Kira memandang aku semacam. Aku hairan. Dah kenapa budak ni pandang2 aku siap bercekak pinggang lagi.
Dah kenapa pulak? Aku ada buat salah ke dekat dia ni.
"Kau takda apa2 yang nak dibagitahu ke?" Kira menunjuk riak tidak puas hati.
Erm pasal semalam ke? Alamak, aku bukan taknak bagitahu. Tak da apa yang serious sangat pun semalam. Hanya terlanggar je. Macam lah aku ni tak pernah terlanggar orang lain.
Bagi aku tu tak penting pun. Macam mana eh nak tutup kes ni? Hahaha. Malaslah aku nak cerita.
"Ermm aaa pasal apa tu eh?" Sengaja aku buat tak tahu. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.
Kira duduk disebelahku sambil membawa sepucuk surat. Eh nampaknya macam kad lah. Apa tu?
"Ni! Kau tak ajak aku pun kan. Sampai hati kau." Kira melambai-lambaikan kad tadi di depanku.
Oh! Kad itu. Haish! Aku belum baca lag tu kad apa. Boleh pulak ada orang lain yang dah baca dulu.
"Kad apa tu eh?" Aku sengih manja. Nampak macam tiket flight je. Hahaah memang pun.
"Hah? Tak kan kau tak tahu. Habis siapa punya benda ni?" Kira pelik. Mana ada orang lain dalam rumah ni melainkan aku dan dia.
"Tu aku punyalah. Tapi aku belum usya lagi benda tu."
"Peninglah aku. Macam manalah kau boleh tempah flight tapi tak tahu pergi mana." Makin kusut aku tengok muka Kira sekarang. Hahaha kesian dia.
Sebenarnya tu hadiah dari Boss aku sebab aku dapat anugerah pekerja terbaik dekat office tahun ni. Tak tahu pulak itu tiket penerbangan.
"Kau ingat tak yang aku ada bagitahu Boss akan bagi aku present sebab aku dapat anugerah pekerja terbaik tu? Inilah dia." Terang aku. Alahai, Kira nampak jelous sudah.
Tapi aku tak tahu lagi flight tu nak ke mana? Aku belum sempat lagi nak belek2 benda tu.
Melihat Kira yang berdiam diri, merajuk. Aku melangkah ke laci sebelah katilku. Aku capai kotak kecil tempat asal tiket itu tadi. Aku keluarkan satu lagi tiket di dalamnya.
"Nah! Jangan nak tunjuk muka macam tu lagi, nanti aku ambik balik baru tahu." Aku menyuakan tiket itu pada Kira.
Kira pun apalagi terus dia berdiri lalu bersorak riang. Macam budak2 je perangai. Tak sedar umur tu dah 25 tahun.
Tapi apa yang dia seronok sangat? Ke mana tiket itu akan bawa kami. Aku merampas satu lagi tiket dari tangan Kira.
"Oh Tokyo." Kataku kecil.
Eh! What!!!! TOKYO?
"Mak kau! Betulke tiket ni akan bawa kita ke Tokyo Kira?" Aku pula yang menyoal. Kira mengangguk gembira. Aku terkejut. Benar2 terkejut.
"Itulah sebab aku merajuk bagai nak gila tadi. Tokyo tu der, Heaven SHOPPING." Jelas Kira sambil mencubit pipiku. Adoi! Sakitlah. Hish, ada aku tarik balit tiket tu nanti baru padan muka.
OMG! Tokyo. Heaven Guys 😘
___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___
Checklist ✔Done
1.Wallet yang ada isi (maksud=DUIT) and also credit card
2. Makeup set
3. Towel
4. Novel (mana tahu kot2 bosan eh yeke bosan? Tokyo tuu )
5. Swimsuit
6. Baju tidur
7. Buku kira2 (takut pulak terlebih berbelanja haha kalau dah nafsu ni)
8. Shower set
9. Coat
10. Coffee 3 in 1 (tak da masa nak minum ala2 orang kaya kat kedai mahal2 gitu)
11. Maggie cup ( jimat😢)
12. Selipar
13. Heels/Wedges
14. Bagasi + Lebihan bagasi (cewah)
15. Blouse+Jeans (bawak lebih)
16. KALKULATOR (paling penting)
*nanti tambah lagi kalau tak cukup
Yes! Dah siap senaraikan semua. Hurm Lusa adalah hari yang penting untuk aku dan Kira.
Terseksa tahu tak rasanya sebab dah lama tak shopping. Ni lah sebabnya, nak berjimat kononnya nanti pokai tak dapat lah nak melaram kat TOKYO. Hahahaha.
Makin aku kesian lah tengok si Kira tu. Sudahlah dia bekerja di syarikat yang mengeluarkan dress/handbag dll , Haihh mahunya dia terseksa.
Takpa Kira, TOKYO wait for us ! 😉
To be continue :))))))

YOU ARE READING
SHOPAHOLIC
Short StoryStart : 19 October 2017 End : ________________ Status : Ongoing SHOPAHOLIC - 2nd Story Miza and Kira Siapa lagi kalau bukan RATU shopping ?! Shopping diibaratkan teman, kawan, cinta hati, juga tempat mereka menghilangkan STRESS. Kalau waktu beker...