Alam kubur adalah tempat persinggahan yang pertama dalam proses kehidupan kita sebelum menuju ke alam Akhirat. Alam kubur juga merupakan tempat permulaan seorang manusia itu dihukum mengikut amalan semasa hidup didunia. Maka barangsiapa yang berbahagia di alam kubur, merekalah orang yang berbahagia di alam Akhirat. Dan barangsiapa yang menderita di alam kubur, mereka jualah yang akan menderita di alam Akhirat kelak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi yang bermaksud:-
"Sesungguhnya kubur itu adalah rumah pertama dari rumah-rumah Akhirat, barangsiapa selamat darinya, maka mudahlah selepasnya, dan barangsiapa tidak selamat, maka sulitlah selepasnya."
