"Oi Kira. Tengok ni! OMG cantik tak?" Aku meminta pendapat sambil dress ditanganku itu digayakan pada badan.
Kira memusing mata ke atas. "Huh! Kau ni semua cantik. Itu cantik, ni cantik. Pastu bazir lagi duit." Kira merungut. Dia mencekak pinggang. Persis Mama.
Aku buat tidak dengar. Hmm apa pulak? Memang cantiklah dress ni. Guys! Ni MUST HAVE OKAY!
"Miza, cepat boleh tak. Tengok tangan aku ni. Dah nak putus tahu. Dahlah berat ni. Bag apa semua ni." Kira menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.
Aku memandang wajahnya yang sudah keletihan. Mahunya tidak letih, seharian kami menghabiskan masa dengan SHOPPING SHOPPING SHOPPING .
Eh macam tak biasa pulak. Haa aku nak cakap, ni baru sikit. Pernah satu hari tu, Big Sale. Apa lagi, patah kaki pun aku dan Kira tak kesah janji shopping mall tu berjaya kami tawan.
Tapi kali ini, aku juga penat, letih.
Aku mengajak Kira untuk balik. Lalu kami berlalu keluar dari mall itu.
Sesampai sahaja di parking lot ke kereta Honda City milikku, aku membuka bonet keretaku lalu meletakkan paper bag aku dan Kira ke dalam.
WOW, Banyak gilerrr. Ni kalau mama aku tengok memang mahunya dia bising.
Kalau aku balik kampung je, sah! Telinga aku ni memang asyik kena sahaja dengan bebelan mama yang nak aku ni berjimat. Haihh.
Aku berjimat apa, aku ada tabung. Walaupun, aku kekadang kebulur sangat aku korek, tapi aku tetap menabung.
Itulah tanda-tanda aku ni seorang yang berjimat-cermat. Lahaiii berlagaknya.
Sedang aku memandu, Kira memanggilku. Entah apa yang dia nak bagitahu.
"Esok ada show, kau nak ikut aku tak?" Kira bertanya padaku sekiranya aku berminat.
Aku bukan tak nak tapi, hmm tapi aku tak ada beli baju baru untuk event. Hahaha alasan yang teramat kukuh.
"Tema apa? Aku ni bukan apa, aku belum beli baju lagi. Nanti aku sorang yang nampak weird, taknak ahh." Bebelku dengan mulut yang terkumat-kamit sambil mataku masih kukuh ke jalan raya.
"Daaaaaa. Casual je lah bengokk." Kira ketawa lalu menepuk kecil pipi kananku.
Apalah Kira ni! Kalau macam tu nak lah aku ikut. Aku takut sahaja, mana tahu ada tema entah, aku nak juga nampak VOGUE hahaha. Meroyan ke aku ni.
Aku meneruskan fokus ku pada jalan. Kalau nak dilayankan sangat si Kira ni alamaknya tak sampai rumah.
Arrrrr tak shabarnyeeee nak bongkar barang-barang tadi. Jeritku kecil dalam hati.
__ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __"What!!!! NO!!"
Terkejut aku mendengar jeritan dari Kira. Beta baru je nak beradu, ada-ada sahaja yang mengganggu.
Apa pulak lah budak tu jeritkan malam2 buta ni. Nak bagi aku kesenangan pun susah ke?
Dengan pantas aku berlari menuju bilik Kira. 'Mana pulak cousin aku ni?'
Kataku perlahan apabila tiada kelibat Kira aku lihat.'Mana pulak dia pergi.'
"Hoi." Kejut Kira. Aku pula hampir-hampir DOWN. Naya kalau jatuh, hishhh ada-ada saja lah dia ni.
"Hah mangkuk, apa yang kau jeritkan tadi. Buat saspen je. Ingat kau dah tak ada dah tadi." Gurauku.
"Kau ni agak-agak lah kalau nak bergurau, sedihnya hati aku dengar kau cakap macam tu." Kira pura-pura menangis.
Eleh, kalau sehari tak tunjuk perangai dia ni memang tak sah.
"Dah dah. Aku tanya asal kau jerit. Jawablah."Tegasku sambil mengerutkan dahi.
"Hehehe, ni haaa heels ni salah ambil saiz. Tak muat lah pulak hehehehe." Kira tersengih.
Aku terkejut. "A'stagfirullahala'zim, sebab tu je kau nak menjerit sampai macam tu sekali."
"Boleh tak kalau kau simpan jerit tu untuk esok pagi, asallah tengah-tengah malam juga kau nak pergi cuba heels tu." Rungutku.
Kira menunjukkan muncungnya tanda minta maaf. Hishh! Apalah nak jadi dengan budak ni.
Malam tu terpaksalah aku ceramahkan budak kecil bernama Kira tu. Ehhh tak dah pagi!
01:34 a.m
To be continue :)))
YOU ARE READING
SHOPAHOLIC
Short StoryStart : 19 October 2017 End : ________________ Status : Ongoing SHOPAHOLIC - 2nd Story Miza and Kira Siapa lagi kalau bukan RATU shopping ?! Shopping diibaratkan teman, kawan, cinta hati, juga tempat mereka menghilangkan STRESS. Kalau waktu beker...