Bab 23

219 2 0
                                    

Majlis perkahwinan di antara Aida dan Harun berlangsung di masjid. Keluarga Nadia, Aiman dan Harun berada di situ. Dengan sekali lafaz, Aida telah menjadi isteri Harun

"Tahniah, Harun" Lokman  menepuk bahu Harun

"Sama-sama. Kau bukan nak beritahu aku yang adik ipar kau dah kahwin"

"Dah kau tak tanya"

Harun berasa geram tapi dia tak tunjukkan. Aida menuju ke arah suaminya. "Abang, terima kasih kerana menerima Aida sebagai isteri abang"

"Abang berjanji akan jaga Aida. Takkan sakitkan Aida dan menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami"

"Tahniah, Aida" Nadia muncul di belakang Aida bersama Aiman

"Sayang, bila adik awak nak buat majlis persandingan?" Soal Lokman pada Nafisah. Nabila pula berada di tepi ibunya

"Kenapa tanya saya? Tanyalah mereka"

"Insyaallah, kalau tak ada apa-apa halangan kami akan buat majlis persandingan" Aiman menjawab soalan abang iparnya

"Papa" Panggil Nabila. Dia menuju ke arah ayahnya

Lokman mendukung anaknya
"Nak apa, anak papa?"

"Nabila nak adik"

"Adik? Ibu Nabila tak mengandung"

"Ini semua salah Nadialah" Nafisah pandang adiknya. Nadia tersengih seperti kerang busuk

"Makcik Nadia mengandung, boleh Nabila jadikan dia sebagai adik"

"Nabila itu sepupu Nabila bukan adik Nabila" Lokman hanya tersenyum apabila anaknya berkata begitu

"Nak juga. Nabila tetap nak adik bukan sepupu. Sepupu tu kupu-kupu"

Mereka hanya tergelak dengan apa Nabila katakan. Majlis akad nikah begitu indah dan meriah

.............................................................

Majlis persandingan Aiman dan Nadia berlangsung di dewan. Majlisnya bermula pada pukul 9.00 pagi. Tema majlis persandingan mereka ialah fairy tale. Baju pengantin Nadia bergitu cantik.
Baju berwarna putih dan kembang di bahagian pinggang

Aiman pula berpakaian seperti putera diraja. Bajunya berwarna putih. Dia nampak segak apabila mengenakan baju itu

Aiman dan Nadia duduk di kerusi. Fara dan suaminya iaitu Roslan mengipas mereka berdua. Aiman asik pandang Nadia
"Kenapa abang pandang Nadia?"

"Betul ke ini isteri abang? Cantik" Puji Aiman

"Eh, tak lah. Ini alien"

"Nadia buat lawak ke?" Soal Aiman

"Kalau abang dah tahu ini Nadia kenapa abang masih tanya lagi?"

"Saja. Mana lah tahu alien yang duduk sebelah ni"

Nadia jeling suaminya. Dia pandang hadapan. Ramai orang yang datang ke majlis persandingan mereka berdua. Maklumlah ini kerana Nadia merupakan pereka fesyen yang terkenal

Aiman dan Nadia menuju ke meja panjang. Di atas meja itu terdapat pelbagai makanan. Ada nasi arab, udang galah, dan makanan inggeris.

Aiman suap nasi ke dalam mulut isterinya dengan menggunakan sudu. Nadia makan dengan perlahan

"Sweet korang ni" Kata Diana merupakan kawan kelas Nadia yang dahulu

"Diana, dah lama tak jumpa"

"Tahniah. Maaf sebab aku tak datang majlis akad nikah korang berdua" Diana menunduk

"Tak apa. Aku yang tak jemput kau. Sepatutnya aku yang minta maaf"

Aku Suaminya ✔Where stories live. Discover now