Part 1

951 7 18
                                    

  "Saifulll.....~~"

  Suara lembut memanggil nama saiful, yang sedang cuba melelapkan mata pada malam itu,Suara itu tersangatlah lembut dan manja,bagaikan julie memanggil romeo. Saiful pantas bangun sambil melihat kekiri dan kanan,

  "Balkiss...jangan bergurau waktu begini..!" saiful berkata sendirian,

  kata-kata saiful terhenti setelah merasakan sesuatu  yang lembut dan licin melilit lembut lehernya,Saiful memegang perlahan kain itu.. "Kain cindai!" hanya memegang dan mehidu bau haruman pada kain itu,saiful sudah mengerti itu bukanlah Balkis.!

  Pantas saiful melompat sambil memusingkan tubuhnya,lagak saiful tidak ubah seperti seorang pendekar yang bersedia untuk bertarung.Saiful mencari dari mana datangnya suara dan kain cindai itu, Zrappppp..!! tiba-tiba kain cindai yang lembut itu melilit ketat lehernya,saiful cuba membuka jerutan kain itu.tetapi semakin ketat, 

  "Saiful..! jangan meronta atau jerutan kain itu akan semakin mencengkam.!" suara Balkis menerpa ke telinga Saiful memberi amaran.

  "Balkiss..mana awk.."saiful cuba meminta bantuan,tetapi kelibat balkis sedikit pun tidak kertelihatan.

   "jangan meronta,tenang kan diri.~" suara balkis menerpa ke telinga saiful lagi.

   Saiful cuba menenangkan dirinya, ingin sekali dia merentap kain itu lepas dari lehernya, tetapi kerana teringat pesanan Balkis dia mengekori sahaja apa yang disuruh. Lama kelamaan kain itu semakin lemah dan lucut sendiri.

  "Huhhhhhh" saiful mengeluh panjang,terasa lega apabila kain cindai itu sudah terlepas.

  Dari kepulan asap putih muncul balkis dihadapan saiful, balkis adalah seorang gadis cantik dan manis yang berasal dari bangsa jin, balkis dan saiful bukan lagi umpama pedamping tetapi sudah bergelar kekasih.perhubungan mereka sebenarnya telah melebihi hukum alam.! Balkis yang sebelum ini dikurung telah dilepaskan oleh dua orang remaja namun tidak lama selepas itu dibuang semula, tetapi saiful telah datang mengambil balkis sebagai sahabat(pada mulanya) dan akhirnya jatuh cinta.

  "Balkis,apa benda tadi?" saiful bertanya dengan keadaan masih risau jika diserang kembali.

  "tiada apa-apa,itu dari golongan srikandi,mereka mengunakan kain cindai sebagai senjata." balas balkis, wajahnya tenang,kulit gebu dan lembut menampakkan urat halus dipipinya,

  "Jadi..mengapa dia menyerang saya.?"saiful cuba mendapatkan jawapan

  "Kerana Cinta kita" balas balkis sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling,

  "Tapi kenapa..!!?" saiful masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

  "Kerana kita berlainan bangsa." balas balkis lembut.

  Saiful menuju semula ketilamnya dan duduk melihat kearah balkis, gadis dari bangsa jin itu telah menambat hatinya, selama ini dia tidak pernah bercinta tetapi tidak disangka kini dia bercinta dengan bangsa yang berlainan atau mungkin senang kata "Itu perkara gila!"

  Balkis merewang perlahan menghampiri saiful,lalu duduk bersebelahan dengan saiful. walaupun bangsa mereka tidak perlu duduk,kerana mereka boleh menembusi objek-objek pepejal, balkis tetap mengayakan dia turut duduk.

  "Kenapa awk nampak susah hati?" balkis bertanya,suaranya lembut sehinggakan setiap kali dia berkata-kata, membuatkan hati saiful jatuh cinta.

  "balkis..apa kata kalau balkis bawa saya kealam balkis." saiful memberi cadangan yang tidak masuk akal.

  "adakah awk pasti..? awk ingin bersama kealam balkis.?" tanya balkis sambil merenung tajam kearah saiful.mata balkis yang kehijauan dan seakan sepet sedikit, memikat saiful

DIMENSI_FSNWhere stories live. Discover now