"Syhhhhh..." tok pawaka menunjukkan isyarat senyap.
Saiful terus melihat kembali dari lubang celahan itu dan dia rasa terkejut apabila makhluk itu semua sedang memandang kearah rumah mereka. Degupan jantung saiful kencang, dari susuk tubuh makhluk itu, saiful tahu pasti mudah mereka memecahkan rumah kayu tok pawaka.
Sedang makhluk itu menghampiri kearah rumah tok pawaka,tiba-tiba salah seekor makhluk itu yang dibahagian belakang sekali rebah tanpa sebab. saiful dapat melihat dengan jelas makhluk itu jatuh dan hancur menjadi debu hitam berterbangan hilang.
Apabila melihat sahabat mereka mati. semua makhluk itu berpaling kebelakang sambil mengaum seakan harimau yang sedang marah..bergemaa ngauman mereka sihingga meremangkan bulu roma saiful.
Apabila mendengar ngauman itu,tok pawaka terus menolak sedikit saiful untuk melihat, kerana dia tahu bunyi itu adalah amarah dari makhluk itu.
"tok..mereka tu binatang apa.?" saiful bertanya, tanpa menghiraukan apa yang terjadi diluar.
"mereka digelar Agoro, mereka terlahir dari sihir-sihir manusia yang tiada hala tuju, saka yang tidak bertuan dan makhluk yang tidak mempunyai hala tuju. mereka mencari mangsa dan membunuh, adakala mereka akan membunuh manusia dengan cara perlahan-lahan, ada melalui sakit ketumbuhan. sakit-sakit misteri dan sebgainya" terang tok pawaka kepada saiful.
"adakah mereka itu juga satu sumpahan tok?" tanya saiful lagi.
"benar..kerana itu saiful lihat mereka bagai rakus mencari mangsa"balas tok pawaka.
"ohh..." saiful cuba memahami apa yang diterangkan oleh tok pawaka
Tok pawaka tidak menghiraukan saiful yang sedang bermain dengan teka teki dirinya sendiri, apa yang tok pawaka fikirkan kini adalah, "Siapa yang membuatkan Makhluk Agoro itu marah.!" Sekian lama makhluk itu bermaharajalela, kini tok pawaka dapat mendengar kembali ngauman Agoro.
"Tok...." saiful memanggil apa bila dia seakan tidak dilayan.
Tok pawaka melihat kearah saiful dengan penuh tanda tanya,mungkin ada sesuatu yang dia terlepas dengar kerana keasyikan melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Banyak Agoro yang mati dengan secara tiba-tiba pada malam itu, dan yang agak pelik adalah tiada kelihatan sesiapa yang menyerang makhluk Agoro.
Apabila keadaan sudah kembali tenang dan Agoro sudah melarikan diri. Tok pawaka kembali membuka lampu rumah dan duduk dikerusi malas sambil berayun,tenang dan lapang raut wajah tok pawaka. Saiful rasa serba salah untuk mempersoalkan pelbagai soalan yang bermain di dalam otaknya kepada tok pawaka ketika itu.
Saiful masuk kedalam bilik sambil baring. dia termenung mengenang apa yang bakal terjadi, kini dia sudah terperangkap didalam dunia yang tidak diketahuinya. balkis pula tidak muncul-muncul.
-Keesokan paginya-
Jam 5:30 pagi saiful sudah bangun dan bersiap menunaikan solat subuh, selepas solat subuh saiful duduk membaca surah Yassin.
"Saifulll..." terdengar suara garau lelaki memanggil namanya lagi.
Saiful menoleh kebelakang, dia menyangka mungkin tok pawaka yang memanggil namanya, namun tiada. maka dia meneruskan pembacaannya sehingga habis.
Apabila sudah selesai semuanya,saiful keruang tamu. Niat hatinya ingin bertanya sesuatu kepada tok pawaka. tetapi diruang tamu sunyi sepi..kosong..! tiada sesiapa, saiful membuka pintu melihat keluar rumah. tok pawaka sedang bertafakur, atau mungkin sedang menghirup udara segar pagi itu, Saiful pergi kesebelah tok pawaka dan melakukan perkara yang sama tanpa disuruh. Memejam matanya, tenang lalu menarik nafas dalam-dalam. Nikmat Nafas Yang Allah beri kini terasa hingga kelubuk hatinya, syukurr.!
YOU ARE READING
DIMENSI_FSN
AlteleDIMENSI_FSN - Mengisahkan seorang lelaki bernama Saiful yang mencintai Balkis(Jin) percintaan mereka adalah diluar jangkaan Manusia. ini kisah Percintaan Manusia dan Jin, kisah ini mungkin diluar kotak fikiran kita sebagai manusia. Tidak perlu perca...