Bab 6

27 7 2
                                    

"Minah-minah sekalian bangun la. Kutnya pun korang tak nak ikut pun, tak payah la block laluan orang" Ain mengejutkan Alia dan Aida yang tidur dengan nyenyaknya.

Ain, Kun, Jisoo dan Minhyung tidak boleh keluar dari kereta memandangkan kena turunkan tempat duduk yang Alia duduk dahulu. Tapi depa berdua tidur mati.

Ain mengambil beg silangnya dan menghayunnya lalu mengenai bahu Aida dgn kuat. "Aduh, sakitnya" Aida merungut sakit sambil mengurut-ngurut bahunya itu.

Aida memusingkan badannya nampak dengan jelas muka Aida kemerahan.

"Bapak aaa, sapa balik baling apa kat aku" Aida merungut.

"Baik kau gerak minah sebelah kau tu. Sebelum aku hanyun lagi sekali benda ni, kena kepala kau pulak" Ain mengangkat beg silangnya.

"Kau yang baling. Huh😬😬" Aida memberi jelingan tajam.

"Wei! Alia bangun!" Aida menggongcang bahu Alia dengan kasar. Kesian Alia jadi mangsa lepas geram si Aida ni.

"Emm...lima minit lima minit" Alia mengubah posisinya.

"Lima minit tengkorak kau. Bangun!!!!" Aida menjerit dengan nyaring di tepi telinga Alia menyebabkan Alia terus berdiri dan secara tak langsungnya, kepalanya terhantuk pada bumbung kereta.

Serentak kami kami ketawakan Alia yang sudah duduk semula dan menggosok kepalanya. Cikgu Suriana yang sudah keluar lama dari kereta bersama dgn Mr.Yoo, datang semula ke kereta dan mengarah mereka keluar.

"Kita dah sampai dekat apa castle tu ka?" Soal Alia yang masih lali lagi.

"Gyeongbokgung Castle la"

"Suka hati aku la" marah Alia.

"Yang kamu marah-marah dekat Ain pasai pa? Hangin semacam ja" soal cikgu Suriana.

"Cikgu" Ain panggil dgn nada bisik. Cikgu mendekatkan telinganya dekat dgn mulut Ain.

"Dia ABC"

"Apa kebenda tu?" soal cikgu dalam nada bisik juga.

"Allah Bagi Cuti ataupun bendera merah" jawab Ain dalam nada bisik juga.

"Ooo" cikgu Suriana menganguk kecil.

"Cikgu jangan percaya sangat cakap budak ni. Kelentong nombor 1" Alia memberikan jelingan maut pada Ain yang buat muka innocent.

"Guys let's go" Aida mengajak mereka masuk dalam kedai dan tinggalkan Cikgu Suriana, Alia dan Ain yang sedang berbual tak ingat dunia.

"Aida!!! Wait!!!" Kedengaran Ain menjerit dan berlari anak kearah mereka.

"Jom pilih" getus Aida menarik tangan Ain dan mula memilih hanbok.

"Pink! Pink! Nah, Ain hang punya" Aida mengeluarkan hanbok pink susu dan hulurkan kepada Ain.

"Ish, pink jugak kau nak bagi. Nak ungu tu" Ain tunjuk hanbok ungu-biru yg tidak jauh dari mereka.

"Yang tu Alia punya. Hang ambil ni" Aida menolak Ain masuk dalam bilik persalinan.

"Ish, ye la-ye la" Ain mula menukar pakaiannya dan dipakaikan benda dikepala dibantu oleh pekerja di situ.

Memandangkan Ain orang pertama yg menukar pakaian. Sementara dia menunggu yg lain, Ain mengambil gambarnya dan hantar pada whattapps familynya dan berbual sedikit dengan mereka.

Ain keluar dan duduk dibangku yg disediakan diluar. Ain menghirup udara nyaman dan sambung berwhattapps dgn keluarga tercinta.

"So fast!" Kedengaran suara Minhyung datang dan duduk di sebelahnya.

"Yeah" Ain sambung menggunakan fonnya. Dia post gambarnya di instagram dan menulis 'Pink hanbok💖💖 #korea #hanbok' dan meletakkan lokasinya sekarang.

"Oh, you have instagram. Poorly, i don't have it" Minhyung tayang muka sedih. Ain meletakkan fonnya diantaranya dan Minhyung.

Tak lama kemudian Minhyung bersuara. "Ain-sshi" Ain berpaling mengadap minhyung dan pada masa yg sama kedengaran bunyi camera.

Ain pandang Minhyung dengan pandangan 'excuse me'.

"Sorry" Minhyung menghulurkan semula fon Ain. Ain mengambil dan periksa gambar yg ditangkap sebentar tadi. Ain tergamam apabila melihat gambar tersebut kelihatan seperti dia mencium pipi minhyun.

Tanpa sedar Ain senyum dan menyimpan gambar itu. Hilang terus rasa nak delete gambar tersebut.

"Lamanya korang..." Ain merungut sebaik sahaja mereka keluar dri kedai hanbok tersebut.

"Eh, we are wearing a couple hanbok" Aida menunjuk baju yg kami pakai. Bila tengok balik memang nampak macam tu la.

"Ain pink and Minhyung light pink. Alia purple-blue and Jisoo light purple-dark blue. I'm green and Kun yellow. Cikgu Su peach and ajushi black. So sweet, right?" Aida dgn tak malunya meng-ship-kan kami.

"Jom ambil gambar? Take some pic?". Kami mengambil gambar berdua-dua ala-ala couple. Lepastu kami ambil girl-girl, boy-boy dan ambil semua sekali dgn bantuan perkerja disitu menggunakan fon Ain.

"Hantar kat group. Cepat-cepat ye" arah Aida sambil membetulkan hanboknya.

"Nanti tak boleh ka? Kan kita nak ronda castle ni. Jom la, orang yang nak bawak kita meronda tu dah tunggu" Ain menunjuk kearah lelaki korea yg akan membawa mereka mengelilingi castle ni dan menerangkan sejarah-sejarahnya.

"Bapak aaa, lenguh kaki aku berjalan." Aida duduk berehat dibangku selepas kami menukar hanbok kepada baju asal.

"Tu la, dah kata dah jangan pakai kasut tumit tinggi nanti sakit kaki. Tak nak dengar, pastu merungut lak" Ain memarahi Aida yang mengurut-ngurut kakinya.

"Kau ni bukan 'macam' mak nenek dah, tapi 'memang' mak nenek sungguh. Dengan baju hanbok tak tukar gi pastu mulut pot pet pot pet"

"Suka hati I lerrr."

"Nanti balik kalau kau minta tolong aku urut kaki kau, aku biar kau depan pintu" sambung Ain.

"Devil"

Ain menjelir lidar tanda tak kisah.

Terima kasih sebab baca bab ni....
First update tahun 2018...

Until/till's We Meet AgainWhere stories live. Discover now