7

3 0 0
                                    

Hit you with that du-ddu-du-ddu-du~

Ah yeah ah yeah~

Setelah beberapa saat menyepi, ringtone Hyo Jin berbunyi lagi membuatkan gadis itu bengang. "Yaishh! Siapalah bodoh sangat call aku pagi2 buta ni. Orang nak tidur pun kacau erghh!". Iphone dicapai sebelum di'slide' ke tepi dan ditekap ke telinga. Tanpa menyedari gerangan pemanggil, Hyo Jin terus menyumpahnya.

"Weh hanat kuasa sepuluh! Aku nak tidur lah. Boleh tak call esok ke malam nanti ke. Memekak je reti!".

Serangan mengejut Hyo Jin menyebabkan panggilan sunyi seketika. Terkejut mungkin? Hah! Gila tak terkejut kena sumpah dengan anak Park. Jangan memain! Tapi tak lama lepas tu..

"Ni aku lah wey! Sesedap mulut kau je cakap aku hanat eh? Nak je aku ganyang mulut kau dengan berus jamban!".

Macam tak percaya dengan situsasi, Hyo Jin terus mencelikkan mata untuk melihat nama tertera di skrin Iphonenya. Lah dia ni rupanya.

"Kau nak apa pagi buta ni mangkuk? Aku ngantuklah Jimin..nak sambung tidur!"

"Ah! Takde2. Kau dah janji nak datang rumah aku harini kan? So better kau siap cepat sebelum aku sendiri pergi mengadu dekat parents kau yang kau buli aku!"

Keluhan kasar dilepaskan oleh Hyo Jin. Ni salah satu sebab dia tak nak ikat janji dengan Jimin tu..suka sangat ugut dia cara macam ni. Sejak rapat dengan family Hyo Jin ni, mudah sangat Jimin nak mengadu apa-apa. Tapi Hyo Jin tak kisah tentang hal tu sebab Jimin lah satu-satunya kawan yang dia ada setelah bertahun tak ada kawan. Uhuu sad lifeu~

"Ha yelah2..kau ni suka sangat kan ugut aku. Aku buli betul2 baru tau!"

"Ala mentang2 dia ada kuasa. Dahla palli! Aku tunggu. Bye!"

"Arras-..."

Belum sempat nak membalas Jimin dah tutup panggilan membuatkan Hyo Jin berdecit. "Yaishh!! Dasar tangan kecut! Berani dia matikan panggilan urghhh!". Hyo Jin terus bangun mencapai tuala dan masuk dalam bilik air.

_skip_

'Tok!' 'Tok!' 'Tok!'

Pintu utama dibuka sejurus sahaja diketuk beberapa kali. "Anyeong!" sapa Hyo Jin ceria. Yelah siapa tak excited dapat datang rumah kawan baik sendiri for the first time! Sebenarnya dah lama Jimin pelawa Hyo Jin datang rumahnya dulu, tapi Hyo Jin masih segan lagi. Sebab apa pun tak tau. Mungkin baru beberapa hari diorang berkawan membuatkan Hyo Jin belum selesa lagi. Setelah beberapa bulan diorang rapat ni lah baru ada keberanian dalam diri Hyo Jin untuk datang ke sini. Bunyi macam tak logik sebab proses berkawan pun kena ada 'keselesaan' dulu ke? Kalau orang lain sehari dah pau kawan sendiri suruh belanja lol. Well ni first time untuk manusia bernama Park Hyo Jin berkawan dengan manusia normal macam Jimin.

Ermm normal ke? K jk. (〜^∇^)〜

"Ha masuklah..buat macam rumah aku je!" selamba Jimin membidas. "Cehh..tak guna punya member!" balas Hyo Jin sambil tumbuk bahu Jimin dengan kasar. Jimin menjeling tajam sebelum menjemput Hyo Jin duduk dulu sementara dia pergi hidangkan air. Yelah tetamu 'special' kan kena layan dengan baik sebelum minah tu meroyan. (Bang Jimin baik gaiss auch melting 😻😻)
"Weh Nerd! Aku ada bawakan kek favourite kau ni. Bawakan pisau dengan pinggan sekali!" laung Hyo Jin dari luar. Sebelum kelam kabut keluar dari rumah tadi sempat lagi dia ambil kek coklat dalam peti ais. "Nah..air biasa je aku buat. Minumlah" pelawanya sambil meletakkan dulang minuman bersama alatan yang diminta oleh Hyo Jin tadi.

"Aku tak kisah la air apa. Janji boleh minum. Lagipun kau bukan reti sangat nak buat kan? Hahaha" perli Hyo Jin sambil tu sempat lagi tangannya sibuk memotong nipis kek coklat yang dibawa. "Aii minah ni. Normal lah aku lelaki kan. Btw thanks sebab sudi buatkan aku kek ni. Aku teringin sangat!" ucap Jimin sambil tersengih-sengih. "Pftt..Tolong sikit ea? Aku buat sebab aku nak makan. Bukan sebab kau mintak!" balas Hyo Jin buat-buat marah. Padahal nak cover malu. Eleh!

HEARTBEAT Where stories live. Discover now