EDITED BY EVA CHRISTIAN
STORY BY JOYCE BILLY#UndefinedLove
Part 5.
Joy📩: "Jamie, saya tunggu kau di tempat biasa kio.. Sini kadai makan aunty saya".
Saya kasitau si Jamie awal-awal. Hari ni kami balik pigi KK sudah kan.
Jamie📩: "Okey! Tapau nasi goreng ayam untuk kami Joy.. Tq".
Joy📩: "Okey".
Tidak lama, Jamie and David sampai. Saya naik kereta, jalan terus. Selepas habis makan, Jamie tidur. Duii bah, ni sumandak ah.. Kuat tidur dalam kerita. David fokus driving. Mengelamun saya sepanjang perjalanan balik KK.
"God, what next? Apa yang akan saya hadapi selepas ini? Masih boleh diselamatkan kah hubungan saya sama Sean?" 😔.
Last saya mesej dia hari tu, belum ada reply lagi dari Sean sampai hari ini.
Beep!!.
Begegar-gegar phone saya dalam bag.
Sean📩: "Joy, bila ada masa free untuk jumpa?".
Joy? Bukan sayang kio? Baru mau jumpa? Paling bagus lah si buaya ni tau😒. Tiba-tiba saya terasa benci betul sama dia.
Joy📩: "Otw balik kk sudah.. Kalau ada hal mau bincang, text saja lah Sean".
Sean📩: "Kita jadi kawan sajalah Joy.. Saya minta maaf banyak-banyak".
Joy📩: "Kenapa?".
Sebenarnya, Saya sudah kasih ready bah juga hati saya kalau Sean mau break. Tapi, oh hati 😔 kecewa juga bila itu jadi realiti.
Saya tutup muka saya guna selendang. Tidak mau konon si David nampak. Jatuh air mata saya 😢.
Sean📩: "Sorry, saya tidak dapat kasih terus hubungan kita dua.. Take care".
Senang kan lelaki kasih luah?😔.
Joy📩: "Do you have somebody else Sean?".
Apa baini soalan saya ni. Tapi mau juga saya rasa puas hati.
Sean📩: "Yes.. I’m sorry".
Makin laju air mata saya mengalir. Hujan lebat sama kabus tebal di luar. Ni cuaca pun tau juga keadaan hati saya? Saya tahan-tahan suara saya dari tekeluar. Oh no! Saya tidak boleh nangis😢. Sayang air mata saya untuk lelaki tiada guna macam Sean. Saya pujuk-pujuk hati saya sendiri.
Sampai KK, cepat-cepat saya angkat barang-barang saya naik atas. Jamie sama David ajak pigi makan pun saya tidak join. Jamie tapau makanan untuk saya saja nanti.
Saya rasa tidak puas hati dengan Sean 😔. Kenapa dia berubah hati begitu cepat? Siapa lah kunun sumandak baru dia? Arrggh!! Saya tidak bulih macam ni. Saya mesti mau dapat jawapan dari dia. Saya try dail number dia.📞 Tut.. Tut..
Sean📞: "Hello..".
Saya terdiam seketika. Sebak dalam hati. Susahnya ni suara saya mau keluar.
Sean📞: "Hello..".
Sean masih tunggu saya dihujung talian.
Joy📞: "Ya.. Hello Sean..".
Serak sudah suara saya.
Sean📞: "Ada apa Joy?".
Lembut suara dia menanya.
Joy📞: "Macam mana kau boleh ada dia?".
Nangis sudah saya😢. Becakap pun susah sudah sebenarnya suara saya mau keluar.