"oo ko sombong ya....tggu shja ko nnti...sy akan buat ko tunduk sma sy..haha!!!!"
dari smk smpai skrg,dia tolak cinta sy...sombong betul...awas ko nnti..sy jumpa dulu org pandai2....😏😏😏
kisah c dony,yg jatuh cinta sma seorg pmpuan bnama Janet,tpi cintanya dtolak mentah2..dia berusaha utk mnundukkan hati pmpuan tsebut....cinta dan dendam mbuak2 dhatinya...smpai la satu hari dia tdengar psl KAYU BALABAK SI LAMPITUK..
(ARTIKEL INI DIPETIK DARI GOOGLE)
Pernahkah anda mendengar legenda Pugai Balabak dan perempuan yang bernama Si Lampituk?.Si Lampituk adalah seorang perempuan di Pulau Balabak yang mempunyai 7 orang suami.Dialah yang mula-mula menemui kayu Balabak untuk dijadikan minyak pengasih sehingga siapa sahaja yang terkena minyak pengasih Pugai Balabak akan tunduk kasih dan sanggup mati demi orang yang mengenakan minyak pengasih ini.Kayu Balabak amat sukar didapati dan kayu ini penuh mistik dan seribu satu keajaiban.Pokok Kayu Balabak hanya tumbuh di Pulau Balabak dan di Pulau Banggi sahaja, itupun amat sukar untuk dijumpai kerana pokoknya tergolong dalam pokok ghaib seperti juga kunyit hitam.
Ciri-ciri Kayu Balabak ialah ia tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti tunduk menyembah bumi menjadi bentuk Lam Alif atau Lam Jalalah. Walaupun ia membesar dan menjalar tetapi pucuknya tetap diakarnya sehingga pokoknya mati. Pokok ini hanya berdaun di hujungnya dan daunnya bujur runcing dan berbunga putih. Pokok Kayu Balabak hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun sekali dan bunganya hanya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja ketika bulan mengembang penuh 15 haribulan. Keesokan harinya, bunganya akan ghaib dengan sendirinya ketika fajar mula menyinsing. Justeru itu, amat sukar untuk ditemui bunga Pokok Kayu Balabak dan sepanjang yang diketahui setakat ini hanya Si Lampituk sahaja yang berjaya memperolehi bunga tersebut dalam keadaan segar. Si Lampituk telah meramu bunga Kayu Balabak bersama akar dan batangnya menjadi minyak pengasih yang amat dahsyat. Ibu minyak Si Lampituk inilah yang diwarisi dari generasi ke generasi dan jika ada yang meminta minyak Pugai Balabak akan diberikan minyak dari ibu minyak Si Lampituk bersama-sama secebis keratan kayu Balabak.Minyak ini walaupun hanya setitis sudah memadai kerana ia akan bertambah dengan sendirinya setiap bulan mengambang penuh dengan syarat ada cebisan kayunya bersama-sama minyak tersebut.Menurut legenda, minyak pengasih yang dipanggil PUGAI BALABAK amat sukar dibawa menyeberang lautan. Jika dibawa menyeberang lautan, maka angin taufan dan ribut akan bertiup dan mengejar si pembawa minyak ini.Segala ikan dan burung juga akan mengikut si pembawa Pugai Balabak untuk merebut Pugai Balabak dan ini termasuklah ikan yu dan burung camar yang berpusu-pusu mengelilingi Pugai Balabak.
Jika disimpan di darat pula semua binatang sama ada burung, haiwan berbisa, semut, lipan dan bermacam-macam lagi binatang akan tertarik kepada Pugai Balabak. Jadi, pantang sekali minyak ini disimpan di rumah kerana ular dan lipan akan selalu menziarah. Si empunya Pugai Balabak jika minat beristeri lebih alamat penuh kuota empat jawabnya. Namum begitu, Pugai Balabak sebenarnya adalah serba guna khasiatnya termasuklah sangat ampuh untuk menarik penyokong bagi ahli politik dan pelaris yang amat dahsyat tergantung niat dan kecendeungan si pemakai. Justeru itu, ramai yang mencari Pugai Balabak untuk diproses Tarik Duit dan kekuatannya melebihi 7 kali ganda Kebal Umum.Keampuhan Pugai Balabak adalah mengikut angin. Justeru itu, Pugai Balabak boleh digunakan walaupun dari jarak jauh melintas lautan. Jika ia dikenakan kepada si mangsa, cukup hanya ambil minyaknya seru nama si mangsa menggunakan jampi Bahasa Balabak si mangsa akan merindu, menangis dan sanggup berenang menyeberang lautan untuk menemui si empunya pugai.
Kayu Balabak di atas adalah Koleksi Peribadi penulis.Ianya belum lagi diproses dibuat Minyak Balabak. Walaupun ianya adalah batang sahaja, tetapi Insya Allah jika kena gayanya..(artikel ni dpetik dri Google)
selepas mbaca artikel ni,c dony mula berhasrat utk pergi ke Pulau BALABAK utk memiliki kayu tersebut.....smbil ketawa tbahak2...
"awas ko janet...sy buat ko suka sma sy smpai ko jilat taik sy!!!!"
just follow klu teringin baca...kisah ni dshare sma seseorg....xda perlu la kmurang tau dia siapa..tpi cerita ni BENAR..nama tu rekaan shja....
YOU ARE READING
Kayu Pugai (Completed) ✔
Random"ooo ko sombong ya... Tunggu saja ko nanti... Saya akan buat ko tunduk sama saya... Hahaha!!!!" Dari SMK sampai sekarang dia tolak cinta saya... Sombong betul... Awas ko nanti.. Saya jumpa dulu orang pandai²....😏😏😏 Mengisahkan tentang Dony yang...