Debaran yg ku rasakan semakin kuat apabila ayah sudah menggenggam tangan bakal suami ku.
"Aku nikahkan dikau Muhd Hanif Hazwan bin Hirwan Helmi dengan anakku Linda Liyana binti Mohamad Zafran dengan mas kahwinnya sebanyak enam ribu ringgit tunai" ucap Zafran iaitu bapa kepada Linda.
"Aku terima nikahnya Linda Liyana binti Mohamad Zafran dengan mas kahwinnya enam ribu ringgit tunai"
Seusai saksi mengesahkan ijab kabul tersebut. Mereka melafazkan rasa syukur. Seraya dengan itu,ayah mula membacakan doa.
Mama memelukku lalu berkata "Adik dah jadi bini orang. Tanggungjawab adik bukan pada mama dengan ayah lagi. Semuanya pada suami kamu. Adik dengar cakap suami, jangan melawan cakap dia. Tak cium syurga nanti " pesan mama menambah lagi sebak di dada.
"Insha Allah ma. Adik akan berusaha untuk menjadi seorang isteri dan ibu yg terbaik kepada anak anak kami yg bakal lahir kelak"
"Linda" panggil Hanif, iaitu suaminya yg sah. "Linda" panggilnya lagi.
Linda terjaga daripada tidurnya apabila kedengaran pintu biliknya di ketuk berturut turut diikuti laungan namanya.
"Linda, ish anak dara sorang ni. Tak bangun bangun lagi. Apa nak jadi ni. Tak boleh buat bini ni kalau bangun lambat je memanjang" bebel mamanya dari luar pintu biliknya.
"Ye ma. Adik dah bangun dah ni" sahut Linda. "Ha, pergi siap siap, lepastu turun sarapan sesama" balas mamanya. "Ok ma"
"Uish, nasib baik mimpi. Dalam banyak banyak mimpi, kenapa mesti aku kahwin ngan dia?!! Arghhh!! Stress nyaa!! " jerit Linda tetapi mulutnya di tekup dengan bantal kerana takut didengari oleh mamanya atau adik beradiknya.
Setelah puas menjerit, dia pun berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan badannya. Dia mengambil masa selama sejam. Lama bukan?
Setengah jam untuk membersihkan diri dan setengah jamnya lagi dia hanya termenung memikirkan tentang mimpinya tadi. Dia tertanya tanya, mengapa mesti Hanif yg di mimpikannya?
Kenapa tak mimpi Kim Taehyung ke, Lee Min ho ke. Tapi, kenapa mesti Hanif? Adakah ianya jodoh? Ataupun hodoh? Ataupun bodoh? Ataupun, pergi mampus lah 😑.
Tetiba kedengaran((asyik ayat kedengaran je, mesti bosan kan? Tapi nak buat macam mana. Terima je la))pintu biliknya di ketuk lagi.
"Linda oii. Sampai bila nak berendam dalam bilik mandi tu. Tunggu sampai prince charming meminang ke? Dalam mimpi je lah Linda oi" jerit Lisya iaitu kakaknya.
"Kejap lah. Eii, kacau lah. Prince charming dah nak sampai dah tadi. Bila dia dengar tarzan menjerit terus lari lintang pukang dia" terhambur tawanya akhirnya. Seronok rasanya apabila dapat mengenakan kakaknya.
"Kau, kena kau keluar nanti" ugut kakaknya. Tidak lama kemudian Linda keluar dengan bertuala sahaja. Auch, seksi u HAHHAHAHAHA.
"Kau kata apa tadi? Tarzan? Ha sini biar tarzan ajar yaa" sergah Lisya apabila mendapati bahawa adiknya sudah selesai membersihkan diri.
"Akak, nantilah. Lin nak pakai baju dulu. Karang tanggal tuala ni susah nanti" bidas Linda.
"Ok. Akak tunggu dekat luar. Cepat sikit. Nanti mama tarzan pulak mengamuk" balas Lisya.
YOU ARE READING
First Love
RomancePersahabatan di antara si gadis dan si jejaka yg sekian lamanya menjadi agak kekok apabila kedua dua ibu bapa mereka memaksa mereka untuk menghalalkan hubungan tersebut atas dasar tidak manis dipandang masyarakat. Tetapi mustahil buat...