BAB 8

354 20 13
                                    

Selepas daripada hari itu, Matsuo sentiasa curi-curi pandang Ayumu dan membuatkan Ayumu pening kepala bahawa adakah Matsuo menyukainya? Setiap hari dia berdoa agar Matsuo itu ialah jodohnya dan supaya ibubapanya mengizinkan mereka bercinta jika Matsuo meluahkan perasaan. Penampilan Matsuo juga makin berbeza sekarang, dia kelihatan lebih kacak berbanding dulu

****
Di Dalam Kelas

Ayumu sedang menyalin nota yang diberikan oleh cikgu di papan putih. Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu kelasnya

"Ya? Masuk" arah guru wanita itu

"Ada apa Matsuo?" soal guru itu

"Ni kehadiran untuk kelas kita hari ni cikgu" jawapnya

"Ouh, okay" kata guru itu

Ayumu ingat itu sahaja yang ingin Matsuo sampaikan jadi dia terus menyalin nota. Setelah 10 minit berlalu dia melihat bahawa Matsuo masih berada di sebeleh cikgu itu, entah apa yang mereka bincangkan. Semasa Ayumu menyalin nota sempat dia mencuri pandang Matsuo, apabila Matsuo memandangnya terus dia pura-pura menyalin nota. Walaupun dia pura-pura tidak melihat lelaki itu dan menyalin nota, dia tetap boleh nampak bahawa lelaki itu akan memandangnya sesekali

"Weyh, dia ada kat depan tak nak usha ke? soal Saori

"Hmm? aku nk salin nota lah" jawapnya

"Eleh, pura-pura tak nampak lah tu" perli Saori yang sangat tahu tentang rakannya itu

Ayumu hanya memberikan senyuman yang penuh makna kepada Saori yang memahami sifatnya

"Dia nampak lain kan? lebih handsome, sebelum ni aku kata dia tak handsome tapi kali ni aku ckp dia handsome." kata Saori semasa Matsuo telah beredar

"Dia nmpk lain ke?" sampuk Taemarie

"Ye, dia nmpk lain kan Ayumu?" soal Saori

"Haah, dia nmpk lain" balasnya

"Haa, sdgkn dia pun boleh perasan takkan lah org lain tak perasan?" soal Saori kepada Taemarie

"Hmm, entahlah" balas Taemarie

****
2 Oktober

Hari jumaat itu tidak ramai yang datang ke sekolah disebabkan cikgu memeberi cuti kepada budak form 3 dan form 5. Ayumu baru sahaja sampai ke sekolah pada jam 7 pagi dan melihat Taemarie sedang menunggunya di pondok berhampiran pagar. Lalu, dia pun ke sana untuk duduk disebelah Taemarie

"Hyee" lambainya ke arah Taemarie

"Hyee" sahut kawannya itu

"Saori tak dtg lg?" soalnya

"Belum, mcm biasalah dia mesti dtg lewat" jawab Taemarie

"Hari ni kn jumaat, kau x pergi surau baca yasiin?" soal Ayumu

"Tak, sbb aku dtg lewat sikit harini" jawabnya lagi

"Ouhh" itu sahaja yang mampu dia katakan

Perbualan diantara mereka berdua sampai disitu sahaja kerana tiada perkara yang mahu diborakkan. Tengah mereka tengok pelajar yang lalu-lalang masuk ke kawasan sekolah, mereka melihat kelibat Saori. Pelik mereka dibuatnya kerana kebiasaannya Saori akan datang lewat. Tanpa menunggu Ayumu bangun dari tempat duduk dan menyapa sahabatnya itu.

"Ohaiyo!" senyumnya sambil melambai ke arah Saori

Saori memandang ke arah kiri dan kanan lalu bertanya

"Haa, aku ke?" dengan riak wajahnya yang pura-pura tidak mengenal Ayumu

"Kau lah, siapa lagi? sampai hati kau tak balas ucapan slmt pagi aku pastuh pura² tak kenal aku pulak tuu" sedih Ayumu kerana kawannya itu tidak mahu melayan karenahnya yang sedikit kebudak-budakkan itu

Saori buat tidak tahu sahaja manakala Taemarie hanya melihat adegan mereka berdua

"Murid-murid sila beratur ke tapak perhimpunan!" arah guru disiplin yang agak tegas itu menggunakan microphone di atas pentas

"Jomlah beratur" ujar Taemarie

"Okay" sahut Ayumu

Mereka bertiga pergi beratur ke tapak perhimpunan seperti biasa. Semasa di tapak perhimpunan, Ayumu mencari-cari kelibat Matsuo kerana kebiasaannya dia akan nampak bayang lelaki pujaannya itu.

'hmm, mne Matsuo eh?' soalnya di dalam hati

'ouhh, lupa! hari ni kn jumaat mestilah Matsuo ada kt surau' ujarnya di dalam hati sambil menepuk dahinya

****
Di Dalam Kelas

Ayumu tiba dahulu di dalam kelas sebelum rakan-rakannya. Dia meletakkan beg di atas kerusi lalu duduk dan menghadap papan putih. Sebelum cikgu masuk ke dalam kelas, dia telah mengeluarkan pencil box dan buku nota seperti biasa kerana sikapnya yang rajin itu kawan-kawan kelasnya dan sahabatnya juga turut serta memujinya sebagai pelajar contoh.

Cikgu bahasa melayu masuk ke dalam kelas lalu ketua kelas menyuruh semua murid berdiri

"Selamat pagi cikgu" ucap ketua kelas

"Selamat pagi cikgu" ucap semua pelajar di dalam kelas itu

"Selamat pagi, duduk" ujar cikgu perempuan itu

Semua duduk dan terus menyalin nota yang diberikan oleh cikgu bahasa melayu itu. Ada juga yang sedang berborak. Semasa Ayumu menyalin nota, dia nampak kelibat jejaka yang dicarinya dari tadi di kelas sebelah. Dia melihat sahaja kemana lelaki itu dan rakan-rakannya pergi ke setiap kelas yang berhampiran dengan kelasnya. Setelah mereka ke semua kelas, Ayumu perasan yang mereka hendak pergi ke kelasnya lalu cepat-cepat menyalin nota. Apabila mereka sampai di depan kelas Ayumu, Ayumu melihat yang rakan-rakan Matsuo menolaknya untuk masuk ke kelas Ayumu lalu dia pun masuk secara terpaksa dan pergi ke arah cikgu. Selepas meminta izin dia berdiri di hadapan semua pelajar kelas Ayumu dan berkata

"Siapa yang baca yasiin tadi? sila ambik makanan diluar" arahnya

Sempat pula dia melihat Ayumu yang duduk dibarisan belakang semasa hendak memberi arahan kepada semua pelajar yang baca yasiin untuk ambil makanan itu

'dia sebenarnya suka aku ke tak?' soal Ayumu yang masih tertanya-tanya dari dulu

'Bagaimana Dengan Cintaku? Adakah kau akan membalasnya atau hanya membiarkannya?'

                          -Tamat-


Bagaimana Dengan Cintaku?Where stories live. Discover now