Bab 1

598 9 0
                                    

Seorang gadis yang bertubuh langsing dan tinggi sedang berjalan. Rambutnya lurus dan melepasi paras bahu tapi sampai di paras atas punggung. Beg tangan berwarna merah pekat dijinjing. Baju warna biru pekat dan kain warna hitam tersarung di tubuh gadis itu

wajah gadis itu bujur. Hidung mancung. Bulu mata lentik. Kulitnya putih kemerah-merahan
Bibirnya merah jambu dan gadis itu tak pakai mekap

Nadia berjalan pantas masuk ke dalam butiknya. Hari ini dia lambat kerana dia bangun lewat
Ini disebabkan jam loncengnya rosak dan dia malas nak betulkan. Nadia sempat membetulkan rambutnya di hadapan cermin

"Nadia, cepatlah. Ada orang nak jumpa kau" Kata Farah. Dia bercekak pinggang

"Sabar la. Aku baru datang. Mana orang tu?"

"Dia tengah tunggu kau. Mari ikut aku" Farah pun tunjukkan jalan kepada Nadia

Nadia pun pergi berjumpa dengan orang tersebut. Orang tersebut merupakan Datin Mariam. Datin Mariam sedang duduk di sofa berwarna hitam

"Maaf, Datin sebab saya lambat" Pinta Nadia, dia duduk di atas sofa

"Tak apa, saya baru datang. Saya nak awak tolong saya buat rekaan baju untuk majlis besar"

"Baiklah Datin. Saya akan reka baju Datin Mariam. Rekaan apa yang Datin nak?" Tanya Nadia

"Saya nak rekaan macam ala-ala, puteri. Baju dalam cerita cinderella"

'Cinderella? Biar betul? Kalau badan tu ramping tak apa juga ni badan macam anak sumbu' Bisik hati Nadia

"Boleh tak?" Tanya Datin Mariam

"Boleh. Apa salahnya"

"Nadia dah berpunya? Tanya Datin Mariam

"Belum. Kenapa?

"Takkan belum berpunya. Perempuan macam Nadia ni cantik dan baik. Tak ada siapa yang nak ke? Tanya Datin Mariam

"Datin Mariam nak baju macam ala-ala puteri tu bila? Tanya Nadia yang menukar topik

"Dalam masa terdekat. Kalau boleh minggu depan saya nak"

Nadia angguk kepalanya. Selesai dia bertemu dengan Datin Mariam, Nadia ke ruang kerja. Dia harus melukis pakaian

"Hui, buat apa tu?" Tanya Farah yang jenguk dari pintu

"Kau tak nampak ke aku tengah goreng ikan ni?"

"Aku cuma tanya je. Datin tu tempah rekaan apa pula?" Tanya Farah

"Baju ala-ala puteri"

"Baju ala-ala puteri? Biar betul?" Tanya Farah

"Itu yang aku pelik. Badan besar macam tu pun nak pakai baju ala-ala cinderella"

"Kau ni tak baik la. Mana tahu dia jadi mak mertua kau ke?" Usik Farah

"Dia jadi mak mertua aku? Tolonglah, minta-minta dijauh kan"

"Kau tak kahwin?" Tanya Farah

"Aku malas nak fikir fasal semua tu. Bazir waktu je. Aku masih muda"

"Masih muda apa kalau umur kau dah nak dekat 30" Kata Farah

"Dah. Jangan cakap fasal cinta lagi. Aku sibuk sekarang ni"

Hampir sejam Nadia melukis. Selesai melukis dia keluar dari butiknya. Dia mahu mengisi perut.

Kelihatan dua lelaki sedang berjalan seiring. Seorang berbadan tegap dan tinggi bernama Fauzan. Seorang lagi tubuhnya agak sasa bernama Aiman. Fauzan wajahnya agak bujur. Kulitnya gelab sedikit. 

Aiman pula wajahnya cerah. Agak tampan sedikit dan belum berkahwin. Fauzan yang sudah berkahwin. Sudah mempunyai dua orang anak. Aiman dan Fauzan merupakan kawan baik

"Kau ni, Aiman. Bila kau nak kahwin?" Tanya Fauzan

"Bila rasa aku nak kahwin la"

"Kau ni. Aku tanya betul-betul kau main-main pula" Kata Fauzan

"Aku belum jumpa pujaan hatiku
Tak apa nanti kalau aku kahwin aku akan jemput kau"

Nadia selisih dengan Aiman. Aiman pandang Nadia sambil tersenyum namun Nadia langsung tak perasaan. Perbuatan Aiman membuat Fauzan pelik

"Kau suka kat perempuan tu ke?" Tanya Fauzan

"Ya. Dia buat hatiku berdegub dengan laju"

"Pergilah kejar dia" Kata Fauzan

"Aku tak kenal dia"

"Kau siasat la siapa dia. Kau pura-pura kerja dengan dia. Tak apa. Aku akan bantu kau" Kata Fauzan

Aiman pun berfikir seperti itu. Dia mahu berkenalan dengan gadis manis itu. Jadi, dia tak perlu dengar bebelan ibunya yang bising nak menantu

Aku Suaminya ✔Where stories live. Discover now