9-nasi minyak

26 3 3
                                    

"Erin" Iman memanggil erina segera erina menoleh "i am Erina😏" segera Erina menjawab .

"kenapa tak boleh panggil Erin?" tanya Isyraf , "sebab family jer yang allowed panggil saya Erin" jawab Erina .

"kalau suami awak , awak nak suruh panggil ape?" tanya Isyraf tanpa sedar,

sekali lagi Erina tersedak manakala Iman terus memandang rakannya ,"awak ni dah kenapa macam awak pulak bakal suami saya" tanya Erina ,

belum sempat Isyraf menjawab tiba2 mama datang dan berkata "Isyraf kalau nak kahwin dengan anak aunt datang rumah bawak rombongan sekali" pantas puan sufina berpesan kepada Isyraf ,

mereka yang diruang tamu bagai mahu tersembul biji mata apabila mendengar kata2 mama Erina, "apa mama merepek petang2 ni? 🙄" tanya Erina ,

"ntah aunt 😂" Isyraf bersuara dengan membuat muka selamba dalan hati dah menyumpah diri sendiri kenapalah dia ringan mulut sangat  tanya soalan tadi ,

"ehem aunt finaaaa~ aunt ade bau ape2 tak?" tanya Iman kepada puan sufina "eh takde pulak bau ape eh Iman?" tanya nya kepada anak sedara nya itu .

"Iman bau nasi minyak lah aunt" jawab Iman serta merta tawa puan sufina dan Iman terburai . Isyraf dan Erina muka dah merah macam udang kena panggang malu lah katakan. "yelah Iman yer" jawab Isyraf sambil menjeling rakannya itu.

"alahh kau ni rilek lah" jawab Iman sambil menekan-nekan perutnya yang agak sakit akibat ketawa teruk sangat

         ....................................

Di meja makan puan siti dihujung sekali manakala di sebelah kirinya puan sufina manakala di sebelah kanannya pula Iman dan di sebelah Iman adalah Isyraf manakala dihadapan Isyraf pula Erina (can u emagine susunan dia?) ,

suami puan siti tidak dapat makan malam bersama kerana terdapat banyak kerja di pejabat jadi dia akan balik sedikit lambat dari biasa .

masing2 makan dengan senyap kecuali puan siti dan puan sufina dari mula makan sehingga mereka sedang makan pencuci mulut tak habis2 berbual .

"siti kau ingat tak dulu kalau balik rumah nenek aku selalu cerita dekat kau pasal kawan baik aku?" tanya puan sufina kepada puan siti sambil menyuap pencuci mulut kedalam mulutnya .

"ouh yaa yang ape tu name dia? maria kan? yang kau cakap nama dia macam aku siti tapi dia siti maria kan?" jawab puan siti ,

isyraf yang sedang makan tersedak apabila nama mummy nya disebut oleh kedua-dua orang tua iman dan erina , "kau ni makan elok2 lah sikit" tegur Iman apabila melihat rakannya itu tersedak tulah gelojoh sangat heh , "haa ye" jawab isyraf ,

'siti maria? ape betul ke tu mummy aku ahh orang lain kot yerlah x kan mummy sorang jer name 'siti maria' Isyraf bermonolog sambil menyuap desert masuk ke dalam mulutnya sambil termenung memikirkan kalau siti maria yang di ceritakan oleh wanita2 itu adalah mummy nya dia mesti dengar mane lah tau mereka mengutuk ker ahahah balik ni boleh tanya mummy ade tak kawan nama sufina kalau ada mesti dia kenal yerlah tadi aunt fina kate siti maria tu kawan baik dia.

"haah siti maria yang tu lah" sambung puan sufina , "ingat lagi dulu2 kami kawan baik sampai kan kami berjanji nak kahwinkan anak kami kalau anak dia lelaki mesti kahwin dengan anak aku yang perempuan time umur dorang 17 sebab nak menghindarkan dari maksiat huhuhu" cerita puan sufina lagi .

Erina yang mendengar perjanjian mama nya itu tersedak begitu juga Isyraf , sekarang semua mata memandang ke arah mereka , tanpa menghiraukan ape2 puan sufina menyambung lagi cerita nya

"tapi sejak kiteorang habis belajar yelah waktu tu kan takde fon jadi macam lost contact sebab siti maria pindah ikut family dia and dua tahun lepas tu nenek dia cakap yang dia dah kahwin aku sedih gak lah sebab tak dapat tengok kawan baik aku sanding em die pon tak dapat tengok aku sanding sebab nenek dia cakap dia kene pindah luar negara ikut suami tapi tu lah aku selalu teringat janji kiteorang tu kalau aku jumpa dia confirm dia tuntut lagi2 sekarang ni Erina memang dah17 hmm tak silap aku anak dia pon sama" jelas puan sufina sambil tersenyum ingat lagi dia kenangan sewaktu di zaman sekolah bersama dengan rakan nya itu segala pahit manis bersama .

sekali lagi Erina tersedak cepat2 puan sufina tuangkan air ke dalam cawan anaknya sambil berkata "Erin makan tu elok2 sikit lah" .

"mama yang buat Erin tersedak sekarang ni , habis kalau mama jumpe aunt siti maria tu wajib ker Erin kahwin dengan anak dia haa?" tanya Erin yerlah dia dah ade crush iaitu Isyraf Adib tup tup mama nak kahwin kan dia huh apelaaa tengok lah zaman sekarang dah macam novel yelaa disebabkan janji yang tak semegah tu laaa hancursss nya cinta dua orang insan bila salah seorang kene kahwin dengan pilihan keluarga, sempat lagi dia menjeling ke arah Isyraf yang sedari tadi diam seperti memikirkan sesuatu .

"kalau kawan mama tuntut mama setuju jer sebab setahu mama kawan mama ada sorang jer anak which is lelaki tu pon mak dia bagi tau cik wardah" jawab puan Sufina sekali lagi Isyraf yang mendengar tersedak .

"aunt emm kawan aunt tu sekarang umur berapa ek?" tanya Isyraf yelah dia mahu kan kepastian ,

"ouh dah 39 dah sebaya aunt em kenapa Isyraf tanya? takut Isyraf tak dapat kahwin dengan anak aunt eh kalau aunt jumpa kawan aunt tu?" jawab puan sufina sambil tersengih

"eh takde lah aunt hahah em aunt ingat lagi tak muka dia macam mane?" tanye isyraf lagi , sekali lagi pertanyaan itu membuat dahi puan sufina dan puan siti berkerut ,

"kenapa Isyraf tanya? Isyraf kenal ker?" tanya puan sufina , "em jap eh aunt cuba aunt tengok ni" tangan Isyraf laju mencapai iphonenya lalu membuka gallery dan membuka album gambar keluarga nya sewaktu raya tahun lepas dan segera zoom muka mummy nya lalu menunjukkan gamba itu kepada aunt Sufina ,

yaa Isyraf yakin siti maria yang disebutkan oleh mama Erina adalah mummy nya kerana sewaktu puan sufina mengatakan bahawa nama ibu siti maria adalah wardah iaitu nama nenek Isyraf disebelah ibu nya .....

sayang saya tak?!Where stories live. Discover now