Muhrim, Mahram dan Ajnabi

4.4K 12 0
                                    

PERBEZAAN ANTARA MUHRIM, MAHRAM DAN AJNABI​

⏩ ​MUHRIM​
Muhrim adalah bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.

Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.

⏩ ​MAHRAM​
Bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita.

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. Begitu juga dengan lelaki.

Contohnya :
Mahram bagi perempuan ialah - Bapa kandung, abang dan adik lelaki kandung,  bapa mertua, anak kandung,anak tiri(anak suami), bapa saudara dari sebelah bapa, Datuk (ayah ibubapa).

⏩ ​AJNABI​
Ajnabi pula membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..

maksudnya .....
AJNABI = BUKAN MAHRAM

Senang cerita, ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya.

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya,perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja.

Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi..

Tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.

@sindiransigadis

Dakwah SyarifahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang