Nama aku Taty. Aku stay Seremban, N9. Aku dah bertunang. Tunang aku stay Sandakan, Sabah. Sbb aku dapat cuti seminggu, aku bercadang nak ke Sabah. Sambil makan angin boleh lah bincang soal perkahwinan aku skali. Aku gelar kan tunang aku, Al lah ya.
Aku menginap di sebuah hotel terkemuka di Sandakan, Sabah. Sampai je aku kat sana, Al jemput aku. Al minta jumpa mak dulu sbb dia tak bagi tahu pun aku nak datang, suprise utk mak dia katanya. Dah smpai tu mak dia terkejut lah smpai menangis. Mak dia ajak tidur rumah tu je tapi aku ckp aku dah booking hotel. Dia tanya hotel apa then bila aku sebut nama hotel tu dia diam membisu. Al pun diam & suruh stay rumah tu je tapi tak cakap pula sbb apa. Aku yg keras kepala ni pun tetap dgn pendirian aku. Al hantar aku ke hotel tu, then dia pesan 'kalau ada apa2 call terus atau kita oncall saja lah mau ka'. Aku menidakkan je.
Langkah je aku ke pintu hotel, bulu roma terus tegak berdiri umpama nak berkawad. Dengan tak basuh kaki nya, terus baring atas katil empuk lalu terlelap. Penat sangat ek? Aku tersedar, pukul 2 pagi. Tu pun sebab bunyi telefon yg bertalu2. '56 missed call from future husband'. Al risau kan keadaan aku so dia kata biarkan je call ni & sruh aku mandi bersih kan diri. Eh mamat ni tau pula aku tak mandi lagi ek. Aku pun turutkan je lah. Tangan aku yg nak capai tuala tu terasa sakit. Apa kena pula berdarah kat hujung jari manis ni?, rengek hati ku. Masuk je bilik mandi, satu bau busuk yg teramat sangat. Dah jadi tabiat, aku terus membebel. Tak sempat aku nak cek bilik mandi tu, loceng berbunyi 'housekeeping!'. Dalam hati berdetik hah tepat pada waktunya! Masa tu tak pula terfikir pukul 2 pagi apa ke gila nya ada housekeeping?! Aku terus buka pintu sambil tersenyum. Tapi apa yg pelik nya housekeeping ni selekeh betul. Dengan rambut terurai & langsung tak pandang aku. Tunduuuuk je. Baju kerja pun lusuh je. Dia terus masuk dalam bilik mandi. Aku pula terus capai hp utk berbual kejap dgn Al. Aku mmg dduk atas katil hadap pintu bilik yg mmg dah terkunci. Hampir setengah jam berlalu, aku tergerak hati nak tengok housekeeping tadi. guys, dah hilang! And bilik mandi sangat bersih & wangi. Terfikir juga bila kalanya dia keluar sedang pintu aku dah kunci & mmg tunggu dia keluar dari tadi? Aku buat tak endah je.
Selesai aku bersihkan diri jam menunjukkan tepat 3 pagi. Aku baring & sambung berbual dgn Al. Tak tergerak pula nak tanya kenapa Al risau kan aku sangat. Tahu apa jadi lepas tu? Aku dengar Al bercakap sorang. Al cakap dgn telefon seperti jawab pertanyaan walhal aku mmg tgh diam. 'Cakap dengan siapa?' soal aku. 'Cakap dengan sayang lah', jawab Al. Allahu aku diam je kot dari tadi. Then after a few minutes,
Al : Knapa bising sangat?
Me : Bising apa nya?
Al : Bising lah bah bunyi nafas mu tu. Jauh2 lah kau bernafas.
Me : tgh bancuh air ni. Buka loudspeaker je. Nafas apa pula
Al : Em tak mengasi tau kau bancuh air, tedalah tu bergurau.Bukan tu je. Lepas dari ni. Aku dengar suara aku tgh bercakap kat hp yg tgh berborak dgn Al. Korang faham tak? Kan tgh otp, aku dengar suara aku tgh bercakap dgn Al! Sedangkan aku tgh diam je. Aku terus matikan call. Tapi Al tak call pun balik. Aku call Al balik, tapi tk dapat weh which means dia tgh oncall dgn orang lain. Aku terus mesej dia tanya. Tapi dia cakap 'baru sj kita habis oncall tadi di tanya pula oncall sm siapa? sm syg lah'
Badan aku terasa lenguh2. Niat nak sambung tidur. 'Kringggg kringggg'. Hp hotel berbunyi. 'Hello, massage service?' Hekkk ada pula tngh2 malam khidmat massage kat hotel! 'i dont want'. 'betul ke taknak heheheheh *mengilai*. aku terus cabut wayar telefon. Tapi lepastu hp tu bunyi lagi! Hp berbunyi berselang seli dgn loceng berbunyi! Dia kenakan aku kaw kaw malam tu. Ada 3 4 kali juga kain putih melintas depan mata aku. Nasib lah aku ni jenis kuat semangat sikit. Selimut aku ditarik2 & kekadang aircond on off on off. Ntah pukul brapa aku terlelap. Bangun je dari tidur, ada kesan luka gigitan kat betis aku.
