Hadirnya saya disini, nak ceritakan satu cerita yang tak berapa menarik tapi cukup buat aku geram nak mati.
Look, kelmarin aku duduk dekat cafe Uni aku. Macam student lain, duduk dekat cafe ade yang makan, minum, study and others laa kan.
Aku sorang masa tu. Pukul lapan lebih lebih. Aku bosan. Serius. Kelas pukul 12.
Kenapa aku datang awal?
Sebab ayah aku kena pergi pejabat awal masa tu. So, dengan berat aku aku kena ikut.
Kenapa tak naik bas?
Kalau naik rapid nak ke Uni aku kena dua bas. Thats mean aku kena spend RM4 ringgit untuk pergi ke Uni. Well, nevermind. Aku sanggung tunggu dalam empat atau lima jam tau.
Okey bas Uni sampai dalam 8.18pagi. Bas tu amek pelajar dari rumah sewa ke Uni. Masa sampai je bas tu, memang riuh sangat sangat kafe. You know la Cafe kan. Hm
Nak dijadikan cerita eksiden "kucing" tu, memalukan wei hahahahahaha
Aku duduk meja 16. Macam selalu sebab meja tu agak besar dan agak privacy walaupun meja tu kat tengah tengah.
Okey sebenarnya aku budak baru lah. Maybe sebulan macam tu la tapi aku tak bebarapa familiar sangat dengan uni ni thats why aku tak tahu meja aku famous dengan budak lelaki yang aku tak kenal sangat sangat sangat.
Budak perempuan lain semua pandang aku macam aku curi pakwe dorang. Hello, aku tak pernah berniat langsung nak couple. Kalau setakat minat and crush tu aku okey la. Nak masuk ke perhubungan rumit? No! AT ALL.
Meja 16 ni kira dikelilingi lelaki hot laa. Budak science coaching dengan IT. Science coaching badan semua lawa lawa hm aku baru perasan lepas sebulan belajar situ HAHAHAHA.
Mula mula memang aku tak buat apa apa laa. Baca baca nota je lah mampu sambil tunggu kawan aku yang entah bila nak sampai. Sambil sambil baca, aku whatsapp la kawan aku. Acah laa kan. Takkan aku nak tengok tengok budak laki tepi tepi aku kan. Kau nak mati?!
Masa aku duduk sorang tu, aku nampak laa mata lelaki lelaki yang aku tak familiar pandang dan tegur aku dari jauh. Bukan nak perasan tapi kau bayangkan dia panggil aku "awak" dan siap mention warna tudung aku. Dan aku dikelilingi lelaki. Lelaki pakai tudung kah? So, aku rasa memang aku.
Tapi aku takde lah nak gedik pandang dorang balik. Okey aku nak boldkan yang aku SEORANG YANG PEMALU DAN CONFIDENT LEVEL AKU SANGAT RENDAH SELEPAS AKU KENA BULI MASA DARJAH 1 SAMPAI TINGKATAN TIGA. SO, GEDIK, MENGADA, AND ALL BAD GIRLS ATTITUDE REALLY NOT ME AT ALL!
Masa dorang panggil tu, aku menggigil sangat. Aku takut. Aku fobia. Aku tunduk setunduk tunduknya. Aku tak tahu nak buat apa. Nasib aku baik. Dorang tak datang kat meja aku. Fuhhhh
After few hours, kawan aku sampai dalam pukul 10 camtu lah kot. Tak ingat. Alhamdulillah sangat masa tu. Aku syukur. Serta merta tangan aku tak gigil.
Ya, aku sampai sekarang takut lelaki. Aku hanya berani pandang. Kalau nak dekat atau tegur, aku boleh kalau ada orang dengan aku.
Aku dengan kawan aku macam biasa baca nota dan kadang kadang berbual macam student kat situ.
Dalam pukul 11.45 pagi, aku kemas kemas nota aku.
Datanglah satu kucing hitam ni. Dia duduk atas aku punya nota. Aku tak takut kucing tapi tak tahu lah kenapa aku menggigil dengan kucing tu.
Aku tarik nota aku. Dia cakar tangan aku. Luka. Aku takut sangat.
Aku dalam gelabah cakap kat kawan aku yang tnggalkan je nota ni. Aku nak print yang baru. Semua orang perhatikan kitorang masa tu. Aku menggigil sangat.
Kawan aku tetap nak ambil nota aku. Kucing tu start cakar nota tu sampai lunyai kertas aku.
Lelaki lelaki tu hanya pandang je aku. Dorang tahu kertas aku. Aku pandang bawah je masa tu. Aku malu. Aku tak suka perhatian. Aku benci! Again, benci!!
Dorang start gelak bila kertas tu dah tak mcam kertas.
Lepas dapat kertas tu, terus aku dengan kawan aku blah dari situ.
Malu? Jangan cakap. Sangat sangat!
Skip.....
Masa habis kelas dalam pukul 2.30 ptg, aku duduk kat meja 16 lagi. Meja fav aku. Masa tu, tak ade orang sangat.
Lepas dalam 20 min, ramai dah keluar class. Aku main dengan phone aku. Tengok roommate season 1 tu. HAHAHAHAHAHA
Lepas habis je, aku baru perasan yang lelaki lelaki tadi ade dekat sekeliling kitorang. Aku gugup. Sumpah gugup.
Kawan aku dah balik sebab ayah dia dah amek so, aku sorang. Alone!
Aku call ayah aku. Ayah aku cakap amek lambat sikit. Ada kerja lagi kat pejabat. Ohhh my god!
Ada antara lelaki lelaki bongok tu mention pasal kucing.
Aku angkat kaki. Pergi kedai beli aiskrim. Aku duduk kat tepi kedai tu. Ade sedia kerusi. Sampai ayah aku ambil.
Okey saja je nak cerita. Aku taknak lupa cerita pasal kucing ni. Tragik tapi takpelah redha.
Cerita ni semua betul. Takde sikit pon auta.
Tak hairan pon orang nak baca ke tak. Aku hanya anggap macam diari yang aku boleh share dengan semua orang.
Bye, Assalamualaikum
@pepatungbiru
YOU ARE READING
Diary..
RandomAll about me. Sad, Happy, Curious and all. Ini semua karut belaka. Luahan perasaan yang bodoh lagikan bodoh. Ahhh shit! My life terrible af.