Selesai mereka makan, Ali bertanyakan sesuatu. "Hmm, Alicia. Lepas ni kau nak pergi mana. Aku bosan lah duduk kat rumah sorang sorang."
"Aku pun takde apa apa nak buat."jawab Alicia
"Kalau macam tuu, apa kata kita pergi....." Belum habis Ali bercakap, telefon mereka berdering.
"Takpe lah, ada tugas lagi penting sekarang. Jom la gerak" Alicia berkata lalu berdiri
"Ok lah, sekurang kurangnya tak lah bosan sangat."kata Ali lalu bersama sama Alicia meninggalkan restoran tersebut.
-------------------------------------------
Dan kemudia setelah mereka tiba di M.A.T.A.
"General, kenapa general panggil. Ada misi ke."tanya Ali
"Saya panggil kamu berdua sebab kamu berdua saja yang masih belum menjalani 'Ujian Prestasi'." Jawab general
"Ujian Prestasi??"-Ali
"Ya..kamu akan diuji dari segi fizikal dan mental untuk menyelesaikan masalah. Ujian ini dijalankan secara berpasangan. Oleh sebab kamu berdua saja yang tinggal, secara automatik kamu akan menjalani ujian ini bersama sama." Jelas general
"Baik general" jawab Ali dan Alicia
"Baik kau jangan buat masalah, aku tak nak gagal ujian ni." Bisik Alicia kepada Ali.
"Aku boleh je, takut kau je jadi spoiler." Kata Ali sambil merenung tajam ke arah Alicia
"Ehh..sudah..sudah, tak payah nak gaduh." Ejen Bakar bersuara menghentikan mereka
"Uncle dah ambil ujian tu ke." Tanya Ali
"Dah, Lulus lagi.." jawap Ejen bakar sambil menaikkan keningnya.
"Baik, ini misi ujian kamu. Kamu berdua mesti pergi ke tempat ini dan dapatkan Azurium yang telah dicuri sebelum mereka dapat mencipta apa apa senjata menggunakannya...Bertindak Segera."kata General
"Baik general."jawab Ali dan Alicia. Mereka pun bergerak ke lokasi tersebut
"General, kami dah ada kat belakang bangunan ni. Apa seterusnya?"kata Alicia dengan menggunakan alat kumunikasinya.
Namun, tiada sebarang balasan daripada general. "Ali, aku tak dapat dengar apa apa dari general." Kata Alicia
"Jap, biar aku check." Ali menggunakan I.R.I.S. untuk mengimbas alat komunikasi mereka.
"Alat komunikasi kita tak rosak. Mungkin M.A.T.A. saja tutup kot. Ni kan ujian." Kata Ali
"Mungkin jugak, kalau macam tuu kau guna I.R.I.S. untuk cari jalan masuk." Arah Alicia
"Ok."-Ali
Ali menggunakan I.R.I.S. untuk mencari jalan masuk.
"Ok, Aku dah dapat. Jalan masuk terbaik ada kat atas bumbung bangunan tu. Tapi macam mana kita nak panjat?" Kata Ali
"Hemph, Tengok aku buat."kata Alicia
Alicia memanjat bangunan tiga tingkat itu dengan melompat di sisi tingkap bangunan tersebut.
"Wehh..tunggu lah aku." Ali pun melalukan perkara yang sama
Selepas itu mereka pun masuk.
"OK, kita dah masuk. Kau cari lokasi Azurium. Biar aku tengok sekeliling."kata Ali
Lalu Alicia berjalan memasuki bilik sebelah, dia ternampak Azurium terletak di dalam kotak kaca di atas meja bilik itu
"Tempat ni takde makanan ke, Aku lapar." Ali terdengar suara dari dapur. Ternyata Dos dan Trez berada di sana.
Ali segera bergerak mendapatkan Alicia. "Alicia kau dah jumpa ke?" Bisik Ali kepada Alicia
"Dah, Aku dah dapat" Alicia memegang Azurium tersebut
"Jap" Ali mengimbas Azurium dengan I.R.I.S.
"Ok, Azurium selamat, mari kita keluar senyap senyap." Jelas Ali
Tanpa mereka sedari ada perangkap yang diletakkan di atas lantai. Semasa Ali berjalan nasibnya baik kerana tidak terpijak perangkap itu.
Namun, nasib Alicia tidak bergitu baik. Alicia terpijak perangkat tersebut lalu direnjat. Alicia telah pengsan.
"Alicia!!!"-Ali
"Hahh...suara siapa pulak tu? Cepat pergi tengok." Dos terdengar suara Ali lalu mengarah Trez
"Alamak, Aku kena keluar sekarang tapi mana boleh tinggal Alicia sorang jat sini." Ali mendukung Alicia di belakangnya.
"Ehh, kau lagi. Dah besar kau sekarang ye. Berapa umur kau? Hehehehe..." Trez ternampak Ali dan gelak jahat.
"Aku 18."sambil membawa Alicia, Ali terjun keluar tingkap. Dia mendarat dengan selamat menggunakan boot jetnya lalu menggunakan skuter dan beredar dari situ.
"Mane jorang?" Tanya Dos kepada Trez.
"Dah terlepas."-Trez
----------BERSAMBUNG-------
Vote. Follow. Comments your suggestions
PS: Dah tengok dah Ejen ali hari nii..(6/10/2017) best kan
👍
YOU ARE READING
(Canceled) Cinta Double A (Ejen Ali)
FanfictionKisah hidup Ali dan Alicia selepas 6 tahun sejak Ali pertama kali menjadi salah seorang ejen M.A.T.A Ali dan Alicia sangat suka bergaduh dan tidak serasi. Tiba suatu ketika, Ali telah menyedari diri Alicia yang sebenarnya dan mula jatuh hati padanya...