"Wey perlahan lah sikit. Aku dah lah ada penyakit semput. Kalau aku pengsan siapa susah? Kau jugak kan" bebel seorang gadis sambil mengejar seorang jejaka.
"Kau tu gemuk sangat. Cepat lah sikit, kata nak kurus hahahaha" balas jejaka tersebut. Sempat lagi dia menghina gadis tersebut, kurang asam punya manusia.
Maka muncul lah kepulan kepulan asap keluar daripada tudung dan hidung gadis tersebut. Uishh, seram rasanya.
"Apa kau kata?! Ulang balik. Aku tak dengar lah" ujar Linda. Ya, nama gadis tersebut Linda.
"Aku kata, kau tu gemuk sangat. Tu yg nak lari pun tak larat HAHAHAHAHAHAHAHAHA" ulang Hanif diikuti ketawa seperti syaitonnya.
Hanif memperlahankan lariannya akibat tawanya yg tak terhenti henti. Linda tidak melepaskan peluang untuk menangkap jejaka tersebut.
Usaha nya berhasil apa bila dia berjaya menangkap kolar baju kemeja Hanif. Hanif tersentak dan terdorong kebelakang apabila ada sesuatu yg menarik kolar bajunya.
"Woi woi, lepaslah. Aku tercekik ni" aduhnya. "Alah, alasan je kau ni. Cepat ikut aku balik kelas. Siap kau kat sana" bantah Linda.
"Alaa, lepas lah wey. Kau tak syg aku ke? " rintih Hanif. "What? Syg? Kembang tekak aku wey" balas Linda sambil membuat mimik muka hendak muntah.
"Macam lah aku tak tau yg kau suka aku en senanya. En en en. Ngaku je lah" sakat Hanif.
"Ehh, tak kuasa aku nak suka kat mamat sewel macam kau ni" bidas Linda.
Hakikatnya, Linda sudah lama memendam perasaannya tetapi disebabkan egonya yg tinggi melambung menggunung kebaboom itu menghalangnya untuk meluahkan perasaan tersebut.
"Kamu berdua buat apa ni. Macam budak budak main kejar kejar ni dah kenapa ha? Dah, pergi masuk kelas sekarang! " sergah Puan Zura apabila melihat mereka berdua bergaduh di kaki lima blok tersebut.
Linda dan Hanif pulang ke kelas dengan tergesa gesa.
"Ni semua kau punya pasal lah. Kalau kau tak buat hal tadi takda lah kita sampai keluar kelas tau" bebel Linda sambil berjalan pulang ke kelas.
"Aku pulak. Kau pun sama je. Kalau kau tak kejar aku takdalah kita kena marah " bidas Hanif. Linda malas hendak bertikam hanya menjeling Hanif.
Sesampai sahaja mereka ke kelas, mereka di sambut dengan kedatangan guru disiplin. "Kamu Linda dan kamu Hanif, sila ikut saya ke bilik disiplin sekarang" arahnya.
Mereka yg masih lagi kepenatan dikejutkan dengan guru disiplin pula. "Wey, kita ada buat salah apa ha? " soal Linda kepada Hanif semasa dalam perjalanan hendak ke bilik disiplin.
"Mana lah aku tau. Kita ada musuh ke? " soal Hanif kembali. "Aku rasa takda. Hm, tunggu je lah cikgu nak kata apa"
Bilik disiplin
"Assalamualaikum " kata mereka serentak. Dingin sahaja suasana di dalam bilik tersebut tambahan lagi dengan ketakutan yg di alami mereka sekarang.
"Waalaikumussalam. Masuk. Kamu berdua duduk dulu. Tunggu kawan kamu lagi sorang ni datang " ujar Cikgu Daud.
Beberapa minit kemudian kedengaran pintu bilik tersebut di buka. "Assalamualaikum " laung pelajar tersebut.
YOU ARE READING
First Love
RomancePersahabatan di antara si gadis dan si jejaka yg sekian lamanya menjadi agak kekok apabila kedua dua ibu bapa mereka memaksa mereka untuk menghalalkan hubungan tersebut atas dasar tidak manis dipandang masyarakat. Tetapi mustahil buat...