GETAH RAMBUT : 1

102 8 0
                                    

Dah baca chapter sebelum ni jadi jgn kliru oky ?

Setiap orang mempunyai ibu bapa , setiap orang dapat merasai kasih sayang mereka namun bukan aku . Aku tertanya-tanya , penting sangat ke kekayaan di dunia ? Penting sangat ke ? 

Aku memandang ke luar jendela . Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa ke mukaku . Bunyi burung berkicauan amat indah sekali tapi keindahan ini hilang sekelip mata apabila pintu bilik aku dibuka . 

" Lalisa , mari turun makan .. " kata wanita berumur 30-an itu . 

Aku tersenyum sinis . Rambut di hadapan aku , kutiup kemudian aku menjeling wanita tersebut . 

" Lalisa , marilah .. Mama rindu nak makan dengan Lalisa . " kata wanita itu lagi . 

" Aku tak nak . Jadi kau boleh berambus . " kata aku tanpa sedikit pun aku memandang wanita tersebut ataupun merangkap ibu tiri aku ataupun namanya Kim Min Jung . 

" Kenapa ? " 

" Sebab aku jijik nak makan dengan kau .. " 

" Apa salah mama dekat Lalisa ? " 

Aku memandang Min Jung dengan tajam . Dengan perlahan aku mendekatinya . 

" Sebab , satu kau rampas ayah dari aku . Kedua , kau penyebab ibu aku larikan diri . Ketiga , kau tu orang luar . " 

PANG ! 

Kepala aku terteleng ke tepi . 

" Betapa jijiknya kau dengan aku , kau tetap anak aku ! " kata Min Jung dengan geramnya . 

Aku ketawa dan ketawa . 

" Anak ? Sedar sikit eh aku ni wujud sebab persenyawaan antara ibu aku dengan ayah . Bukan kau ! " aku terus menolak Min Jung ke tepi dan menuju ke pintu utama . 

" Lalisa berhenti di situ ! " jerit Min Jung . 

Buat apa nak hormat dia kalau dia dah langgar syarat dengan aku . Sebelum khawin , aku sudah cakap jangan tegur dengan aku tapi dia langgar juga syarat itu . Tanggunglah sendiri . 

Min Jung menarik lengan aku . 

" Kau nak apa ? " 

" Jangan keluar ! " kata Min Jung .

Aku menepis tangannya dengan kasar dan terus keluar dari rumah . Jeritan Min Jung aku hiraukan . Kalau kau tersedak kat situ lepastu mati bagus juga .

---

Rasa lega sikit dapat hirup udara segar ni . Aku duduk di bangku yang disediakan . Nampaknya pagi ni ramai orang keluar untuk bersenam . Aku mengeluarkan telefon pintar aku . 

Sad life ') . Tiada panggilan daripada sesiapa mahupun mesej . 

" Omma ! Tengok tu anak katak ! " aku tersenyum sedikit melihat keriangan anak kecil itu . 

Alangkah bestnya kalau ibu masih di sisi aku bolehlah aku berkelakuan seperti anak kecil itu . Tiba-tiba seseorang menarik sesuatu di kepala aku membuatkan rambut aku terurai begitu sahaja . 

" Yah ! " aku memandang gerangan siapakah yang menarik getah rambut aku . 

" Yes ? " ouh dia lelaki . TAPI DIA RAMPAS GETAH RAMBUT AKU ! 

" Pulangkan balik getah rambut saya . " kata aku sambil menghulurkan tangan . 

Lelaki itu kelihatan bingung sekali . Aku menghelakan nafas kasar . 

" Ahjussi ! Saya nak getah rambut saya lah ! " kata aku tapi nada suara yang agak tinggi dari tadi . 

Baru sahaja aku ingat merampas semula getah rambut aku , lelaki itu cepat-cepat masukkan getah rambut itu ke dalam poket seluarnya . 

" Yah ! Ahjussi ni kenapa ? Sudahlah saya tak kenal tertiba je rampas getah rambut orang ! Apa fikir harini hari larangan mengikat rambut apa ? " aku memeluk tubuh . Tak puas hati ni tak puas hati !!! 

" Tapi getah rambut tu ada ryan .. So itu kepunyaan saya ! " eh eh dia berbunyi lah fikir bisu . 

" Itu saya punyalah ! Itu hadiah dari ibu sayalah ! Bagi balik ! " suara aku sedikit bergetar apabila mengingatkan getah itu . 

" Itu saya punya ! " jeritnya . 

Aku memandang sekeliling nampaknya kami berdua sudah jadi tumpuan orang ramai . Famousnya akuuuuu ')

" Ahjussi , saya nak getah rambut tu balik ! Kalau tak saya call polis ! " heh ! Polis pun malas nak nak selesaikan hal getah rambut ni . 

" Tapi getah tu ada ryan .. " 

" KESAH APA AKU ? YANG PENTING ITU GETAH RAMBUT AKU ! " terhinjut badan lelaki itu akibat suara aku yang lantang ni . 

Kembang kempis je hidung aku ni . Deringan lagu dari telefon aku membuatkan aku terkejut . 

" Yeobseyo ? " 

Diam . 

" Sabar boleh tak ? Kejap lagi aku baliklah ! Ada ahjussi gila kacau aku ! " aku memandang tajam dekat lelaki itu . 

" Suka hati ahjussi lah nak buat apa dengan getah rambut saya tu nak mandrem ? nak makan ? nak ikat rambut ahjussi tu buatlah ! Saya ada lagi banyak getah rambut ryan ! " aku terus angkat kaki pergi dari situ . 

" Wait ! " jerit lelaki itu . 

Aku menoleh ke belakang . Cekak pinggang aku dibuatnya . 

" Saya bukan ahjussi ! Tapi nama saya Kim Namjoon " kata lelaki itu kemudian dia senyum . Kejap ! Ada lesung pipit lah diaaaa !! I cannot ! 

" Ouh yeke ? Tak tanya pun " aku terus beredar dari situ dan menuju ke nereka . Opps ! Silap pula menuju ke rumah TERCINTA . 

---

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Short Story  |  BTSWhere stories live. Discover now