Memang sudah menjadi rutin dalam hidupku selepas balik sekolah terus membuka telefon dan menekan aplikasi WeChat .Aku terus mencari nama 'boyfriend' dalam friend list aku.
"Assalamualaikum,you"
"Waalaikumussalam"
"You tengah buat apa?"
"Tidak ada buat apa-apa.You nak tak pergi AEON jumaat ini?"
"Buat apa?"
"Kita pergi date <3"
"Nanti I fikir ..."
"Ok.I love you"
"Love you too"
Pada waktu petang ,seperti biasa aku dan Allysya pergi ke kedai runcit untuk membeli makanan ringan untuk kami makan sambil berbual kosong.Allysya atau dikenali sebagai 'Scha' ialah jiran aku merangkap sepupu sebelah bapa.Kami selalu keluar bersama dan bermain bersama-sama sejak dari kecil lagi,umur kami hanyalah beza dua bulan.
Suatu hari,aku menanyakan Scha tentang boyfriend aku itu...
"Scha 'BF' Aya ajak pergi AEON jumaat ini.."
"Habis itu?"
"Aya nak ajak Scha sekali "
"Aya kenal dia berapa lama?"
"In about 3 months.."
"Tidak perlu sebab dia still lagi baru"
"Ok fine"
Beberapa minit kemudian ,Scha menanyakan aku sesuatu tentang 'BF' aku itu....
"Aya,apa nama Id dia?
"aika_1996"
"Aya handsome gila dia,muka dia iras macam Aiman.."
"Aiman mana pula ini?"
"Aiman ex-boyfriend Aya semasa sekolah rendah"
"Lupa pula sebab Aya sudah move on"
Waktu sudah mulai senja,aku meminta izin untuk pulang kerana beberapa minit lagi akan masuk waktu Maghrib dan drama'Meh,Sandar Pada Aku' akan ditayangkan tidak lama lagi. Setibanya kaki aku menjejaki ruang menonton televisyen, aku terus baring di atas sofa dan menghayati drama tersebut.
Setiap kali masuk waktu Maghrib,papa aku akan bergegas ke surau untuk menunaikan solat yang wajib dilaksanakan. Sementara itu,aku berfikir 'hari ini hari Ahad mesti papa pergi mengaji di surau,bolehlah aku call bf aku lama sikit'. Maklumlah baru form 2, parents' aku tidak membenarkan mempunyai smartphone sebelum mencecah usia 15 tahun atau selepas PT3. Selepas solat dan mandi,aku terus call 'BF' aku.
"Hello,you"
"Hello,biey tengah buat apa?"
"Sejak bila pula you panggil I biey ini?
"Entahlah biey tetiba pula"
"Ok fine,I tengah tengok drama."
"You sudah solat?"
"Sudah"
"Ok.I love you"
"Love you too"
Boyfriend aku ini memeng akan tanya soalan clishe'.Macam tidak ada soalan lain yang dia hendak tanya.Habis berbual dengan dia aku pergi ke aplikasi Whatsapp ,terkejut dibuatnya apabila mesej aku mencecah 1000 keatas. Yang paling Top ialah grup kelas seni A batch puteri,apakah yang dibualkan oleh mereka? Rupa-rupanya kerja sekolah yang belum disiapkan.
YOU ARE READING
Gadis Penawan Hati Prince
Storie d'amoreSebelum ini Lieya/aku telah bercinta dengan seorang lelaki yang bernama Harris Haikal di aplikasi WeChat,namun telah berpisah kerana didapati curang.Ketika bercinta dengan Harris, Lieya bermimpi yang seorang prince berkuda putih datang melamarnya t...