"Tiara?"
Aku hampir sahaja melompat apabila seorang menegur aku...
Aku memandang pemilik suara itu...
"Livia?"
Perempuan berambut ungu itu bangun dari katilnya...
"Kenapa awak ada di sini?"
Livia melangkah mendekati aku...
"Err... Alex kata saya akan tinggal di bilik ni..."
Livia mengerutkan dahi...
"Tapi... Bilik ni untuk pahlawan istana sahaja..."
Aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum kekok...
"Tahu... Dan... Tiara dah jadi pahlawan istana..."
Livia membulatkan mata...
"Betul ka? Wah... Baguslah! Boleh selalu jumpa Tiara..."
Aku hanya tersenyum...
"Oh! Lupa nk beritahu... Katil Tiara dekat situ... Dalam almari tu ada uniform pahlawan dan keperluan yang lain... Ingat! Esok pagi kita semua ada misi! Jadi pakai baju seragam pahlawan dan berkumpul dekat depan istana pukul 8... Oh! Tiara dah cari kuda ka?"
Aku mengerutkan dahi...
"Kuda?"
Livia menepuk dahi...
"Ish! Mesti Alex x bagitau ni! Jom ikut saya!"
Livia terus menarik tangan aku membuatkan aku hampir tersembam dan mula mengheret aku ke belakang istana...
Sampai ja di belakang istana bunyi kuda mula kedengaran...
Wah...
Banyaknya kuda...
"Awak pilihlah yang mana pun... Cuma jangan ambil yang ada tanda nama pada kandang kuda tu... Yang tu sudah bertuan..."
Aku mengangguk dan mula melihat kuda² tu...
Herm...
Neigh~ Neigh~
Aku menoleh memandang seekor kuda yang sedang berbunyi dan memandang ke kandang sebelahnya...
Aku melangkah mendekati kuda putih itu...
"Eh? Kenapa ni?"
Aku mengusap kepala kuda itu tetapi dia masih berbunyi dan tidak tenang...
Aku memandang kandang di sebelahnya...
Apa?!
"Livia! Datang sini!"
Aku menjerit memanggil Livia...
Kandang sebelah kandang kuda putih itu aku masuk...
Kuda hitan di dalam itu sedang terbaring lemah...
"Kenapa Tiara? Eh? Evren!"
Livia melutut di sebelah aku...
"Kenapa dengan Evren ni Tiara?! Aduh!"
"Saya x tahu! Tahu² saja kuda ni dah terbaring atas lantai ni!"
Aku mula menekupkan tangan pada perut kuda itu...
"Saya akan panggil Alex!"
Livia teruz berlari meninggalkan aku seorang diri dengan kuda hitam ni...
Eh?
Kenapa?
Kenapa ada cahaya warna merah dalam badan dia?
Macam...
Aura racun...
"Evren!"
Seorang lelaki melutut di sebelah aku membuatkan aku terloncat sedikit...
"Alex?"
Alex mengusap kepala kuda hitam tu perlahan...
Mukanya diselaputi perasaan risau...
Kuda kepunyaannya mungkin...
"Kenapa dengan Evren?!"
Alex menyoal aku cemas...
"Saya rasa dia kena racun... Ada x dia makan sesuatu yang pelik? "
Alex mula berfikir..
"Saya rasa... Ah! Ada! Masa saya jalankan misi di Floral Kingdom Evren ada makan rumput gang warna merah! Saya ingatkan rumput tu ok ja..."
Rumput?
Warna merah?
X silap lagi!
"Poizunuies! Racun tu! Saya agak Kuda ni makan rumput yang ada racun tu!"
Sekali lagi aku menekap tangan aku pada perut kuda tu...
"Habis sekarang macam mana? Clarion pun waktu ni lah ada misi!"
Alex mula mengusutkan rambut hitam likatnya...
"Jangan risau saya akan cuba keluarkan racun tu..."
Aku memejamkan mata dan mula fokus...
Aku cuba mencapai cahaya merah itu...
Aku mengangkat tangan perlahan² dan mula membuka mata...
Sekarang asap² merah itu berada pada tangan aku...
Aku menggenggam tangan aku dan asap merah itu lesap dari radar...
Kuda hitam itu terus x sedarkan diri...
"Evren?"
Alex menggoncang tubuh kuda itu perlahan...
"Jangan risau... Dia hanya tidur kejap... Dalam beberapa minit nanti dia bangunlah tu..."
Aku bangun dan menepuk baju aku...
"Terima kasih Tiara..."
Aku tersenyum..
"No prob! Lagi pun kuda putih ni yang bunyi tadi sampai saya tahu yang kuda ni sakit..."
Kuda putih yang berada di sebelah sangkar tadi aku usap kepalanya...
Dia mula sedikit tenang...
"Evry ka yang panggil awak tu?"
Aku mengerutkan dahi...
"Evry?"
Alex mengangguk...
"Dia sebelum ni kuda kepunyaan Vyldia... Tapi lepas Vyldia x ada ni... Dia jadi makin agressif... Tapi dia ok dengan awak..."
Aku menoleh memandang kuda itu...
"Evry ya? Baiklah! Saya akan ambil awak!"
Evry menghasilkan bunyi seperti dia suka akan aku menjadi tuannya...
Aku tersenyum melihat Evry...
Nampaknya...
Aku memang berkaitan dengan Vyldia...
Bersambung...
YOU ARE READING
Warrior In Silent [C.O]
Fantasy"Kenapa?! Ayahanda fikir anakanda lemah?! Kalau anakanda selamat pun ayahanda fikir rakyat Elemental World akan terima Vyl sebagai pentadbir dunia ni?! Orang yang x ada kuasa macam Vyl ni nk jadi pentadbir? Jangan berguraulah ayahanda!"-Vyldia