1

869 132 79
                                    


2 May 1999

" Jangan buli dia lah takda lagi ke manusia comel nak dibuli selain dia halah dahlah hodoh dia ni " Bebel Yoongi seorang diri sambil menolak kuat bahu si pembuli.

Jimin yang sudah menangis berlari menyorok di belakang Yoongi. Si pembuli berbadan gempal tersebut bangkit dan menayangkan penumbuk tembamnya betul betul hadapan muka Yoongi.

Kening kiri Yoongi terangkat. " Alololo comelnya dia punya penumbuk ni macam pau " Min Yoongi tergelak kecil.

" Kau hina aku ya ? " Si gempal itu memandang Yoongi geram. Hidungnya kembang kuncup menghela nafas marah.

" Dah tu ? Nak aku puji ke ? Boleh boleh. Bayar lu 3 dollars " Akhirnya Yoongi meletus ketawa dan diselangi dengan senyuman sinis.

" Weyh dahlah aku tak nak gaduh " Bisik Jimin di telinga Yoongi. Kakinya menggeletar melihatkan rakan sebaya yang membulinya yang 3 kali ganda lebih besar darinya. Sekali dijentik , mahu kritikal dibuatnya.

" Diam ah. Kau ni lembik sangat. Dia ni pun kau tak boleh settle ke ? Kita kan kuat " Dengan bangganya Yoongi berkata.

Namun apa kan daya , kerana mulut badan binasa.

" Aku dah kata. Umur baru 6 tahun buat cara 6 tahun. Kan dah kena belasah tskk tskkk... " Omel Jimin sambil mengelap air matanya yang tak henti henti keluar.

" Diam ah kau " Yoongi yang berlagak kental pun tak mampu mengawal air matanya dari jatuh.

Habis sakit sakit segala sendi tulangnya. Tulah celupar lagi mulut kan dah kena belasah.

Kedua mereka duduk bersila di belakang bangunan tadika tersebut sambil menangis.

" Mamaa ! " Teriak Jimin bersama bunyi hingusnya disedut kuat.

" Diam ah kau " Yoongi buat kesekian kali menghentak kepala Jimin dengan dompet doraemonnya.

" Aku dah berhenti nangis kot. Kenapa kau tak berhenti nangis ni " Bengis Yoongi melihat perangai rakannya seorang itu.

" Sakitttttt " Lebih kuat Jimin menangis. Kali ini dia melompat lompat sambil menangis nak tunjuk protes akan Yoongi.

" Kita ni dah 6 tahun lah kita dah besharrr janganlah lompat lompat macam ni kau fikir kau kodok ke syallllll " Lagi naik angin Yoongi dibuatnya.

" EYH APA YANG BOLEH BUAT KAU DIAM HA ?! "

Jimin berhenti menangis , buat seketika dia merenung rakan karibnya dengan bibir yang dimuncungkan. " Nak susu Mama. "

" Hanatlah kau takkan ah aku nak mintak dada mak kau pastu perah bagi susu kat kau !! " Kepala Jimin sekali lagi menjadi mangsa dompet doraemon Yoongi.

24 Februari 2017

Park Jimin tersengih akan kenangan bertahun tahun lamanya itu. Sampai sekarang bebelan Yoongi setiap kali dia menangis terngiang ngiang dalam kepalanya.

" Apa bengap senyum sorang sorang " Tegur Yoongi mencapak kotak boxer yang dibelinya untuk Jimin. Pantas kotak itu disambut dan disorokkan ke dalam kemeja putihnya.

" Weyh agak agak ah depan murid murid ni " Jimin berbisik malu.

" Lantak ah. Bebudak laki ni semua dah besar pakai boxer gak apa nak malu. Bebudak perempuan pun tak kenal benda tu apa " Ujar Min Yoongi selamba. Sebji buah rambutan dicapai dan digigit kulitnya sebelum diratah isi.

" Cikgu Jimin Cikgu Yoongi pun pakai boxer ke ? Yeayyy kita sama Nina pun pakai boxer jugak " Sampuk seorang pelajar perempuan sambil melucutkan seluarnya kebawah mempamerkan boxer pinknya.

" Eh Nina !! " Terjerit Jimin mendapatkan kanak kanak 5 tahun itu. Lantas seluarnya ditarik ke atas semula. " Jangan buat macam tu lagi lah tak senonoh sebagai seorang perempuan tau. Nanti cikgu rotan baru tahu ! " Jimin memberi amaran.

Nina memuncung. Jimin terimbau kembali apabila dia juga selalu memuncung apabila dimarahi ketika waktu zaman tadika. Lebih lebih lagi dimarahi oleh Yoongi.

" Baik Cikgu Jimin. Nina janji Nina tak buat lagi " Nina menunjukkan jari kelingkingnya untuk disatukan dengan Jimin. Jimin tersenyum.

" Nak kiss boleh ? Kat pipi " pinta Nina.

" Dahlah kau Nina kecik kecik dah menggatal " Yoongi membuat muka menyampah.

" Biarlah dia. Kau masa kecik takda pun nak manja manja dengan aku macam Nina manja dengan aku. Kau reti raba aku je kerja " Seloroh Jimin.

" Cikgu Jimin Cikgu Jimin ! Raba tu apa ? "

" Eh ?! "

Yoongi menepuk dahinya. " Apa bendalah kau ajar dia ni Jimin. Pepandai ah kau jawap dengan mak budak tu nanti "

(≧∇≦)/

Rainbow Vs Hell • YoonminWhere stories live. Discover now