Sebuah kapal terbang sedang mendarat di KLIA. Cuaca di waktu ini tersangat lah panas. Wajahnya yang terasa panas dikipaskan menggunakan tangannya. Wafa yang sudah hampir dua jam berdiri berasa dirinya sedang membahang. Menunggu sepupunya datang mengambilnya membuatkan dirinya sedikit mengeluh.
‘’mana lah Anis nih’’.
Sebuah kereta myvi bewarna merah jambu muncul. Wafa berasa sedikit lega kerana sepupunya akhirnya datang untuk menjemputnya.
‘’Kak Wafa’’. Jerit Anis Faqihah iaitu sepupu kepada Wafa. Perempuan bertudung itu langsung memeluk dirinya. Wafa berpura-pura merajuk.
‘’merajuk ke? Maaf lah, Anis kena hantar assignment permohonan untuk tawaran kerja Anis’’. Jelas Anis.
Wafa tersenyum.
‘’takpe lah, Kak Wafa gurau aje, tapi Anis kena belanja Kak Wafa kuih nenek’’. Kata Wafa.
Anis mengangguk.
‘’jom, Kak Wafa dan tak sabar nak jumpa nenek’’. Kata Wafa, difikirannya sudah terbayang wajah neneknya yang ceria menanti kehadiran cucunya.Kereta yang dimiliki oleh Anis memasuki perkarangan banglo kecil milik Nenek Rahimah atau dikenali sebagai Nek Mah. Nek Mah sudah bersedia di muka pintu. Dengan segera Wafa keluar dari perut kereta dan terus berlari ke arah neneknya.
‘’Assalamualaikum nenek, rindunya Wafa kat nenek’’. Kata Wafa. Tubuh Nek Mah dipeluk erat. Maklumlah sudah empat tahun tidak jumpa.
‘’Nenek rindu Wafa sangat-sangat’’. Kata Nek Mah. Pelukan dilepaskan.
Anis tersenyum melihat mereka berdua. Bagasi kepunyaan sepupunya diangkut ke dalam.
‘’dah, Wafa naik atas, mandi dulu, lepas tuh turun kat meja makan, kita makan sama-sama’’. Kata Nek Mah.
‘’baiklah nek’’. Balas Wafa.
Dia menyusul Anis yang sudah membawa bagasinya ke biliknya. Tidak sabar rasanya untuk melihat biliknya.
Buka sahaja pintu biliknya, Wafa terganga. Biliknya sangat bersih dan cantik seperti yang ditinggalkan empat tahun lepas. Perhiasan dalam biliknya kelihatan masih sama, foto-foto yang tergantung tidak berganjak walaupun satu inci.
‘’WOW…. Anis? Siapa yang jagakan dan bersihkan bilik Kak Wafa’’. Soal Wafa kepada Anis yang melangkah masuk ke bilik miliknya.
‘’siapa lagi kalau bukan nenek kesayangan kita berdua’’. Jawab Anis.
‘’really? ‘’. Soal Wafa seperti tidak percaya.
Anis mengangguk.
‘’betul lah. Dah, Kak Wafa pergi mandi, Anis dah lapar nih, Anis masak istimewa untuk Kak Wafa’’. Kata Anis.
‘’really? Okay’’. Balas Wafa.
Anis tersenyum langsung melangkah keluar dari bilik sepupunya itu.Wafa mencium bau makanan yang baru dihidangkan diatas meja makan. Nek Mah yang baru selesai menghidang makanan tersenyum melihat gelagat cucunya. Wafa menarik kerusi dan segera melabuhkan punggungnya diatas kerusi itu. Anis yang baru sahaja selesai menuangkan air dalam gelas turut melabuhkan punggungnya disisi sepupunya.
‘’silakan makan Kak Wafa, Anis masak istimewa untuk Kak Wafa’’. Kata Anis yang sedang menyedok nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada sepupunya.
Wafa langsung mengambil laut yang terhidang dihapannya. Pertama kali disuapkan kedalam mulutnya, matanya membulat.
‘’Sedapnya, Nenek’’. Kata Wafa.
‘’iya, Anis masak memang sedap’’. Kata Nek Mah lalu memandang Anis.
Anis tersenyum apabila dipuji oleh neneknya.
‘’alah, Anis belajar dari nenek jugak, nenek yang ajar Anis untuk masak semua nih’’. Jelas Anis.
‘’kalau macam tuh, Kak Wafa nak belajar masak dengan Anis’’. Kata Wafa.
‘’boleh, Anis pun tengah free nih’’. Kata Anis.
Nek Mah tersenyum.
‘’dah, jangan cakap lagi, makan dulu, lepas nih cakap lah sampai subuh’’. Kata Nek Mah.
Wafa sedikit ketawa dengan neneknya.Angin sepoi-sepoi menyapa bunga-bunga yang ditanam disekeliling banglo tiga tingkat milik Dato’ Najmuddin. Seperti biasa Datin Fazira akan menyiram bunga-bunganya. Wahnan iaitu anak sulung kepada pasangan ini akan pergi bekerja. Datin Fazira menuju ke dapur. Sarapan pagi sudah disediakan oleh bibiknya. Wahnan menuruni anak tangga dari tingkat dua dan menuju ke dapur. Wajahnya tersenyum apabila mamanya.
‘’Morning Ma’’. Katanya lalu melabuhkan punggung diatas kerusi meja makan.
‘’morning, lambat Wahnan pergi kerja hari ini, papa tak marah ke?’’. Soal Datin Fazira kepada anak lelakinya itu.
‘’Wahnan tertidur lepas solat subuh tadi, ngantuk sangat kot’’. Jelas Wahnan. Roti bersalut bijirin itu dicapai dan langsung disuapkan kedalam mulutnya.
‘’iya lah tuh, anak mama, mama dah kenal sangat, Wahnan balik lambat semalam kan’’. Kata Datin Fazira.
‘’Wahnan memang balik lambat, kerja kat syarikat banyak sangat’’. Kata Wahnan.
Datin Fazira mengelengkan kepalanya. Anak lelakinya itu baru sahaja setahun menjadi Timbalan CEO di Syarikat N&N iaitu syarikat minuman yang diantara yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini mula bergiat pada 20 tahun yang lalu. Wahnan diberi kepercayaan oleh mama dan papanya untuk menguruskan syarikat. Wahnan sebenarnya tidak berapa suka dengan bidang ini.
YOU ARE READING
ISTERI AKU, FIRST LOVE AKU (COMPLETE)
RomantizmPertembungan tanpa sengaja menyebabkan Wahnan Arfa jatuh cinta kepada Wafa Khaira pada pandang pertama.Wahnan yang tidak pernah jatuh cinta kepada mana-mana perempuan bertekad untuk memiliki Wafa dan akan berkahwin dengan cinta pertamanya. Wahnan me...