Bab 8

34 5 2
                                    

Tak lama kemudian phone mereka bunyi secara serentak menandakan ada mesej masuk dalam group.

¤Chit-Chat Group¤


Ms. Yoon: Eh?? Sekejap-sekejap!

Ms. Kim: Kenapa cikgu??

Ms. Yoon: Bukan kata nak keluar makan ka??

Ms. Park: Si Aida ni tetiba mengidam nak masak😑

Ms. Lee: Lantak la. Asalkan boleh makan.

Ms. Park: Memang la boleh makan tu pun sebab aku pantau. Klau aku tak pantau tu...tak tau jadi apa kat makanan tu😷

Ms. Lee: Kurang asam kau ni. Bagi kaki satgi kut👊👊

Ms. Kim: Emm...tu emoji tangan

Ms. Lee: ...

Ms. Yoon: 😂😂😂... apa la kamu ni Aida. Dah- dah jgn gaduh, nanti cikgu bagitau kat ajusshi kamu tu.

Ms. Park: 👌... suruh depa datang bilik Alia tau. Kita pakat makan kat situ semua.

Ms. Yoon: Yes madam!

Macam dah rapat ja bunyi. Sedangkan kekok giler bila face to face. Sebaik sahaja Aida dan Ain mandi dan solat, mereka terus serbu bilik Alia. Loceng ditekan beratus kali sehingga Alia buka pintu dengan telekung masih di kepala.

"Ish!! Hampa ni! Aku ingatkan depa pakat dah sampai. Tekan loceng macam tak pernah jumpa loceng ja"

Gabra aku dibuatnya. Budak dua orang ni memang nak kena dengan aku. Kecik besar kecik besar ja aku tengok depa berdua. Tak sempat nak jemput masuk mereka berdua rempuh masuk, langgar habis badan aku yang comei ni lalu mereka baring atas katil dan bermain dengan phone masing-masing.

"Ni la budak-budak zaman sekarang. Orang datang melepak, menyembang tak pun menggosip. Ni depa dengan tak tau malunya baring atas katil aku pastu main phone pulak" bebel Alia sambil menutup pintu dan mula melipat telekung dan sejadahnya.

"Kan tak baik mengumpat-mengumpat orang. Dari pada kumpul dosa, baik aku main game lagi bagus" balas Ain yang sedang sibuk bermain game 'Superstar SM'.

"Stop stop!" Alia merampas fon dan meletakkannya di meja lampu lalu mengajak mereka berdua menyediakan tempat nak makan. Dipanaskan nasi goreng tersebut dan menghidangkan di meja makan yang berada disebelah balkoni.

"Macam tengah dok hias meja untuk pasangan couple ja" komen Ain apabila melihat Alia menggunakan tema candle dinner.

"Entah kau ni. Bawa keluar abis lilin-lilin dengan lampu pun dimalapkan"Aida membelek lilin-lilin yang dibawa keluar oleh Alia.

"Eh eh?! Ain, kau nak bawak mana meja tu" Ain mengangkat meja sederhana kecil yang cukup untuk dua orang lalu diletakkan diluar balkoni. Lalu Ain menolak sedikit meja yang besar itu dengan bantuan Aida yang hanya mengikut tanpa mengetahui rancangan Ain.

"Ok, aku dapat dah apa yang kau nak buat"

Alia menyusun dua pinggan di meja luar balkoni dan meletakkan gelas dan mengubah lilin-lilin itu ke meja luar balkoni. Diusungnya juga lampu tidornya lalu diletakkan di sebelah meja tersebut. Ain menutup tingkap balkoni untuk melihat suasananya.

"Ok la ni, sweet je" Ain membuka tingkap balkoni itu lalu masuk kedalam bilik semula sebab sejuk.

Ting Tong~~~

Terpampang muka budak-budak lelaki itu bersama ajushi dan cikgu Su di hadapan pintu. Mereka masuk kedalam dan duduk di atas kerusi sementara menunggu Aida membawa nasi yang telah diletakkan didalam mangkuk besar.

