-Pagi yang nyaman-
Awal pagi saiful sudah bersiap, tok pawaka juga sudah bangun melakukan rutin hariannya, menghirup udara segar. Saiful sudah memakai baju jubahnya nampak penuh bersemangat.
"tok. saya mintak diri dahulu." saiful emnegur tok pawaka yang seakan sedang bertafakur.
"sebentar" jawab tok pawaka, kemudian dibuka matanya perlahan-lahan.
Tok pawaka bangun lalu menuju kedalam rumah, lebih kurang 3 minit kemudian dia keluar kembali dengan ditangannya memegang kain yang diikat seperti beg dan sebuah tongkat berkepala seakan bentuk ular. selama saiful duduk dirumah itu, tidak pernah pula dia melihat tongkat yang dipegang oleh tok pawaka itu.
"kamu ambil ini..didalam kain ini ada barang yang kamu perlukan nanti..! tongkat ini mungkin boleh membantu serba sedikit perjalanan kamu nanti. atau mungkin boleh menjadi senjata dari bahaya kelak." kata tok pawaka, sambil menghulurkan barang itu kepada saiful.
Saiful mengambil tanpa mempersoalkan apa-apa, dadanya kini sedang berkocak-kocak ingin mencari Balkis. Setiap pertemuan pasti akan terjadi perpisahan, itulah fitrah kehidupan yang kini saiful lalui. dipeluk erat lelaki tua itu penuh rasa terima kasih selama seminggu menjaga dan mengajarnya dia terpaksa meninggalkan tok pawaka demi cintanya yang masih tidak diketahui kebenaran.
"Ingat apa yang telah tok ajarkan.! dan ingat.. ini semua hanya khayalan kamu.." kata tok pawaka memberi nasihat.
Saiful berjalan perlahan meninggalkan rumah buluh yang indah itu, seminggu disitu sungguh bermakna, setelah agak 100meter berjalan terdengar suara balkis memanggil..
"Saiful.....~" lembut dan lunak suara itu..iya..itu balkis..!
"Balkisssss.." saiful memanggil bagaikan kerinduan sekian tahun terpendam.
tidak semena-mena kepulan asap muncul dan balkis kini berada dihadapannya.! Saiful tergamam, kaku .! kerinduaan hatinya tidak mampu ditahan lagi pantas dia belari memeluk Balkis.
"Saiful,kamu kemana?" balkis bertanya. risau kerana kehilangan saiful.
"saya duduk menumpang dirumah tok pawaka di sana" sambil saiful memusingkan badannya dan menunjukkan kearah sepohon pokok yang terlalu besar.!
"Eh..!Kosongg.! hanya ada rimbunan pokok.. mana rumah tok pawaka.!" saiful kepelikan, balkis memandang tepat kearah mata saiful. dia cuba membaca kebenaran yang keluar dari mulut saiful.!
"Mana ada apa-apa disitu saifull..." kata balkis cuba mendapatkan kepastian
"betull...! ni baju ni..dia bagi..! tongkat ni.! semua dia bagi.!" kata saiful ingin menunjukkan bahawa dia benar.
"Ermm...balkis juga bingung.. pelik baginya kerana di alamnya sendiri mempunyai benda mistik..! siapa bawak saiful kesini.?" tanya balkis lagi
"ehh..balkiss la bawa..! balkis lupa ke..?" kata saiful sambil memandang tajam kearah balkis.
"masa ni....." belum sempat balkis menghabiskan kata-katanya tiba-tiba satu kepulan asap hitam menyelubungi saiful dan balkis. suasana kini menjadi gelap gelita. mereka berdua tidak mampu melihat apa-apa. hanya kegelapan kini mengelilingi mereka.
"Balkisss.....!" saiful menjerit memanggil kekasih hatinya.
Namun tiada sahutan dari balkis. dengan berbekal tongkat yang diberikan tok pawaka. Saiful melibas kekiri dan kenanan, namun hanya bagai melibas angin.tiada apa yang di rasakan.
Hampir 20 minit suasana gelap itu menyelubungi saiful, kini semakin cerah dan akhirnya asap hitam itu sudah tiada.. Tapi..!!
"Aku dimana..?!" saiful bermonolog sendirian. rasa ingin sahaja dia meraung..

YOU ARE READING
DIMENSI_FSN
RandomDIMENSI_FSN - Mengisahkan seorang lelaki bernama Saiful yang mencintai Balkis(Jin) percintaan mereka adalah diluar jangkaan Manusia. ini kisah Percintaan Manusia dan Jin, kisah ini mungkin diluar kotak fikiran kita sebagai manusia. Tidak perlu perca...