#37

658 44 0
                                    

Dua hari sebelum ke Pulau Pangkor, kumpulan Ezra Harizz kembali ke UM semula..

"Akhirnya dapat juga ke U selepas dua minggu berada disana..rindu gila nak ke kafe dengan libary.." suara Syira dengan nada teruja..

Ezra Harizz memeluk tubuh sambil memandang sekeliling,kini mereka bertujuh sedang berkumpul dikafe U mereka..

"Dua hari lagi kita nak ke Pangkor..serius rasa tak sabar gila.." suara pula si Hafiz..

"yala..rasa teruja,apa aktiviti kita dekat sana ya Mim?" soal Imran

"aku tak tahu.. Mr Dian kata rahsia tapi apa yang aku tahu la kan kita tak perlu keluarkan duit..semuanya ditangguh bersih oleh Mr Dian.." terang Syamim

"bersih ke beres?" soal Syila..

"sama saja.." semua orang tergelak dengan jawapan ketua mereka..

tiba-tiba satu suara menyapa mereka..lambaian dibalas..

"Sha!pergh..cantik kau hari ni..nak kemana? tak ada kelas ke?" tegur Wawa..

Uqasha Sofea tersengih menayang gigi..

"hari ni kelas aku batal,semua batal.. kau orang semua cerita pasal apa ni?" soalnya teruja..dia mengambil tempat disisi Ezra Harizz..

"Kita orang semua bincang pasal travel ke Pulau Pangkor!" jerit Hafiz teruja sehingga banyak mata memandang kearah kumpulan mereka..

"shhh..kau ni diam sudah la..jangan nak menjerit semua orang pandang" tegur Ezra Harizz

"hehe..teruja beb!serius teruja.."

"semua teruja tapi jangan la over..heish kau ni.." bebelnya lagi..

"kau ikut ke Sha?" soal Wawa..

"eh..ofcos la ikut.." jawab Uqasha Sofea teruja sambil memeluk lengan Ezra Harizz

"wow..serius? kejap sejak bila kau dan Ezra kapel?" soal Imran kepelikkan

"hee..rahsia.." satu kenyitan mata dihadiah untuk Imran..

tiba-tiba ruang kafe menjadi riuh dengan jeritan seseorang..semua orang menoleh kearah suara itu.. Ezra Harizz sudah mengerut dahi..

"Perempuan tak guna!!dasar perampas!!pisau cukur!!perempuan murahan!!" jerit seorang gadis berpakaian singkat sedang berjalan kearah meja kumpulan Ezra Harizz..

"kenapa pula tu?" soal Syila..

"apa lagi la si Yuliana ni nak buat.." keluh Hafiz dan Syamim serentak..

Satu tamparan hinggap dipipi Uqasha Sofea..suasana menjadi sepi.. semua orang terkejut dengan apa yang terjadi ia ibarat berlaku tanpa siapa sedar..

"kau dah kenapa tampar aku?" soal Uqasha Sofea, tangannya menekup pipi kiri yang terkena tamparan dari gadis tadi..

"hey perempuan bodoh!kau tanya aku kenapa?kau tu dah merampas pakwe aku ,tiba-tiba kau tanya aku kenapa?dasar perempuan perampas!!" sekali lagi tangannya diangkat untuk menampar pipi Uqasha Sofea tetapi tangannya ditangkap oleh satu tangan terus dia menoleh kearah sisi gadis itu

"kau siapa nak tampar dia?"  Soal Ezra Harizz dengan muka tegang..

"Ez..Ezra.. kenapa you halang I dari terus tampar dia?sepatutnya you kena izinkan I tampar dia.."

"untuk apa aku izinkan kau menampar tunang aku?cuba kau beritahu aku ?" mendengar kenyataan dari Ezra Harizz membuat keadaan cafe menjadi sunyi sepi..

"wow..serius ke? kau dan Sha.." sampuk Syamim terkejut..

Yuliana mengetap gigi..

"penipu!you saja nak kata macam tu kan sebab you tak nak I tampar dia kan?!" jerit Yuliana

Dia Pemegang Kunci Hatiku(hiatus)Where stories live. Discover now