Chapter 6 🌹

38 9 0
                                    

Rayyan menyandarkan badannya di atas sofa yang terletak kemas didalam biliknya....terasa panas hatinya masih belum hilang...inilah kali pertama dia ditolak mentah2 oleh perempuan...bukan sahaja ditolak malah dipijak kaki pulak tu...dah lah pakai high heels ....mana tak panas hatinya...

Siap kau nanti qaisarah ...aku kenakan kau balik."rayyan tersenyum sinis seorang diri kalau ada orang disekelilingnya pasti mereka sudah meanggap rayyan seorang yang gila ...muka hensem tapi gila..

erm tapi ada something yang aku rasa tak kena dengan perempuan tu...wait a minute...is it her name qaisarah batreisya...dia kata tu ke ah nama dia tadi...aduh kenapa nyanyuk pulak aku tetiba ni..."rayyan berkata lagi sendirian"

Tiba2 nama Fasha Dania terlintas di mindanya...membuatnya yang sedang tersenyum terus masam mencuka...perkara yang Fasha buat terhadapnya dulu masih lagi tidak dapat dia lupakan...

Sayang awak tak payah tunggu saya tau balik ni ...saya balik tumpang kawan saya..."kata Fasha kepada rayyan"

Kenapa sayang awak ada assigment yang tak siap lagi ke?"tanya rayyan pula "

Haah ada banyak assigment tak siap lagi ...semua tu nak kena hantar esok...awak balik dulu ya sayang...nanti esok kita jumpa lagi..."kata Fasha sambil tangannya dipautkan ke lengan rayyan ....sengaja mahu bermanja"

Okay lah kalau macam tu..nanti kita jumpa esok okay...careful ya sayang.."kata rayyan sambil mengusap lembut kepala Fasha"

Okay sayang"balas Fasha tersenyum gedik kepada rayyan...sumpah siapa sahaja yang melihat Fasha ketika ni pasti mahu sahaja tangan melekat di pipi Fasha yang putih melepak tu..."

Sebaik sahaja kelibat rayyan sudah tidak kelihatan Fasha terus berlari gembira kearah lelaki yang bernama Randy ...lelaki cina yang tinggi ...kacak dan putih ....lengan lelaki itu terus dipeluk erat ...

Orang sekeliling yang memandang mereka hanya diabaikan oleh Fasha...

you sorry tau tadi laki tu macam tak nak bagi I stay je...sorry ya sayang"dipeluknya lelaki yang tinggi itu tanpa perasaan bersalah ...tanpa mengendahkan hukum-hakam islam yang halal atau haram dilanggar sahaja ...muhrim atau bukan tidak dipedulinya..."

Takpe ...lagipon dia percaya cakap you pon dah cukup kan ...dah jomlah I bawak you pergi shopping mall..."kata randy..dia membalas pelukan Fasha dipinggang "

Rayyan aku bukan sengaja lah nak tipu kau ...aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang Fasha tu ada jantan lain dekat belakang kau...baru je lepas kau balik tadi terus je aku nampak fasha tu peluk lelaki lain..."kata haziq dengan bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakannya itu...dia tahu kalau tentang Fasha pasti lelaki itu lebih mempercayai teman wanitanya itu.."

Dahlah haziq aku malas nak dengar kau cakap yang bukan2 pasal fasha baik kau balik jelah rumah kau sekarang sebelum aku halau kau dari rumah ni..."kata rayyan sedikit pon dia tidak mempercayai kata2 rakannya itu..."

Aku dah agak dah kau akan balas macam ni ...jangan sampai menyesal ....dah lah tak payah nak halau aku...aku tahu jalan keluar dari rumah kau ni..."balas haziq hampa melihat kebodohan rakannya sorang tu"

Keesokkan hari fasha dan rayyan makan bersama seperti biasa...

Selamba sahaja fasha melentokkan kepalanya dibahu rayyan...

Sayang awak pergi mana semalam.."tanya rayyan sengaja mahu mencari kebenaran daripada perempuan di sebelahnya itu"

Saya pergi siapkan assigment lah..kenapa?"kata fasha cemas "

Oh erm saja tanya..."kata rayyan..dia memandang wajah fasha dengan pelik..."

