Bab 1

4.4K 50 19
                                    

        "This is for you. I know you've been looking for Isaac Iskandar all these years. So, good luck Malissa!"

       Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata lelaki misteri yang berpakaian serba hitam dari atas ke bawah tu. Macam James Bond pun ada!

      Tapi, James Bond yang itu siap pakai topi hitam di kepala. Sudah la tak bagi salam! Isk, bukan James Bond ni. Tapi... jebon! Sakit hati pulak hati aku. Manakan tidak? Main approach aku macam tu aje. Nasib baik tak tersembur teh masala yang sedang aku hirup kat kedai mamak tu.

      Selepas meletakkan sampul di atas meja, dia terus berlalu. Tak sempat aku nak kejar pun. Tidak sama sekali aku menjangkakan di dalam sampul itu berisi maklumat ini.

      Bebola mata kini tertancap pada kertas di tangan. Maklumat yang sememangnya sudah dua tahun aku cari dengan payahnya tiba-tiba datang bergolek di hadapan mata. Ajaib bukan?

     Aku cuba mengingati rupa paras di sebalik kaca mata hitam yang terletak kemas di wajah lelaki misteri itu namun, hampa. Dengan topi besar di kepala yang menutup sebahagian wajahnya, memang sukar bagi sesiapa sahaja hendak melihat wajahnya dengan jelas. Lagipun, tumpuan aku hanyalah pada sampul di atas meja. Risau kut masa tu. Mana tahun dia letak bom je apa... tak ke niaya aje?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ti Amo Sweetheart 100 HariWhere stories live. Discover now