"Bangun la Sha! Pukul berapa nak pegi kelas ni?" kata Laisy. Sudah hampir 3 kali dikejutnya tetapi Sha? masih di perbaringan. Ditarik tangan Sha berulang kali supaya dia bangun dan pergi ke kelas. "Jap, panasnya badan kau ni Sha. Kau demam ke? Nak ubat tak?" Sha hanya menggeleng. Laisy terus pergi mencari ubat dan diletaknya di meja belajar Sha. "Aku okay jela, kau pergi la kelas nanti lambat kang kau kena duduk luar jadi makgat pulak" ujar Sha. Laisy hanya membisu dan terus mencari keluar daripada bilik mereka. Terasa? Takdelah. Dia cuma nak pergi beli makanan untuk Sha. Malas hendak melayan usikan rakannya itu.
Laisy. Tak pernah tak rajin. Kemana sahaja pasti ada buku ditangan. Top student la katakan 😅 "Aik hairan makcik ruby tak bukak gerai. Masalah ni. Dekat mana aku nak beli makanan ni. " sedang sibuk memerhati sekeliling,ada seseorang menegur Laisy daripada belakang. "Eh sini pulak kita boleh terjumpa. Kenapa awak tak datang ka... Em takpelah ni awak macam tengah cari something je, boleh saya tolong?" Laisy terkedu. Tiada kata-kata yang mampu dia lafaz dek kerana sifat pemalunya. "Nak beli makanan eh?" Sambung Nazif atau pon lebih dikenali sebagai Naz. Laisy hanya mengangguk kepalanya. "Hm tula tapi gerai makcik ruby tak bukak pulak" kata Laisy. Tiba-tiba keberaniannya muncul entah dari mana. "Nah ambik ni. Saya beli lebih. Awak ambikla ye, rezeki jangan ditolak. Saya letak dekat sini. Ambik tauu! Bye Assalamualaikum ada jodoh jumpa lagi" dia terus bergegas meninggalkan Laisy. Pelik. Kenapa Naz acap kali berbuat baik dengan Laisy. Mungkin dia sukakan Laisy? Maybe
"Haa Sha ni aku ada bawak balek makanan. Makanan fav kau ni. Nasi lemak udang. Nak makan tak ni? Kalau taknak aku habiskan ni" pantas Sha bangun. Bukan main punya cepat kalau dengar nasi lemak udang kegemarannya itu. Kalau lah bagus dia cergas seperti ini sewaktu dikejut bangun pagi tadi. Takde lah buang tenaga gerak macam orang gila. Dia makan dengan penuh semangat. Lapar sungguh. "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati hahaha happy betul nampak. Lapar sungguh kau eh? Sedap tak? Naz yang kasi aku. Kedai makcik ruby tutup." Sha menjeling. Tanda ketidakpuasan hati. "Kalau gedai makcik ruby tutup, perlu ke kau mengemis mintak dekat dia? Aku tak mati la kalau tak makan. Aku cakap dekat kau ehh aku tak suka laki tu. Kau please jauhkan diri daripada dia kalau kau sayang aku. " Laisy seolah-olah tidak faham apa kesalahannya sehingga Sha perlu meninggikan suara sebegitu hanya sebab perkara yang kecil. "Aku pon terpaksa ambik je pon sebab dia dah kasi. Tak sempat nak tolak, dia dah blah. Takkan nak tinggal makanan tu dekat situ je. Lagipon aku kesian la kau tak makan lagi. Tu je pon asal nak marah sangat?" Kata Laisy dengan nada yang tidak puas hati. "Aku tak suka, tak suka la" ditengkingnya Laisy sambil menghentak meja belajar disebelahnya. Laisy terus keluar, mencari ketenangan.
"Kenapa semua orang kejam😭 apa salah aku? Aku buat baik pon salah, buat jahat pon salah " kata Laisy dengan nada teresak-esak berseorangan di tepi tasik tak jauh dari kampusnya. "Toing toing" Laisy mengesat air matanya. Ada orang menghantar mesej kepadanya. NAZ!
Laisy tersenyum seorang diri melihat mesej yang dihantar oleh Naz. Mungkin ada sorang yang tak kejam. Naz ❤ "Semua orang kejam kecuali kau Naz 😌😊 mungkin sekarang aku dah jumpa kawan sebenar aku :)" Laisy dilamun cinta.
Hari demi hari, Laisy dengan Naz semakin rapat. Boleh bergurau-gurau manja lagi. Hubungannya dengan Sha? Semua dah tidak sama. Ini semua sebab Sha selalu memarahi dan menegurnya untuk menjauhi Naz. Apa sebenarnya yang tidak kena dengan Sha? Setakat bercinta? Lumrah la tu. Itulah yang selalu bermain di gawang minda Laisy. Dia bukan tidak sayangkan Sha tapi cara dia tu seolah-olang mengongkong dirinya sepertimana yang dilakukan oleh kedua-dua arwah ibu ayah Laisy. Laisy tak suka. Dia tidak suka disuruh-suruh.
Telefon berdering. "Omg Naz first time call aku ni!!!! 😩😍😍😍🙈 nak jawab ke tak? Nak ke tak? Hmm angkat jela rindu jugak nak dengar suara dia" hatinya berdebar-debar bagaikan seluas lautan cinta sedang membuak-buak. "Assalamualaikum awak. Awak sihat tak ni? Saya saje la call awak. Awak free tak ni" kata Naz memulakan perbualan. " Em waalaikummussalam. Saya sihat je. Awak sihat? Saya free je skrg ni"
Perbualan semakin rancak tapi iman kemana? Mana title gadis melayu terakhir tu? Manaaa? Lenyap.
Sampai bila Laisy akan hanyut terus hayut hanya kerana seorang insan yang menawarkan belaian kasih sayang yang selama ini dia ingin dan harapkan? Tunggu part 3 💞
___________________________________
So far macam mana? Sorry kalau ada salah tatabahasa or what so ever. Aku buat suka-suka ja ❤
YOU ARE READING
Jahil
Teen Fiction"Aku. Bukan tidak ada agama. Pakaian? muslimah gitu. Tapi satu ja yang aku takdak,KASIH SAYANG. Sedangkan laut pon ada pasang surut, inikan pula iman aku kan?"