"Cikgu dengan ajushi duduk kat luar" Aida menunjuk kearah balkoni.

"Ajushi, here" Alia mengetuk meja serdahana kecil mengarah cikgu Suriana dan ajushi untuk duduk disini.

Nasib baik Ajushi dan cikgu Su tak kisah dan ikut ja perangai kami yang gila-gila ni.

"Jemput la makan" Aida terus menyuap nasi goreng tersebut didalam mulutnya.

"Apa-kah budak ni. Laju sungguh kalau bab makan lepastu bila aku kata gemuk marah lak" Alia menggelengkan kepalanya dan membuat isyarat tangan 'jemput makan' kepada Minhyung, Jisoo dan Kun.

"Aku? Kau tak nak suruh makan?" Soal Ain sambil menyeduk nasi ke dalam pinggan.

"Ha Ain, jangan makan nanti gemuk. Here Minhyung" Aida mengambil pinggan Ain yang berisi nasi tadi dan menyua kepada Minhyung. Pada awalnya Minhyung menolak, namun dipaksa oleh Aida.

"Don't be shy" Alia mengambil pinggan kosong Minhyung lalu ditukarkan dengan pinggan Ain yang berisi nasi goreng.

"Errr, are you ok with this Ain?" Soal Minhyung dengan teragak-agak.

"Yes" jawab Ain dengan tidak rela.

Ain terus bangun dan menuju ke rak untuk meletak pinggan dan kembali ke meja untuk minum air kosong.

"Chill la sis" Alia menahan Ain dari keluar bilik.

"Chill your ass"

Melopong mereke terutamanya Alia dan Aida. First time dengar Ain cakap macam tu.

"Everything ok guys?" ajushi memandang budak-budak tu ternganga manakala Ain hanya menayang muka annoying.

"Yes" Ain menjawab lalu keluar dari bilik.

Selesai sahaja Alia membasuh pinggan selepas menghantar di depan pintu sewaktu mereka nak balik namun Aida memilih untuk stay dengan Alia.

"Betui cakap orang tua-tua yang jangan terlalu happy sampai tak ingat dunia sebab nanti akan jadi kejadian macam ni, muram" Bebel Aida sambil menyental kuali.

"Ish syirik la kau ni. Percaya benda-benda mengarut je keja kau, aku suruh sental kuali bukan bebel. Ka hang nak suruh aku sental mulut hang"

Alia baring atas katil dan mesej ain namun hanya di-bluetick-kan saja. 'Bluetick it memang indah" monolog Alia sementara menunggu Ain membalas. 'Nampak gaya macam memang tak balas dah minah senget ni' Alia menggeleng kepalanya.

Aida turut menggelengkan kepalanya. Dah tau kata minah senget tu mudah terasa, lagi nipis dari tisu pi buat lawak yang tak lawak tu lak. Makan ke tak tu si Ain ni. Haisss, kesian la pula.

"Tapi kit. Buntut besar" Aida menolak Alia yang berada di tengah katil le tepi katil. Alia hanya menjeling dan menyambung ber-facebook.

"Dah la buntut besar pastu ketinggalan zaman pula tu. Orang sekarang guna instagram tak guna dah facebook tu"

"Suka hati jiwa dan raga aku la. Benda ni tak ganggu hang pun an. Hg lagi sadis entah ada ka tak facebook ni kan pula instagram tu" bidas Alia geram Aida memperlekehkan facebook. Aku dah guna nak dekat 7 tahun dah. Tak dak masalah pun.

"Ha! Kutuk aku la tu. Diam ja. Cuba jadi macam aku, kutuk depan-depan dari kau yang kutuk belakang dapat dosa"

"Amboi abis tu yang hang dok kutuk aku tu dapat PAHALA sangat la??? Ha?! Ha?!"

Alia mengambil bantal peluk yang berada dipertengahan antara dia dan Aida lalu mengatok Aida bertubi-tubi geram sangat bila dia dengan selambanya mengangguk.

Thabk sebab baca bab ni... 💕💕

Until/till's We Meet AgainWhere stories live. Discover now