Bab 1 💞

82 5 1
                                    

Laisy, gadis yang bernafas pada zaman yang penuh dengan tipu daya. Tipu daya daripada rakan dan syaitan bahkan yang lebih teruk ialah tipu daripada diri kita sendiri.

Laisy merupakan seorang yang alim, tutur katanya sopan, hormat orang tua dan menjaga syariat Islam walau dimana sahaja tapi sampai bila?
____________________________________
"Hati hati, Laisy!" jerit Fasha atau nama glamornya Sha. Tanpa sempat menoleh, Laisy terlanggar dengan sebuah makhluk di hadapannya. "Auch" -- kedua-dua mereka. Sha cepat-cepat datang dan menolong rakannya. Hatinya seolah-olah dibakar oleh minyak diesel setelah jatuh dikhalayak ramai itu dan perasaan ingin menumbuk gerangan yang memalukannya itu membuak-buak tetapi setelah melihat ketampanan orang yang berada betul-betul di hadapannya itu, semuanya berubah menjadi detik permulaan cinta mereka. Eh Laisy seorang sahaja kot yang beranggapan begitu 🤷🏻‍♀ "Laisy, aku rasa kau dah jumpa bakal imam untuk solat subuh, zuhur, asar, maghrib, isyak, dhuha, raya lagi solat.. " Laisy bermonolog sendirian . "Awak, awak, awak! Awak okay tak ni? Awak fikir apa tu? Kata jejaka tampan itu. Laisy tiba-tiba tersentak daripada lamunannya. "Astagfirullahalazim, ya saya okay je. Maafla saya tak tengok depan tadi. Em saya mintak maaf sangat-sangat" pantas dia bergegas daripada situ setelah perasan yang Sha sudah tiada disisinya. Belum sempat lelaki itu membalas kata-katanya, Laisy lesap.

Sebenarnya Laisy ni seorang yang pemalu. Gadis muslimah la katakan. Tudung labuh dah macam langsir, baju pon labuh dah macam nak sapu lantai 😅 kisah silamnya yang membuat dia berkelakuan dan berpakaian seperti ini tapi adakah semua ini kekal?

Laisy laju memecut ke bilik asrama mereka bagai sedang berlumba dalam litar f1. "Kau pergi mana tadi? Sanggup kau tinggal aku 😭Aku malu la Sha, kalau aku jalan elok-elok , tengok kiri kanan depan belakang , pakai seatbelt semua confirm aku tak langgar mamat tu, haaaa Sha macam mana ni?☹"

Sha hanya berdiam diri. Tidak dihairankan langsung rakannya yang sedang mengeluh itu. Jelingan tajam Laisy tujukan kepada Sha kerana tidak memberikan respond kepada keluhannya. "Kau nak aku buat apa? Benda dah jadi lupakan jela. Dah tak boleh buat apa-apa kan?"

Laisy tersentak. Dia terus mencapai buku-buku yang berselerakkan di atas mejanya dan mula mengemas. Jarang sekali dia mengemas barangannya. Bagai bumi terpesong daripada orbit la katakan waktu itu. Terguris dengan kata-kata Sha barangkali.

Fajar menyingsing. Laisy di tikar sejadah. Sha hanya memerhatikan rakannya itu. Ya mereka berdua sama-sama Islam tetapi Sha tidak menuruti tuntutan agama. Laisy tetap menjadi teman rapatnya walaupun Sha berpendirian sebegitu. Bukan sebab dia jahat tapi.. biarlah semuanya menjadi igauan silamnya. "Lama kau solat dengan doa, Laisy. Kau doa ape? Mintak kawen awal eh? " usik Sha. Sha telah kembali kepada perangai asalnya yang penuh dengan usikan setelah berkelakuan pelik semalam. Laisy betul- betul seolah-olah tiada perasaan. Bilik yang mereka tetap itu tiba-tiba sepi dan hanya kedengaran siulan nyanyian burung-burung. "Entahla Sha, aku rindu la dekat arwah mak ayah aku. Tadi aku solat hajat mintak supaya mak ayah aku sentiasa gembira ja dekat sana 😊" Sha yang sebentar tadi mengusik Laisy tiba-tiba timbul rasa kesal dalam dirinya. Dia sedar bahawa rakannya itu telah banyak menderita. Sha hanya memeluk Laisy seerat-eratnya seolah-olah seorang ibu yang sedang menenangkan anaknya. Sayu. Tetapi Sha juga tidaklah segembira mana. Cuma dia lebih gemar dan pandai menyembunyikan perasaannya.

"Jangan menangis sayangku, ini hanyalah sementara, berdoalah pada yang esa" lagu kegemarannya kedengaran. Agak-agak siapalah yang menelefonnya pagi-pagi ini. Diletaknya telefon itu ditelinganya dan kedengaran suara seorang lelaki memanggil namanya. "Ni Laisy ke? Saya Nazif Izzafry. Emm yang terlanggar dengan awak semalam tu. Jangan tanya macam mana saya dapat nombor telefon awak tapi saya nak cakap yang saya mintak maaf sangat-sangat and how about a breakfast treat untuk menutup kesalahan saya? See ya. Jumpa dekat kafe. Assalamualaikum." Laisy tercengang. Terkedu. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa jejaka idamannya menelefonnya dan mengajaknya keluar makan. "Is it a date? Omggg" fikir Laisy. Hatinya berdebar-debar dan berdegup laju seolah-olah baru sahaja menyertai maraton. Dia sedar yang dia hanyalah seorang gadis biasa tambahan dengan sifat pemalunya yang menggunung, manalah mungkin dia akan memberanikan diri menonjolkan mukanya di kafe nanti. Dia pon jadi tidak menentu arah dan bertanyakan pendapat rakan baiknya itu. " Kau ni kan dah macam dalam ape tah yang orang panggil dalam drama? Haaa perempuan melayu terakhir. Dengan pakaian macam Ustazah, takkan la kau nak keluar makan dengan dia? Nanti orang ingat kau nak bagi ceramah dalam kafe pulak." Laisy hanya menjeling. "Okay Sha okay aku tak pergi. Aku nak date dengan kawan aku sorang ni je " Sungguh seperti ada yang tidak kena dengan Sha dan lelaki itu. Dia jarang berkelakuan seperti ni. "maybe dia nak protect aku je kot or maybe laki tu ex boyfriend dia! Hm tahla laisy POSITIF! POSITIF!"fikir Laisy sendirian dengan penuh tanda tanya.
___________________________________
Part 2 coming soon 💞

JahilWhere stories live. Discover now