Apakah bekalan yang kita sediakan untuk diri kita, ketika berseorangan di sana nanti. Inilah hakikat kehidupan dan kematian kita tidak boleh lari daripadanya. Nikmat atau azab kubur ini adalah sesuatu yang wajib kita percaya, yakin dan imani walaupun ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita kerana ia merupakan perkara "sami'iyat" disamping dapat mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Orang yang tidak mempercayainya pasti akan terus leka dan lalai dalam mengharungi kehidupan mereka didunia dan akhirnya berpindah ke alam kubur dengan tangan kosong, tiada apa-apa amalan atau bekalan.