Pagi tu, ingat nak berjalan. Tapi demam secara mengejut ni menghalang hasrat aku. Aku rehat secukupnya. Tiada apa yg berlaku sehingga lah magrib menjelma. Loceng berbunyi. Aku buka pintu. 'eh bila pula saya pesan makan ni' soal aku. 'Tadi cik ada order melalui telefon.' Aku tengok telefon tu, wayar tak bersambung pun lagi. hmm. Aku ambil je lah makanan tu. Memandangkan selera aku terbantut, aku letak je atas meja. Sedang leka aku scroll twitter ntah brapa saat je, makanan tu dah licin dan bersepak sisa nya. Ntah dilahap oleh apa? Gerun aku dibuatnya. Aku nk check out magrib tu juga. Sedang aku leka mengemas baju, paaaapppp! Cawan kaca jatuh. Jarak aku dgn cawan pecah tu jauh lah juga sbb terhalang dgn dinding. Aku baru bangun nak tengok dah terpijak serpihan kaca tu. 'Dasyat betul lah kaca ni, ada dinding pun bole terbang smpai sini'. Berdarah lah lagi.
Lepas basuh je luka tu, aku nampak housekeeping yg datang smlm kat hujung bilik weh. Smlm aku tak nmpak muka dia. Skrng dia pandang aku! Dengan mata merah & air mata darah nya! Muka pucat lesi & bibir ada cecair merah seolah2 baru habis menghisap darah! Sejak dari tu aku pengsan. Aku tak sedar kan diri, sedar2 je aku kat rumah Al.
Mengikut cerita Al.
Guess bilik sebelah dengar aku menjerit kuat gila. berdesing telinga katanya. Guess hotel tu bgtau juga smlm tgh2 malam aku pasang lagu apa tah bahasa siam kuat2. hmmm bila kala beb? Dia terus call hotel utk cek aku lepas tekan loceng tapi aku tak buka pintu. Pekerja hotel datang & buka pintu tu. Alangkah terkejut nya dorang tengok hantu housekeeping tu tgh jilat darah luka kaki aku yg terpijak kaca tadi. Pekerja ni panggil pekerja2 yg lain utk datang & baca yasiin kat bilik tu sementara tunggu ustaz smpai. Bila dorang baca tu, benda tu mengamuk weh. Dia seret aku smpai terhantuk ke dinding. Hantu tu hantu siam sbb dia bcakap dalam bahasa siam. Ada orang tau bahasa siam tu so dia cerita apa hantu ni cakap.Ustaz pun smpai. Ustaz tu tanya apa dia nak. Hantu ni cakap siam. Orang yg pndai tu gtao ustaz apa dia cakap. Btw hantu ni bahasa melayu ustaz cakap faham pula pastu saja balas dalam bahasa siam lol. Hantu ni cakap dia nak orang yg berdarah siam yg masih dara. Ya, aku kacukan siam. Family belah ayah aku asal Pattani, Thailand. Kebetulan masa tu pula aku haid, jadi mudah sangat utk dia jadikan aku boneka dia. Patutlah luka2 aku dibuatnya. Dia tak dapat nak jilat darah dari pad aku sbb aku ni mmg jenis cuci clean & clear punya. Ustaz tu cakap, benda tu tak bertuan & bilik tu tempat dia. Dia nak aku jadi tuan dia. Allahu.
Hotel minta maaf dkt aku sbb ntah macam mana terbagi bilik tu walhal bilik tu act lama dah takde guess duduk & bilik tu mmg 'blacklist'. Maybe hari aku booking tu bilik penuh & tinggal bilik tu. Hotel pulang kan duit aku. Ye tu paling bahagia. kahkah. Kejadian ni 7 tahun lalu. Skrng aku dah ada 2 cahaya mata dah. Tak tahu lah klau cerita hantu siam tu masih ada wahai orang sandakan? Pssttt, siapa sebelah awak tu?
-malam jumaat- 05 okt 2017