6

3 0 0
                                    

"Sorry guys.." pinta Minhyuk setelah sampai di bahagian loker lelaki. Peluh menitik atas dahi pantas dilap dengan tuala yang berada dekat lehernya. Haihh penat main bola jaring tak lepas lagi tambah pulak kena kejar gadis entah dari mana tetiba melarikan bola mereka. Rasa bersalah masih bersarang dalam hati kerana permainan terpaksa dibatalkan even bukan salah dia.

Salah sorang member pasukan mereka menoleh ke arah Minhyuk. "Tak apalah Min..nak buat macam mana, memang masa dah nak habis pun tadi tinggal bunyi wisel je. Lagipun aku tahu ni bukan salah kau". Tuala yang dikhaskan atas bangku dicapai oleh Ilhoon lantas terus masuk dalam tandas bagi membersihkan diri. " Dahla jangan rasa bersalah sangat ok? Chill..aku masuk dulu" bahu Minhyuk ditepuk lembut beberapa kali oleh Sungjae sebelum beredar dari situ.

"Hurm.." gumam Minhyuk perlahan.

_skip_

Hyo Jin POV

Kaki aku hayungkan perlahan ke depan sambil kepala otak serabut menerawang benda lain. Apa yang terjadi tadi betul2 buat aku depress tau tak! Aku dari first year lagi teringin sangat nak pegang nak sentuh nak belai nak.. K k iolls mengarut k.. Aku just nak kenal dengan sunbae Minhyuk a.k.a crush aku tu tapi ergh!!

Kadang2 aku terpikir jugak kenapa la aku dilahirkan macam ni? Dengan keadaan aku sekarang ni yang normal tapi sebaliknya. Omma aku cakap aku dalam perut lagi aktif hasilkan elektrik sendiri macam boboiboy halilintar tu ha! haihh bala nakk bala. Nak tanya jugak omma aku kenapa dia tak mati time tu tapi aku takut kena hempuk dengan kuali besi je dekat rumah tu. Benjol seumur hidup kau! Uhuks..

Sedang aku berangan2 macam orang tak betul, akhirnya sampai jugak depan rumah aku ni. Aihh penat. Penat menahan jiwa yini.. sob. sob.

"Anyeo-...eoh?" Terjengul aku dekat muka pintu terus mata aku yang comel ni terbeliak macam nak terkeluar je biji mata. Aishh..now what!? Ni lagi satu bala yang menimpa dalam hidup aku. Mengamuk kang! "Kau!.. Kau buat apa kat sini uh? Berambus sekarang!". Kau nak tengok aku mengamuk sangat kan ha tengok ni.

Maju lu sini budak nerd!

"Nanti dulu princess..ap-.." belum sempat appa habiskan ayatnya, aku cepat2 potong. "Yang appa dengan omma ni pun satu. Kenapa suka sangat ajak orang asing masuk dalam rumah kita? Nanti kalau dia berniat jahat macam mana? Ke dia dah ugut appa dengan omma sekarang ni? Eo? Eo? Majja??". Berani pulak mamat ni masuk rumah aku. Buat muka poker pulak tu..ergh ingat aku takut? Silap besar la. Ni anak Park okey! Jangan pandang aku sebelah mata kerana ku wanita~ ewahh!

Lengan aku ditahan omma perlahan bila aku nak tarik si nerdy tu. Nasib baik kau budak! "Sudah la tu..aishh kamu ni. Dia tu datang melawat omma dengan appa tadi ha. Lagipun kebetulan omma ada masak untuk makan tengahari jadi omma jemputlah di makan sekali. Tak salah kan?" terang omma. Aku pandang omma dengan dia silih berganti. Wait..what? Tak semena-mena aku pandang dia tajam sampai tembus lubang hanat eh silap hidung dia!

"Aaa-ak-kku..Ehem! Aku tak sangka yang kita berjiran. Aku datang ni pun sebab nak hantar makanan yang aku masak lebih tadi ni ha. Kenal2 lebih kurang. Err--..Mian". Ibarat mengerti perasaan aku untuk dia explain terus gagap tak cukup nafas nak bukak citer. Ha! Padan muka ko! Tau pun takut dengan jiran keramat kau ni.

Lebih kurang setengah jam bertekak depan rezeki, omma dengan appa ajak kitorang sambung makan. Yes..dengan nerd tu sekali (¬_¬)ノ

Aku tak sampai hati pulak nak halau. Aku ULANG TAK SAMPAI HATI ok?

"Appa.." mata aku pandang appa dengan hairan. Seolah mengerti aku sedang buntu, appa tersenyum kecil sebelum berkata "Appa dah jelaskan pada dia..semuanya princess". Sejurus lepastu appa pandang jimin..lama. Jimin seolah blur sekejap terus tersentak dan pandang aku.

HEARTBEAT Where stories live. Discover now