Pada suatu hari, HSF LAB telah membuat eksperimen tentang pasir dan hasil eksperimen adalah pasir telah menjadi virus dan ia tersebar di seluruh dunia dan virus pasir telah menjangkiti orang dengan memasukkan ke dalam jantung mereka semua orang mempunyai virus pasir sekarang. Ia dijangkiti tanpa rasa apa-apa. Selepas kejadian itu, Seorang anggota polis telah menembak seorang pembunuh bersiri dan pembunuh itu telah menjadi pasir. Polis berasa pelik dan kemudian radio memberitahu bahawa dunia telah dijangkiti virus pasir.
Manakala di Kuala Terengganu, terdapat seorang lelaki bernama Zack dan dia ialah salah seorang graduasi dalam bidang perdagangan antarabangsa UMT dan dia berumur 23 tahun. Hobi dia membaca buku dan manga tentang pedang dan samurai. Dia juga suka membaca manga. Antara manga yang dibacanya ialah Akame Ga Kill dan Bleach. Dia tiba-tiba berminat untuk belajar tentang samurai dan pedang. Dia pun melayari internet untuk mencari kelas samurai. Dia pun terjumpa satu laman sesawang tentang kelas samurai yang beryuran rm50 sebulan. Dia pun berminat dan mencari maklumat tentang laman sesawang itu. Dia tidur dan menunggu esok hari untuk memulakan perjalanan ke kelas samurai.
Zack pun memulakan perjalanannya dengan moto ego kesayanganya. Dia menunggang laju dengan kelajuan 90 km/h. Dia waze location itu, ternyata tempat itu adalah 100 km dari rumahnya. Dia sangat terkejut kerana terlalu jauh. Dia tetap meneruskan perjalanan walau sejauh mana pun kelas itu. Selepas 1 jam 10 minit perjalanan. Dia pun sampai, alangkah terkejutnya dia berada di depan hutan yang amat tebal. Dia rasa ditipuvoleh laman sesawang tersebut. Tiba-tiba dia terdengar bunyi sergahan orang. Dia pun mencari di mana sergahan itu berbunyi. Akhirnya dia terjumpa satu dojo yang di kanan dan kiri pintu terdapat 5 pedang katana. Dia pun mencari tuan dojo itu.
Tuan dojo itu pun keluar. Tuan dojo itu tua orangnya sedang berpakaian gi. Tuan dojo itu bertanya soalan "Kamu siapa dan nak apa di dojo aku," Zack pun berkata "Aku mahu belajar kemahiran pedang di sini," tuan dojo itu pun membawa Zack masuk ke dalam dojo itu. Zack melihat orang berlatih pedang dan beberapa bilah pedang. Tuan dojo itu membawanya ke belakang untuk pendaftaran. Borang diberi dan Zack pun menulis nama dan kenapa ingin belajar kemahiran pedang. Alasan yang diberi ialah keran terlalu minat kepada pedang. Tiba-tiba Zack bertanya "Tuan berumur berapa?" tuan dojo menjawab "Aku berumur 80 tahun," Zack pun terkejut kerana terlalu tua. Tuan dojo itu suruh Zack duduk dahulu di meja makan.
Zack pun bertanya "Nak buat apa ni?" Tuan dojo hanya berdiam diri dan dia pun meletakkan dua gelas dan menuang teh hijau. Tuan menyuruhnya minum teh hijau itu. Zack pun terus meminumnya. Tiba-tiba Zack pengsan. Dia bangun dan melihat dirinya di atas tilam dan ada ramai pelajar sekelilingnya juga di atas tilam tetapi sedang tidur. Dia melihat jam dan ia sedang pukul 1 pagi dan tuan dojo itu bertanya "Sudah bangun?" Zack pun terkejut apabila melihat tuan dojo itu dan dia bertanya "Apa yang tuan letak dalam air tadi" tuan dojo berkata "Oh, hanya ubat tidur sahaja dan lagi satu sudah-sudah lah panggil aku tuan panggil jer aku Sensei Takeshi. Dah dah sambung tidur balik,"
Zack bangun daripada tidurnya dan jam menunjukkan 10:30 pagi. Dia terkejut kerana tidur terlalu lama. Dia keluar dari bilik itu dan melihat meja makan. Di atas meja makan tersedia nasi goreng dan air kopi. Dia pun mencari di mana Sensei Takeshi dan dia tidak menjumpai sensei itu. Tiba-tiba dia terjumpa satu nota dan ia tertulis "makan lah nasi goreng dan minum lah air kopi tu. lepas ni cari aku dalam hutan," Zack pun memakan nasi dan minum air kopi itu. Zack pun sudah makan dan terus mencari Sensei Takeshi.
