Bab 9

192 7 0
                                    

Nadia geram dan dia tak sangka lelaki itu telah sah menjadi suaminya. Dia berada di balkoni sedang melepaskan geramnya. Dia mengibas perkara yang berlaku pagi tadi

"Awak?" Terkejut Nadia. Dia seakan tak percaya apabila melihat suaminya itu

"Ya, saya" Senyum lelaki itu

"Aiman, ibu nak cakap dengan kamu" Ujar seorang wanita. Nadia pandang wanita itu. Sepertinya dia pernah lihat wanita itu

"Ya, ibu" Aiman ke arah ibunya iaitu Datin Mariam

"Ibu, bersyukur sangat yang Aiman sudah mendirikan rumah tangga. Ibu harap Aiman dapat bahagiakan Nadia"

"Baik ibu"

Nadia sedikit terkedu apabila dia mengetahui Aiman merupakan anak kepada Datin Mariam. Dia tak sangka semua ini akan terjadi. Malahan dia tak dapat terima kenyataan

"Nadia" Tegur Aiman yang menyedarkan lamunan Nadia. Nadia sedikit terserentak. Aiman berada di hadapan pintu

"Apa awak buat kat sini? Dah malam ni. Masuklah ke dalam rumah" Tutur bicara lembut Aiman

"Suka hatilah kalau saya nak kat mana pun. Bukan hal awak pun" Nadia mengeraskan suaranya

"Dah semestinya hal saya. Saya suami awak dan awak adalah isteri saya"

Nadia tidak endahkan Aiman. Dia masih berdiri di balkoni. Dia berdegil dan tidak mahu masuk ke dalam rumah

"Nadia, saya minta maaf. Saya tahu ini salah saya" Aiman mula mendekati Nadia. Nadia masih berdiam dan tidak pedulikan Aiman

"Baiklah, saya masuk dulu" Aiman masuk ke dalam rumah meninggalkan Nadia bersendirian di balkoni. Nadia tak kisah semua tu

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam dan Nadia masih tidak berganjak dari balkoni. Sekali-sekala dia menguap

Nadia pun masuk ke dalam rumah. Dia menutup sliding door dan menuju ke biliknya. Dia dapati Aiman tidur di atas katil miliknya. Nadia tutup pintu. Dia menuju ke arah suaminya

"Aiman, bangun" Nadia tepuk bahu Aiman dengan perlahan. Aiman bangun dan dia mengeliat

"Apa?" Tanya Aiman yang sedikit mamai

"Awak tidur kat tikar"

"But why?" Tanya Aiman yang baru bangun dan duduk di atas katil

"My bedroom my rules"

"Tapi takkan saya nak beralaskan tikar je?" Tanya Aiman

"Itu bukan masalah saya. Tidur atas tikar"

Aiman pun angkat bantal dan letak banyak di atas lantai. Dia baring di atas lantai. Dia mengiring ke sebelah kiri memandang isterinya. Nadia baring di atas katil. Dia baring di sebelah kanan memandang tembok

"Esok pagi saya dapati awak berada di sebelah saya. Siap awak" Nadia beri amaran. Dia menarik selimut dan selubung tubuhnya

Aiman hanya pandang Nadia. Badannya mengigil kerana dia terpaksa tidur di atas tikar buluh. Aiman paksa dirinya bertahan dengan penhawa dingin yang dipasang di dalam bilik itu. Tapi dia tak kisah asalkan isterinya bahagia. Mata dia mula kuyu dan dia pun tertidur

Nadia bangun seawal pukul 6.00 pagi. Dia dapati suaminya sudah tiada di atas tikar buluh itu

'Bangun awal agaknya'

Nadia bangkit dari katil. Dia kemas katil selepas dia bangun tidur. Itulah rutin hariannya. Dia tak suka biliknya berselerak. Selesai mengemas katil, dia mahu solat subuh. Selesai saja dia solat subuh, dia keluar dari bilik menuju ke dapur

Dia dapati nasi goreng terhidang di atas meja beralaskan pinggang. Bau aroma nasi goreng membuat perutnya berbunyi meminta makanan. Dia menuju ke arah nasi goreng itu

"Siapa masak ni? Macam sedap je" Nadia ambil pinggan dan senduk kemudian dia ceduk nasi goreng di atas pinggan berwarna jingga. Dia tarik kerusi dan duduk di atas kerusi

Nadia baca doa makan kemudian dia ambil makanan itu dan suap ke dalam mulutnya. Dia kunyah makanan itu dengan perlahan kemudian dia telah

"Sedapnya!"

