Pagi yang dalam kedinginan ini lah yang membuat Laila terlena tidur selepas sahaja dia membangunkan dirinya dari pukul 3:30 pagi dan berjaga sehingga 6 pagi.Sudah menjadi amalannya,setelah siap dari Qiamullail dia terus mencapai bahan bacaan untuk mengulang kaji matapelajaran yang lemah baginya dan penuh fakta.
Laila tersedar dari tidurnya apabila ibu tirinya Puan Ashikin itu melayang layangkan perangkap mimpinya di wajah Laila perlahan lahan.Maklumlah,sudah lah cuti sekolah,di tambah kan lah lagi dengan cuti datang bulan.Tabiat si anak dara malas Laila ni semakin menjadi jadi.
"Laila bangun,ada orang call ni.dari tadi dah duk bunyi tak sedar sedar jugak."segah Puan Ashikin.
Laila tercelik celik Mata puyu nya itu lalu mencapai telefon dari tangan Puan Ashikin yang masih berdiri di sisi nya.
Setelah selesai dari bersihkan diri dan sarapan,tanpa berlengah lagi terus dicapainya buku buku yang sudah berselerak di atas meja belajarnya untuk menyiapkan kerja sekolah.
Sedang asyik Laila menjawab soalan addmath,subjek yang sudah menjadi kegemarannya itu,tiba-tiba satu nombor tak dikenalinya menghantar mesej iaitu nombor yang berkali kali misscall sejak pagi tadi lagi
Namun,tidak diendahkannya.Menjelang petang ,cuaca yang begitu baik jika berjoging meluangkan waktu untuk merelease tension.
Laila yang agak kebosanan pada petang itu mengambil keputusan untuk berjalan jalan di padang berdekatan dengan rumahnya.
Laila lebih selesa seorang diri daripada dalam kumpulan.Tiba tiba,muka dia yang terukir senyuman merasakan derupan angin menendang nendang dirinya itu berubah sebaik sahaja melihat Si Zafran bersama seorang gadis yang dia kenali.
Laila hanya memerhati pasangan bergurau senda dengan rasa hiba dan sebak di dada.Apakan tidaknye,Laila masih tidak faham dengan lelaki itu.Laila 'move on' sebaik sahaja menilai dan memahami sifat dan kelakuan lelaki yang pernah dia sukakan itu.
Perlahan lahan,airmata nya mengalir dan disapunya dengan pantas apabila telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk.Segera diangkatnya Dan mulakan langkah untuk pulang ke rumah."ye?"
"kak ieyla pi mane?ibu suruh balik rumah"
"oh sat sat.akak otw balik ni"Tiba tiba..
"pipp!pipp!pipp!"motorsikal yang ditunggang Syawal,senior nya itu menghentikan langkah Laila."Syawal!"Terus Laila menepuk nepuk bahu Si lelaki nakal itu Sambil ketawa geram.
"Ouch! Sakit lah.."
"tahu pon.gugur jantung ni.haih,dah lah.tepi nak balik dah ni"kata Si gadis itu untuk pulang segera ke rumah.
"eh wait..wait..wait..ni kenape ni?baru lepas nangis ke ape?"
"tak de lah.tadi habuk masuk.tu berair sikit mata ni."
"tipu lah.cepat bagitahu.sape buat princess I nangis ni?"
"haih,x de apa lah"
Syawal melilau lilau ke kawasan padang.
"Zafran!Shada!"jerit lelaki itu
Laila terkejut dan berusaha memberhentikan perbuatan lelaki itu.Zafran dan Shada serentak melihat ke arah kami."Syawal!stop it!awak kenape ha!?
"Saya tahu ape yang saya nak buat.Awak pergi balik"
"Syawal please lah.Jangan buat hal!"
Syawal menghiraukan Laila Dan terus menghidupkan motornya untuk bertemu Zafran Dan Shada itu.Laila Terus pulang dan hiraukan apa yang berlaku.
Laila P.O.V
Syawal turun dari motorsikalnya Dan terus menumbuk muka Zafran.
YOU ARE READING
TUAN INSPEKTOR SUDI TEMBAK HATIKU?
Roman d'amourBermula kisah perjalanan hidup seorang gadis remaja yang hidup sederhana gemar melayan dunia 'crush' semenjak di bangku sekolah menengah.Laila Amisha terpaksa menerima pahit dan manis setiap perkara yang mendatang.Cita cita yang penuh cabaran menja...