Zack berjalan-jalan mencari Sensei Takeshi di dalam hutan. Dia berjalan dan berjalan dan berjalan sehingga penat. Dia pun berhenti sebentar kerana terlalu penat. Tiba-tiba dia terdengar bunyi aliran air dan benerapa sergahan. Dia pun mencari dari mana datangnya bunyi itu. Dia terjumpa beberapa orang sedang bermain pedang dan dia juga ternampak Sensei Takeshi. Dia pun berlari ke arah Sensei Takeshi. Tiba-tiba ada pedang menahannya dan dia pun berhenti. Orang itu menanya "Siapa kau dan kenapa kau datang ke sini?" Zack ingin menjawab tetapi Sensei Takeshi menjawab dahulu "Dia Zack dan dia ingin pelajar pedang di sini," orang itu pun melepaskan Zack. Zack berasa amat berterima kasih dengan Sensei Takeshi. Sensei Takeshi berkata "Dah jom mulakan kelas kita"
Pada mulanya, Zack sangat berdebar memegang pedang kerana ianya pertama kali dalam hidup nya memegang pedang. Sensei Takeshi ajarnya cara memegang pedang dengan betul dan cara menghayunkannya. Zack berasa amat teruja kerana akhirnya dia dapat belajar juga pedang yang telah menjadi keinginannya dari kecil lagi. Dia cuba memotong kayu yang di pegang sensei. Tetapi tidak terpotong. Sensei Takeshi pula mencubanya. Akhirnya terpotong juga. Sensei Takeshi berkata bahawa "Teknik kena betul, baru boleh potong kayu tu," Selepas itu, kelas pedang pun tamat. Zack berasa amat gembira kerana. telah belajar beberapa pelajaran tentang pedang.
Mereka semua pun balik ke dojo. Zack dicabar memasak oleh Sensei Takeshi. Dia pun memasaklah telur dadar, ikan goreng dan sayur lemak. Apabila siap dia pun menghidang kan lauk-pauk, nasi dan air kosong. Sensei Takeshi dan orang lain memuji masakan Zack. Sensei Takeshi bertanya "Di mana kau belajar masak semua ni? Pandai betul kau memasak yer," Zack pun membalas "Daripada arwah mak saya sensei. Dia lah yang mengajar saya masak sehingga pandai. Saya betul-betul rindukan dia sekarang ni," Sensei membalas balik "Tidak mengapa, saya faham perasaan awak Zack," Selepas selesai makan, sensei pun menyuruh mereka pergi tempat latihan. Apabila Zack hendak keluar dia pun bertanya "Sensei tak nak turun lagi ker?" Sensei pun menjawab "Nanti aku pergi tunggu lah aku di sana,"
Apabila mereka sampai, mereka terkejut kerana Sensei Takeshi sudah ada di situ. Sensei Takeshi berkata "Kita kena sentiasa tepati masa," Zack berasa kagum dengan senseinya. Mereka pun mulakan latihan. Mereka mulakan dengan lari ulang alik 20m selama 10 kali dan berenang melawan arus sehingga sampai ke air terjun. Selepas itu, sensei pun memberi rehat kepada meraka selama 10 minit. Mereka pun memulakan latihan dengan melawan sesama sendiri. Peraturan perlawanan ini ialah dilarang mencederakan sesiapa pun dan pemenang dikira siapa yang menjatuhkan pelawannya dahulu. Perlawanan akhir ialah Zack dan Ariff. Zack pun kalah dengan Ariff. Pada perlawanan itu Zack hanya melindungi diri sahaja dan Ariff pun menjatuhkannya dengan menggunakan kaki. Ariff mengangkat Zack bangun. Ariff berkata "Lain kali cuba lah menyerang sekali, jangan asyik melindungi diri sahaja," selepas kejadian itu mereka pun menjadi kawan rapat
YOU ARE READING
Sand Fighter
ActionDunia telah dijangkiti virus pasir. Jantung orang yang berasal dari jantung berdarah kepada jantung berpasir. Zack belajar bagaimana untuk menjadi pahlawan selepas virus pasir dijangkiti. Orang akan mati menjadi pasir jika ada yang menikam jantung m...