BAB 11

4.9K 141 4
                                    

Datin Fazira keliru untuk memberitahu Maya tentang perkahwinan wahnan dengan Wafa. Menyesal pula dirinya kerana mengajak bakal menantunya ini untuk berjumpa. Maya yang sedang memandangnya tepat seperti ingin bertanyakan sesuatu. "Auntie. Kenapa nih? Are you okay?". Soal Maya. Datin Fazira mengangguk. " Auntie okay. Cuma Wahnan...". Terlepas cakap. "Wahnan. Kenapa dengan dia?". " errrr...Wahnan...takde apa lah". Balas Datin Fazira. "Tipu. Cepat lah. Kenapa dengan Wahnan?". Soal Maya dengan nada yang sedikit risau. " sebenarnya, Wahnan dia dah kahwin secara senyap-senyap dengan perempuan tuh." Mendengarkan apa yang diberitahu oleh Datin Fazira membuatkan Maya terkejut besar. "What? Habis tuh perkahwinan nih takkan nak batalkan. No. Please Auntie". Kata dengan Maya. Risau kalau perkahwinan ini dibatalkan. " jangan risau. Auntie takkan sekali kali batalkan . Auntie ada plan. Kita jumpa perempuan tuh". Ujar Datin Fazira membuatkan Maya tersenyum sinis.

"Betul ke rumah Wahnan Auntie?". Soal Maya. Mata sedikit pun tidak berkelip melihat rumah tersebut. Datin Fazira mengangguk. " Wow. Tapi Auntie pasti perempuan tuh tinggal kat sini?". Soal Maya lagi. "Iya. Rumah nih Wahnan punya. Dah perempuan tuh isteri dia. Mesti tinggal kat sini." Jelas Datin Fazira. Tanpa bicara lagi, lekas Maya keluar dari kereta. Dan diikuti Datin Fazira. Tanpa mereka sedari, Ikram sedang memerhati mereka dari jauh. Dia ingin bertandang ke rumah kawannya. Namun, niatnya terbatal apabila melihat mama dan tunang Wahnan berada disitu. Dengan cepat, telefonnya diambil dan menghubungi kawan baiknya itu. "Wahnan...". Sebut Ikram apabila panggilannya tidak dijawab. Dia cuba menghubungi sekali lagi. Panggilannya tetap tidak dijawab. Dia perlu memberitahu Wahnan tentang hal ini dengan segera. Tanpa membuang masa, dia terus ke tempat kerja Wahnan.

Wahnan bharu sahaja selesai bermesyuarat dengan beberapa orang jepun. Ikram yang laju sahaja memasuki ruangannya dipandang aneh. " kau buat apa kat sini?". Ikram ketawa sinis. "Aku nak beritahu nih, takdi aku pergi rumah kau. Tapi aku nampak mama dan Si Maya tuh dekat rumah kau". Jelas Ikram. Langsung berdiri kawannya itu. " biar betul Ikram". Tiba-tiba sahaja terasa debaran didada. "Betul lah. Habis tuh, kau dah beritahu mama kau lah fasal kau dan Wafa". Soal Ikram diangguk oleh Wahnan. " patutlah". Kata Ikram. Wahnan dirundung risau. Macam mana kalau pembohongannya terbongkar. Langsung telefon diambil dan dihubungi isterinya.
"Sayang..". Tanpa mengucapkan salam. Terus dipanggil isterinya itu. " kenapa awak call nih?". Soal Wafa dari sana. "Awak kat mana tuh? Awak okay tak?". Soal Wahnan. Terdengar Wafa sedikit tertawa. " saya okay lah. Saya kat rumah nenek sekarang nih. Malam nanti saya balik. Kenapa?". Wahnan melepaskan nafas lega. "Takde apa lah sayang. Ingatkan nak suruh awak masak. Kalau macam tuh, sorry ganggu awak. Bye". Panggilan ditamatkan. " romantiknya kau. Patutlah Wafa tuh boleh jatuh cinta kat kau. " Kata Ikram. "Memanglah." "eh, macam mana Wafa setuju nak kahwin dengan kau. Kau tak pernah beritahu aku apa-apa pun". Soal Ikram. Wahnan tersentak dengan soalan yang ditanya Ikram. Patutkah dia memberitahu Ikram bahawa dia telah berbohong untuk mengahwini Wafa. Ikram menanti jawapan dari kawannya itu. " se..sebab dia sayang aku". Alasan yang tidak berapa yakin diberikan. Namun, kelihatan Ikram seperti mengangguk percaya. Wahnan hanya terdiam dan kerisauan makin bertambah dihatinya.

