Kawan-kawan Ayumu sudah tahu bahawa dia sukakan Matsuo
****
Periksa Pertengahan Tahun
****
Di Dalam Kelas
Ayumu sedang membuat revision untuk periksa bahasa melayu sebentar lagi. Tiba-tiba Taemarie yang duduk di belakang memanggilnya.
"Ayumu."
"Ye?"
"Tu." sambil menunjuk Matsuo yang betul-betul berada di hadapannya
Matsuo yang masuk ke kelas mereka kerana ingin berjumpa cikgu untuk mengambil buku mengalihkan pandangannya ke arah Ayumu apabila Taemarie menunjukkan jari ke arahnya. Ayumu dengan segera mengalihkan pandangannya.
"Oh My God! Taemarie ni dah kenapa?" katanya di dalam hati
Selepas Matsuo beredar balik ke kelasnya, Ayumu terus bertanya kepada Taemarie.
"Kenapa kau tunjuk dia?" sakit hatinya apabila kawan baiknya buat begitu
"Ha'ah, kenapa kau panggil Ayumu lepastu tunding jari ke arah Matsuo?" tanya Saori yang juga terkejut dengan tindakan Taemarie.
"Kenapa salah ke?" tanya Taemarie dengan bersahaja
"Salah lah, kalau dia tau macam mane?"
"Dia takkan tau lah."
"Banyaklah kau dia takkan tau, dah lah kau tunjuk ke arah dia betul-betul depan mata dia." kata Saori
"Habislah, macam mana ni?" gelisah Ayumu memikirkannya
"Alah, takde papelah Ayumu. Relax, jawab periksa dulu." balas Saori cuba menenangkan kawannya itu
"Hm, okay." balas Ayumu dengan sebuah keluhan
YOU ARE READING
Bagaimana Dengan Cintaku?
Novela JuvenilAyumu berumur 14 tahun dan dia seorang yang pendiam, tetapi dia famous di sekolahnya kerana duduk di kelas pertama dan mempunyai muka yang cute. Walaupun dia ramai peminat, tiada sorang pun yang dapat menawan hatinya. Pada suatu hari, ayah Ayumu ber...