Bodohnya lah kau rayyan aku tipu kau banyak kali pon kau tetap tak dapat tangkap lagi kesian betul kau ni..."bisik hati fasha"

Sayang petang ni kita pergi mall jom..."ajak rayyan"

Sorry sayang saya tak boleh lah...kawan saya ajak pergi kenduri doa selamat dekat rumah mak ayah dia.."kata fasha...aduh alasan apalah yang aku bagi ni...aku mana pernah pergi majlis2 macam tu ...ah lantaklah...bantai je lah"

Ha? Ye ke...baru ingat nak ajak awak... takpelah elok2 ya ...kirim salam dekat kawan sayang tu ya..."kata rayyan..."
Sejak bila pulak fasha dah pandai nak pergi kenduri doa selamat bagai ni...ni mesti ada benda tak kena ni..."bisik hati rayyan"

Weh haziq teman aku jap pergi tangok wayang ...ada cerita best baru keluar arini..."ajak rayyan...pada masa yang sama dia juga mahu cuba mencari kebenaran kata2 haziq semalam ...manalah tahu fasha mungkin akan bertembung dengannya"

Erm ok jugak ...tapi asal kau tak ajak girlfriend kau je...ha?

Dia busy lah sebab tu aku ajak kau...

Erm busy memanjang...dah lah jom lah..."kata haziq"

Selepas selesai memakirkan kereta ...rayyan dan haziq segera ke panggung wayang ...takut barisan yang panjang semasa membeli tiket...mereka mempercepatkan langkah mereka...

Weh haziq betul ke apa yang aku nampak sekarang ni..."tanya rayyan "

Nampak apa..."kepala ditolehkan kearah yang dikatakan oleh rayyan...alangkah terkejutnya dia melihat perempuan berambut panjang bewarna coklat...sedang berkucupan dengan lelaki lain di sebuah kerusi di hadapan butik baju tak lain tak bukan perempuan tu ialah Fasha....

Betul ke weh aku tanya kau ni..."rayyan bertanya lagi meminta kepastian...pada masa yang sama dia memandang fasha dengan pandangan yang tajam...mukanya sudah merah dan bengis menahan marah..."

Sabar weh ...aku tahu kau tak boleh terima ni semua...aku tahu kau......tanpa sempat haziq menghabiskan kata-katanya...rayyan sudah terlebih dahulu pergi kearah fasha..."
...what the hell is this ha? "Rayyan menjerit kearah fasha..dengan mukanya yang semakin bengis...tangannya digenggam sekuat hati...

Fasha terkejut mendengar jeritan rayyan terhadapnya..."mata2 yang lain sedang memandang kearah mereka..."

Say..say..sayang awak buat apa kat sini..."tergagap-gagap fasha bertanya "

Kau tanya aku buat apa kat sini ha? Kenduri doa selamat konon...kau tak malu ke bercium depan orang ramai macam ni ha? Kau sedar lah fasha kau tu islam..."marah rayyan lagi..."

Wait..wait...please take it easy bro...fasha is my girlfriend..so its up to us..that we wanna do whatever we want...dont be busy body please"kata randy pula cuba melindungi fasha daripada terus dimarahi rayyan..."

You better shut up ..."marah rayyan kepada randy..."penumbuknya sudah digenggam menunggu waktu untuk dilepaskan kepada randy didepannya"

Sabar rayyan ...sabar..ingat allah.."kata haziq cuba menenangkan rakannya"

Aku memang bodohlah percaya cakap kau bulat2 fasha...dahlah aku malas nak ambik tahu lagi pasal kau ...you better go to hell girl ..."pedas ayat rayyan memarahi fasha"

Tanpa berpaling kebelakang rayyan terus beredar dari situ meninggalkan fasha yang masih terpinga-pinga sambil berpeluk tubuh...haziq berlari mendapatkan rayyan..dia cukup tahu kalau rayyan sedang marah hal yang diluar jangakauan sanggup dilakukan...

Rayyan mengerling jam loceng di atas meja ...jam menunjukkan sudah pukul 6.00 pagi...dia dari semalam hanya tidur diatas sofa beralaskan lengan ...lenguh juga rasa tangannya...

Dia mengeliat ...merenggangkan otot...dan terus mencapai tuala untuk mandi...maklumlah kelasnya bermula awal pergi...
Ikutkan hati malas saja dia hendak pergi ke kelas kerana terlalu awal...

Tetapi nak balas dendam punya pasal ...dia sanggup datang kelas awal pagi ...dia bersungguh benar mahu kenakan qaisarah...

★★★★★★★★★★★★★★★★

Harap enjoylah baca eh...cerita merapu ni...
Kalau tak best cer komen skit ...
Biar author tahu mana yang x best...✌

TIAMO Mister Husband (Malay)Where stories live. Discover now