S

175 31 0
                                    

"ARRRGGGGGHHHH"

Susuk tubuh yang berlumuran darah tergantung di tengah bilik hotel aku itu... Raejoon!. Dibawah tubuh itu terdapat kerusi yang disediakan oleh hotel. Tangan Raejoon sedang menggennggam sebilah pisau yang juga berlumuran darah. Aku ternampak lubang yang tidaklah besar mana di tengah perut Raejoon. Pffft. Aku ingat yang baring sebelah aku itu hanyalah roh. Rupanya...

Sebilah pisau yang digenggam Raejoon terjatuh ke lantai. Aku menangis teresak-esak sambil melutut di hadapan mayat Raejoon. Lama juga aku menangis di hadapan mayat Raejoon. Mata mulai kabur. Aku pengsan disitu juga.

°•°•°

"Seungcheol, bangun. Awak kena hantar anak awak pergi ke sekolah sekarang."

Aku terjaga dari tidur yang nyenyak. Membuka mata sedikit demi sedikit. Aku ternampak rupa paras yang cantik. Manis senyumannya. Choi Rae-Joon. Isteri aku. Kami mempunyai 2 orang anak yang masing-masing berumur 5 dan 2 tahun. Tapi macam mana aku boleh ada balik dekat 6 tahun yang lepas? 

"Cepat lah, dah lambat lah Appa!"

Suara Choi Hyun-Ae, anak perempuanku yang berumur 5 tahun,kedengaran di telinga ku. Aku bangun dari katil. Baju aku masih sama dengan baju semasa aku melutut di hadapan mayat Raejoon. Aku ketepikan hal itu buat sementara. Aku mengusap rambut Hyun-ae. Aku memimpin tangan anakku turun ketingkat bawah rumahku. Aku mengambil kunci kereta dan melambaikan tanganku kearah isteriku yang berada di dapur. Begitu juga dengan Hyun-ae. 

Kami berdua masuk medalam perut kereta dan memulakan perjalanan ke tadika yang anakku disekolahkan yang jaraknya kira-kira 10 minit dari rumah.

"Hyun-Ae nanti jangan nakal-nakal tau, nanti takde siapa nak kawan." Pesan aku kepada Hyun-ae.

"Hyun-ae tahu lah appa, ni bukan hari pertama Hyun-ae sekolah." Hyun-ae membalas.

"Appa ingatkan je" Aku memberitahu 

Sesungguhnya aku tidak mengingati apa-apa sekarang ni. Aku meneruskan perjalanan. Kereta ku sunyi, tidak kedengaran apa-apa suara melainkan radio.

"Ha, dah sampai" Aku berkata

"Hyun-ae pergi dulu ye appa" Hyun keluar dari perut kereta lalu melambaikan tangan kearah ku. Aku turut berbuat begitu, melambaikan tangan sambil tersenyum.

Sekarang aku perlu pulang kerumah dan bertanya kepada isteriku apa yang terjadi sekarang. Kalau dia tahu. 

°•°•°

Sampai sahaja dirumah, aku pergi ke tingkat atas untuk mandi. Selesai sahaja mandi, aku menjenguk anak lelaki ku. Masih tidur nyenyak. Takpe, jangan kacau dia. Aku turun ke tingkat bawah untuk menanyakan soalan kepada Raejoon. 

"Raejoon, apa yang terjadi sekarang sebenarnya?" tanya aku kepada isteriku yang duduk dihadapan televisyen.

"Sebenarnya, roh saya yang hantar awak pulang pada waktu sekarang." jawap Raejoon perlahan. Mungkin tidak mahu anak lelaki kami terjaga dan tahu tentang ni.

"Kenapa buat macam tu?" aku menanyakan soalan lagi sambil membesarkan mata dan sengetkan sedikit kepalaku.

"Sebab saya taknak awak terseksa dengan apa yang awak akan alami selepas kejadian tu, saya nak awak ubah hidup awak sekarang dan betulkan keadaan supaya awak takkan bagi saya jadi macam tahun-tahun akan datang yang awak sudah alami." terang Raejoon.

"Ermmmm, kalau macam tu baiklah. Saya takkan biarkan awak terlibat dalam kemalangan ngeri tu, saya takkan biarkan awak masuk hospital, saya takkan buat awak sakit. Saya berjanji akan mengubah hidup saya. Saya janji akan jaga Choi Hyun-Ae dan Choi Ye-Jun sebaik-baiknya. Saya berjanji takkan tinggalkan awak lagi. Kita hidup bahagia sama-sama ya?" kataku panjang lebar.

"Ya, saya janji saya takkan tinggalkan awak juga. Hidup bahagia sampai kita mati? Ofc!" Raejoon memeluk ku.

Terima kasih sayang.

Now I'm CHANGE UP!



change up "s.coups"Where stories live. Discover now