Maya merenung pusat kecantikan WK beauty. Dengan perasaan yang cuba ditenangkan dia melangkah ke dalam. Dipandang setiap sudut tempat itu. "Cik, boleh saya bantu?". Mendengarkan suara itu membuatkan Maya menoleh memandangnya. Senyuman paksa diukir. " saya nak buat sauna.". Kata Maya. Wafa mengangguk. "Boleh. Ikut saya".
Maya merenung tajam Wafa yang sedang menyiapkan sauna untuknya. " Dah boleh mula. Cik Maya masuklah dulu dalam bilik sauna nih. Saya nak pergi ambil losen."Kata Wafa.
Losen disapukan. Maya meminta Wafa untuk menyertainya. Wafa bersetuju kerana pelanggannya. "Macam mana". Soal Wafa. Maya mengukir senyum. " selesa". Jawabnya walaupun dalam hatinya membara. "Erm.. Awak cantik. Pasti ramai yang guna khidmat awak". Soal Maya sebelum menanyakan sesuatu yang lebih penting. " alhamdulillah. Ramai lah jugak. "Balas Wafa. Maya terdiam seketika. " awak dah kahwin?". Soalnya membuatkan Wafa sedikit terkejut. Hanya anggukan yang menjadi jawapan. "Ohhh.. Berapa lama?". Soalnya lagi. " tiga bulan mungkin.". Maya mengenggam tangannya menahan marah. "Mesti beruntung suami awak. Dapat isteri yang baik dan cantik macam awak". Puji Maya. Wafa tersenyum malu. Maya menunduk. Kalau boleh ingin sahaja dia menyerang perempuan yang berada dihadapannya ini. Namun, langkah jangan terburu-buru.

Wahnan mengusap lembut tangan isterinya. Dikucup seketika. Wafa memandang Wahnan lama. Dalam hatinya terasa gembira kerana memiliki Wahnan. Namun, ada kalanya dia teringin untuk berjumpa keluarga suaminya. " awak". Panggil Wafa. "Apa sayang?". " bila awak nak bawa saya jumpa keluarga awak. Mungkin mama dan papa awak dah maafkan awak dan nak awak balik dengan mereka. Awak kena cuba?". Ujar Wafa lembut. Wahnan tersentak dengan kata-kata isterinya. Tangan dipegang dilepaskan. "Sayang. Tolong, saya taknak cakap fasal tuh. Awak tahu kan". Alasan Wahnan supaya dirinya tidak tersasul. " habis tuh. Awak nak rahsiakan sampai bila-bila". Kata Wafa lagi. "Wafa". Sebut Wahnan dengan sedikit tegas. Wafa terdiam. Pertama kali lelaki itu bersikap tegas dengannya. Wahnan bangkit dari katil dan melangkah keluar dari bilik. Dia tidak sengaja bercakap tegas dengan isterinya. " aku terlepas cakap ke?". Wafa berkata sebaik sahaja Wahnan keluar dari bilik. Wafa memuncungkan bibirnya.

