TGMS 39

16K 862 27
                                    

IRINA membuka matanya perlahan-lahan. Namun, tiada apa-apa yang dapat dilihatnya. Pandangannya hanya diselubungi kegelapan yang pekat. Dia cuba mengerakkan tubuhnya, tetapi rasa dingin yang menusuk membuatkan pergerakannya terhenti seketika.

Matanya berkelip beberapa kali, cuba membiasakan diri dengan suasana gelap itu. Perlahan-lahan, sesuatu mula menangkap perhatiannya... bayang tubuh kecil seorang kanak-kanak yang duduk di sudut ruang itu. Tubuh kecil itu memeluk kakinya erat, seolah-olah cuba melindungi diri dari sesuatu.

Langkah Irina mula diatur perlahan, berhati-hati agar tidak mengejutkan kanak-kanak itu. Setiap langkahnya terasa berat, bukan kerana ruang yang sempit tetapi kerana perasaan ganjil yang mula menghantui hatinya.

"Hey," panggil Irina lembut, cuba memecahkan kesunyian yang membingitkan telinganya.

Serentak, kanak-kanak itu mengangkat wajahnya. Cahaya suram dari suatu arah yang tidak pasti menerangi wajahnya seketika. Mata mereka bertemu.

Namun, sebelum Irina sempat bertanya apa-apa, bunyi pintu berderit tiba-tiba kedengaran. Pintu besar di satu sudut ruang itu terbuka perlahan-lahan, dan cahaya terang menerobos masuk, membanjiri kegelapan bilik itu.

Irina terpaku di tempatnya. Tubuhnya mengeras seolah-olah terperangkap dalam masa. Matanya membulat, memandang ke arah kanak-kanak itu yang kini jelas kelihatan di bawah limpahan cahaya.

Dia.

Kanak-kanak itu adalah dirinya. Dirinya yang berusia enam tahun. Rambutnya yang hitam lebat, wajahnya yang polos, dan mata itu... mata yang penuh ketakutan, adalah pantulan masa kecilnya yang paling dia cuba lupakan.

"No... this is not happening," bisik Irina, suaranya tersekat di kerongkong.

Kanak-kanak itu memandang Irina dengan pandangan sayu, dan perlahan-lahan bibir kecilnya bergerak. Irina menggeleng.

Bayang-bayang gelap mula menjalar dari sudut-sudut ruang, menelan cahaya yang baru sahaja masuk. Ruang itu kembali diselubungi kegelapan. Kanak-kanak itu hilang dari pandangan, meninggalkan Irina sendirian, berdepan dengan kegelapan dan suara-suara yang mula berbisik di sekelilingnya.


⋅˚₊‧ ୨୧ ‧₊˚ ⋅



"THIS is crazy and shocking," gumam Ren sambil berjalan ke hulu ke hilir di hadapan Zachary. Tangannya erat memegang iPad, membaca maklumat yang baru diterimanya.

"Can you fucking sit? You're giving me a damn headache, Ren," ujar Zachary dengan nada geram. Matanya sekilas melirik ke arah tubuh Irina yang terbaring kaku di atas katil, wajahnya tenang namun dingin.

Ren menghentikan langkahnya dan memandang Zachary dengan serius.

"What's wrong now?" soal Zachary, nadanya penuh kekesalan.

Ren menghela nafas panjang sebelum menjelaskan, "Your wife has a condition called congenital analgesia or Congenital Insensitivity to Pain... CIP," ujarnya sambil menunjukkan laporan kesihatan Irina yang baru saja diterimanya dari London.

Zachary berkerut, tidak memahami istilah itu. "Fucking explain in human language," pintanya dengan nada mendesak.

Ren menatapnya, berusaha menenangkan diri. "She cannot feel pain. Or maybe, she has never felt it in her life," jelasnya dengan bahasa yang lebih mudah.

Zachary terpaku. Tubuhnya menegang ketika ingatannya memutar kembali segala yang pernah berlaku.

"Does she ever complain of being hurt when she's with you? Or have you seen her injured but acting like it's nothing?" Ren menyoal, cuba membaca reaksi Zachary.

The Greatest Marriage SecretWhere stories live. Discover now