"Sedap sangat ke?" Tanya Aiman yang baru masuk ke dapur. Nadia toleh ke arah suaminya

"Awak masak ke nasi goreng ni?" Tanya Nadia

"Ya, khaz untuk isteri yang tercinta" Aiman peluk isterinya dari belakang

"Lepas, lepas. Saya tak suka" Nadia tapis tangan Aiman yang merangkul di pinggangnya. Aiman pun lepaskan Nadia

"Nak peluk pun tak boleh. Saya ni suami awak" Senyum nakal Aiman. Nadia malas nak layan Aiman. Dia terus makan nasi goreng itu

"Awak solat Subuh tadi pagi?" Tanya Aiman yang ambil kerusi di sebelah Nadia dan dia duduk di atas kerusi itu

"Solat"

"Kenapa awak solat subuh?" Tanya Aiman

"Solat kan wajib. Awak ni dah kenapa?"

"Saya sentuh awak semalam"

"Apa? Awak buat apa pada saya?!" Tanya Nadia yang meninggikan suaranya

"Taklah. Saya hanya bergurau je. Jangan ambil serius"

"Banyaklah awak punya bergurau"

Aiman pandang wajah isterinya sambil tersenyum. Nadia pelik dengan sikap suaminya itu. Dia makan nasi goreng namun suaminya masih memandang dia

Nadia mengangkat keningnya "Awak ni dah kenapa pandang saya macam tu?"

"Sebab saya jumpa bidadari yang paling cantik di dalam dunia"

"Kalau saya dah cantik lagi macam mana? Adakah awak akan setia dengan saya? Adakah awak akan bersama saya buat selamanya?" Tanya Nadia

"Saya akan setia dengan awak. Hanya kematian saja yang memisahkan kita berdua"

"Ialah tu" Nadia pun suap nasi goreng ke dalam mulutnya

"Makan pun comot" Aiman tepis sebutir nasi goreng di tepi bibir Nadia. Kemudian, dia cubit pipi Nadia dan dia larikan diri

"Sakitlah" Nadia menyudakhan makanan yang dia makan. Dia mahu kejar suaminya

"Blukk....kejarlah" Aiman berlari ke ruang tamu

"Kalau saya dapat awak saya sailang awak" Nadia ambik bantal kemudian baling ke arah suaminya namun Aiman sempat mengelak

"Tak dapat. Balinglah bantal lagi. Kalau boleh baling hati awak boleh saya sambut"

"Mari sini. Saya akan kerjakan awak habis-habisan" Nadia terus mengejar Aiman dan Aiman lari

Mereka berlari di sekitar ruang tamu. Aiman ketawa kecil apabila isterinya cuba tangkap dia. Aiman berlari ke arah isterinya kemudian dia angkat isterinya

"Apa ni? Turunkan saya" Arah Nadia

"Boleh tapi ada satu syarat"

"Apa dia?" Tanya Nadia

"Izikan saya cium dahi awak"

"Mati hidup semula pun saya tak nak izinkan" Nadia tolak tangan Aiman dan dia dapat turun ke bawah

"Saya suami awak, kenapa saya pula yang minta izin?" Tanya Aiman

"Jadi, itu bukan masalah saya. Awak ni sengaja cari fasal dengan saya ke?"

"Eh, dia ni"

Nadia malas nak layan suami dia. Dalam masa yang sama dia pijak kaki suami dia kemudian dia larikan diri

"Yes! Dapat balas dendam" Gelak Nadia

"Apa ni? Sakit tahu tak"

"Habis tu awak cubit pipi saya ingat tak sakit?" Nadia bersembunyi di belakang sofa

"Oh, nak balas dendam. Okey, kini giliran saya"

Aiman mengejar Nadia dan Nadia lari. Dia tak pernah rasa semua ini. Setelah sekian lama, dia tak bahagia kerana Rafi tapi dia masih tak dapat lupakan Rafi iaitu cinta pertamanya

Aku Suaminya ✔Where stories live. Discover now