Merajuk dengan isterinya, sehingga dia terpaksa tidur diluar. Wahnan berjalan ke dapur. Wafa yang sedang membasuh sayuran itu dipandangnya lama. Teringat hal semalam. Kenapa dia perlu merajuk sedangkan apa yang dikatakn oleh Wafa sedikitpun tidak salah. Melihat wajah Wafa yang masam mencuka itu membuatkan Wahnan tersengih. Comel! Detik hatinya. Dengan perlahan dia berjalan kearah isterinya. Tangannya perlahan merangkul pinggang perempuan itu lalu menarik tubuhnya ke belakang. Wafa memejakan matanya apabila terasa dirinya ditarik kebelakang. Ketawa dikeluarkan. Dia menoleh kebelakang. Wahnan memusingkan tubuh Wafa menghadapnya. Pelukan dieratkan. "Semalam merajuk". Kata Wafa. Wahnan tersengih. " maaf". "Dah lepaskan. Saya nak masak. Nanti awak jugak yang lapar". Kata Wafa cuba melepaskan dirinya. " lepaskan? Mana boleh. Semalam saya dah rugi tau.". Wafa memandang tajam suaminya. "Nak mula lah tuh". " memang nak mula dah nih". Kata Wahnan membuatkan Wafa menunduk malu. "Sa..saya nak masak lah. Lagipun awal lagi kan". " ganti yang semalam lah sayang". Kucupan singgah dipipinya. Tubuh isterinya itu didukung ke bilik. "Wahnan". Jerit Wafa. Bengang dengan suaminya itu. Habislah kau Wafa!.

Dengan semangat yang baru diperolehinya, Wahnan melangkah gembira ke pejabatnya. Namun, semangatnya terhenti apabila melihat Datin Fazira sudah berada di ruangannya. Dia sudah agak. Mamanya itu pasti akan mengungkit hal dia dan Wafa. " please. Kalau mama datang sini semata-mata nak cakap tentang hidup Wahnan. Baik mama balik". Kata Wahnan membuatkan Datin Fazira tersentak. Sanggup anaknya berkata begitu padanya?. "Memang. Mama cuma nak ingatkan perkahwinan Wahnan dengan Maya tak sampai sebulan lebih jer lagi. Mama nak Wahnan beri perhatian soal nih." jelas Datin Fazira. "Mama. Wahnan dah ada isteri. Tolong, batalkan perkahwinan nih".
Kata Wahnan. " Never. Mama nak jumpa perempuan tuh". Datin Fazira hampir melangkah keluar dari ruangan itu namun sempat di tahan Wahnan. "No. Please. Okay, Wahnan kahwin dengan Maya. Jangan beritahu Wafa apa-apa. Tapi dengan syarat...". Kata Wahnan. Air mata yang ingin keluar ditahan. "Wahnan nak jumpa Maya. Lepas tuh, Wahnan akan beritahu syarat Wahnan." Kata Wahnan. Datin Fazira langsung memeluk anaknya. Senyuman gembira dipamerkan. "Mama tahu. Wahnan sayangkan mama. Kahwin dengan Maya". Datin Fazira menepuk bahu anaknya lalu beredar keluar.
Air mata akhirnya menitis. Cermin kabinet yang terletak di sudut kiri kanannya dilihatnya, sebelum sebuah penumbuk datang dan memecahkan cermin tersebut.

Dengan kemarahan yang membara, dia langsung menemui isterinya. Melihat sahaja wajah Wafa terus membuatkan dirinya tenang. " awak buat apa kat sini?". Soal Wafa. Tangan Wahnan yang berdarah itu dipandangnya. "Ya allah, apa dah jadi? Tangan awak". Langsung ditarik tubuh suaminya duduk di sofa. Kotak ubat yang terletak di atas meja diambil. Terus dirawat tangan suaminya itu. Wahnan memandang Wafa. Tenang hatinya. " Wafa. Awak takkan tinggalkan saya kan". Soal Wahnan. Wafa memandang suaminya. "Of course. Saya isteri awak. Saya takkan tinggalkan awak. Itu janji saya". Ujar Wafa dengan ikhlas. " thanks". Dikucup dahi isterinya lama. Tubuh Wafa dipeluk erat dan wajahnya dibenamkan dibahu isterinya. Air mata dikeluarkan tanpa henti. "Maafkan saya". Detik Wahnan. Wafa berasa pelik dengan sikap suaminya. Namun begitu, pelukan dibalas agar Wahnan berasa tenang.

ISTERI AKU, FIRST LOVE AKU (COMPLETE)Where stories live. Discover now