Selepas Ali dan Alicia balik dari misi mereka pula sudah keletihan. Jam juga sudah menunjukkan pukul 12.40 malam.
"Huhh...lama betul misi tadi." Kata Ali sambil menghembuskan nafas kepenatan.
"Yelah..dah pukul 12.40 malam. Tak payah la kita pergi makan. dah lambat ni, besok aku ada kelas."cadang Alicia
Ali pun bersetuju dengan kata kata Alicia. "Oklah kalau macam tu..."
"Kau nak aku teman kau balik?" Pelawa Ali
"Tak payah. Aku boleh balik sendiri la..!! Aku bukan macam perempuan biasa, aku ejen." Jawab Alicia dengan sedikit marah
"Ye..ye...tak payah lah nak marah. Ok..aku gerak dulu, bye." Ucap Ali
Lalu mereka berdua pun berjalan balik pulang ke rumah masing masing.
-------------------------------------------
Keesokan paginya Ali menaiki skuternya dan berganjak pergi ke kolej. Di depan pintu pagar kolejnya, dia ternampak Alicia yang baru keluar dari kereta dan lalu berjalan masuk.
Ali menuju ke arah Alicia dan berjalan bersebelahan dengan Alicia.
"Hi, Alicia. Apa khabar?" Tanya Ali sambil senyum ke arah Alicia.
"Kau ada nampak Aku macam nak mati ke." Alicia menjeling ke arah Ali.
"Eleh..poyo....orang tanya baik baik jawab la." Tegur Ali
"Khabar baik....dah puas dah." Jawab Alicia dengan atonasi sedikit marah
"Haahh..macam tu lah. Jadi nanti kau nak pergi makan tak. Apa kata kita pergi lepas sekolah." Tanya Ali akibat rancangan mereka yang tertangguh semalam.
"Aku ok je.."jawab Alicia dengan selamba
"Okay...lepas sekolah tau. Aku masuk kelas dulu,jumpa nanti, bye."
"Okay"Alicia
-------------------------------------------
"Kring......" bunyi lonceng menandakan waktu pulang .
"Alicia!!..sini jomlah." Jerit Ali dari depan pintu pagar kolej setelah dia ternampak Alicia
"Ishh..kau tak tahu malu ke, jerit jerit." Kata Alicia dengan sedikit marah
"Hehe... jadi, kita nak pergi mana." Tanya Ali
"Haihh, Lantak kau la aku ikut je." Alicia mengeluh
"Betul ni? Kalau macam tu kita pergi.....hotel kat sana kita boleh...." Ali sengaja memberhentikan percakapannya
Muka Alicia sedikit merah. "Boleh apa?" Tanya Alicia
"Kita boleh..." kata Ali lagi
"Ali!!..." panggil Alicia
"Kita boleh makan di restoran kat hotel, sedap jugak makanan kat sana.."Kata Ali
"Huhh.." dalam hati Alicia
"Jom lah cepat, Aku dah lapar nii.." ajak Ali
"Yelah..yelah...Cepat jalan." Keluh Alicia disebabkan karena Ali
-------------------------------------------
Mereka berdua makan duduk semeja sambil menjamu makanan masing masing. Alicia kesedapan dengan makanannya sehingga tidak sedar pipinya comot terkena makanan.
Ali ternampak pipi Alicia yang comot itu. "Ehh, ada sikit comot kat pipi kau la...mai sini biar aku tolong" kata Ali kepada Alicia. Lalu Ali mengambil sehelai tisu dan mengelap pipi Alicia.
Alicia memukul tangan Ali secara perlahan. "Ishh..tak payah lah. Aku boleh lap sendiri."
Di dalam hati Alicia dia sedikit suka akan kelakuan Ali mengelap pipinya yang comot itu tadi. "Romantik jugak Ali ni." Dalam Hatinya
Alicia memandang ke mata Ali. Dia mengelamun melihat Ali.
Tiba tiba Ali melihat ke arahnya. "Ehek..ehek.." Alicia tersedak lalu meminum sedikit air.
"Ehh, Kau ni kenapa." Tanya Ali
---------BERSAMBUNG---------
#####
Hi korang, harap korang suka la chap kali ni..
YOU ARE READING
(Canceled) Cinta Double A (Ejen Ali)
FanfictionKisah hidup Ali dan Alicia selepas 6 tahun sejak Ali pertama kali menjadi salah seorang ejen M.A.T.A Ali dan Alicia sangat suka bergaduh dan tidak serasi. Tiba suatu ketika, Ali telah menyedari diri Alicia yang sebenarnya dan mula jatuh hati padanya...