Nak tahu apahal aku ni sampai dah 3 series pun masih single? Haha. Sebabnya..hmm. aku ni sangat memilih. Pastu sebelum ni dalam kepala otak aku cuma study study study. Habis study aku nak dapat kerja bagus. Capai cita cita aku sebab aku ada matlamat. Matlamat aku...nak buatkan mama aku yang selalu je pandang rendah pada aku akan terbeliak biji mata dan bangga pada aku. Kadang ada gak aku rasa macam down kan aku tak kahwin lagi padehal adik aku yang bawah aku dah kahwin anak dah ada dua dah. Aku je yang jodoh tah sesat kat mana sekarang ni.

Okay, aku akui..pernah lah dulu zaman kuliah. Ada lah aku syok kat sorang mamat ni. Zarif Afif nama dia. Macho. Anak orang berada. Dia pun minat kat aku. Dah bertukar tukar no telefon terus kami rapat and kami declare as couple. Tapi weh, hubungan kitorang kekal selama setahun je. Nak tahu pehal?  Zarif dah ada perempuan lain. Yang paling aku tak boleh blah. Minah tu tua 6 tahun dari dia. Minah tu F.A di sebuah syarikat penerbangan terkenal Malaysia. Cun, body mantap. Biasalah F.A kan. Tak kan buruk.

Since aku frust menonggeng tu. Terus aku bertekad nak study betul betul. Malas nak fikir pasal lelaki. Mujur lah aku ni yang jenis cepat move on. Aku sibukkan diri aku dengan bahan bacaan, sibukkan diri di library. Tak pun potpetpotpet bergosip pasal retis dengan bestie (best friend) aku Fara Ella. Bagi aku.. "NO MEN NO CRY" dan lelaki lelaki yang cuba tackle aku semua aku jual mahal.

Pernah aku balik rumah parents aku, mama aku bising bising suruh aku kahwin dengan anak kawan dia, si Murad. Aku kenal si Murad ni. Budak nerd masa aku sekolah dulu. Perangai dari zaman sekolah menengah sampai lani.. tak berubah. Mama pun satu. Kalau ya pun nak pilih. Senonoh lah sikit kan. Ni yang suka korek tahi hidung pastu gentel gentel dan puas gentel eh dia boleh jentik merata rata. Weh! Geli weh! Laki macam tu nak jadi suami aku? Pelisss.. aku sangat utamakan kebersihan. Sebab kebersihan tu kan separuh dari iman. Yedak? Plus kalau kau pengotor, kau tak akan dapat aura positif dalam diri kau. Kalau aura positif pun takut nak singgah hidup kau, mohon kau terjun laut. 😏

Pastu weh mama ada kenenkan aku dengan sorang anak kawan papa, anak dato Amir. Dato Amir ni kawan papa aku dari kecik lagi. Kira anak dia ni memang lah aku kenal sangat. Kenal dari kecik lagi.Mama papa suruh aku keluar date jap dengan si anak dato Amir tu, si Fauzi. Ha ya so aku pun malas nak dengar beliau beliau bising membebel aku pun terus lah siap pergi keluar dengan mamat Fauzi tu. Tapi belum apa apa lagi eh dia dah pandai tangan merayap pergi peha gebu aku ni. Aku apa lagi... mengamuk lah. Terus dia minta maaf pada aku. Siap merayu jangan bagitahu parents masing masing. Hahaha.

Adoyylahhh! Sis rasa sis ni happy hidup solo macamni. Tak ada orang kacau. Hidup aku ni celik je ingat office. Balik dari office, mandi, makan, tidur. Tu jelah. Dulu masa Fara belum kahwin ada gak peneman aku dalam rumah. Tapi since kawan baik aku tu dah ikut putera katak dia, aku keseorangan di dalam rumah ini. Malas nak cari housemate lain. Sebab aku ni jenis yang secure terlebih. Orang tetua kata lebih baik kau ada berjaga jaga.

SIS LOVE YOUWhere stories live. Discover now