Lagu bernada rancak yang terpasang sejak sejam yang lalu diberhentikan. Sebotol air mineral dicapai dan diteguk perlahan-lahan. Peluh yang menitik di dahi dan bawah dagunya dikesat dengan belakang tangan.
Daripada posisi berdiri, dia duduk sambil kepala didongak memandang siling biliknya. Matanya tertancap pada kelendar yang dilekatkan di dinding.
"Lagi beberapa hari je, tapi macam tak ada apa apa perubahan pun." dia mengeluh perlahan. Menyanyi, menari, rap semuanya dia dah praktis. Semua ini semata mata untuk menyertai ujibakat sebagai artis di beberapa buah syarikat dalam masa terdekat ni.
Kini, dia bangun semula. Dia tidak mahu berputus asa. Dia mahu impiannya direliasisasikan.
Jeon Jeongguk, berusahalah !
.
Air mineral diteguk lagi. Gugup. Itulah yang dirasakannya saat ini. Keadaan di sekelilingnya dipandang. Begitu ramai remaja seusianya ingin mencuba nasib menjadi artis dengan mempertaruhkan bakat dan rupa yang mereka ada.
Pintu kayu berwarna coklat yang berada beberapa meter darinya kelihatan dibuka dari dalam. Seorang remaja perempuan keluar dengan wajah yang sungguh ceria. Kelihatan beberapa orang remaja yang lain memeluknya dengan erat. Berbakul-bakul ucapan tahniah diterimanya.
Lamunan Jungkook terhenti saat suara di corong pembesar suara mula bergema. "Peserta 1090, sila masuk ke dalam."
Dengan kata kata semangat yang diucapkan pada diri sendiri, dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan penuh keyakinan.
Sebaik sahaja dia berdiri di atas platform itu, dia disoal oleh seorang juri. "Jeon.. Jeongguk. Apa kelebihan awak ?"
.
Bangku kayu yang berada di bawah pohon ceri menjadi tempat dia mengisi perutnya yang kosong sejak pagi tadi. Sekotak susu dan dua biji kimbap nasi berbentuk segi tiga yang dibeli di kedai serbaneka sebentar tadi dipegang.
Kata kata salah seorang juri yang menghakiminya tadi masih terngiang ngiang di telinganya. "Skil nyanyian awak perlu diperbetulkan lagi. Maaf, awak gagal ujibakat ni."
Handphonenya dikeluarkan dari beg galas yang diletakkan di sisinya. Aplikasi 'Reminder' dipandang. Ini ujibakat terakhir dan dia sudah gagal lagi. Mungkin dia memang tiada peluang untuk menjadi seorang artis yang akan menghiburkan peminat dengan lagu lagunya.
Bungkusan kimbap dibuka dengan cermat. Sedikit demi sedikit kimbap itu digigit. Sambil menikmati hidangan ringkas itu, dia cuba melupakan kejadian sebentar tadi.
.
Alatan kelengkapan sekolah yang baru dibelinya dimasukkan ke dalam beg galas. Dia menghembus nafas perlahan dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Earphonenya ditanggalkan kedua dua belah setelah menyedari playlistnya telah habis memainkan semua lagu kegemarannya. Dia berjalan dan terus berjalan sehinggalah dia terdengar sesuatu.
Jeongguk melihat figura yang baru sahaja melepasinya dengan perasaan kagum. Kelancaran rap lelaki itu betul betul menarik perhatian dia. Jejaka itu nampak sangat berkarisma. Memang cool !
Selepas lelaki itu masuk ke dalam bangunan di hadapannya, dia terus mendekati pintu masuk bangunan itu. Terdapat satu notis berkenaan pencarian bakat sebagai trainee baharu di syarikat itu.
Sinar harapan bersinar kembali. Jeon Jeongguk tekad untuk menyertai ujibakat di syarikat itu.
Terima kasih pada lelaki tadi. Dia telah menaikkan semula semangat remaja 15 tahun itu untuk mengejar cita citanya semula.
.
Seminggu telah berlalu sejak dia menghadiri ujibakat di syarikat Bighit Entertainment. Jeongguk risau kalau dia tidak diterima lagi seperti syarikat syarikat yang sebelum ini.
Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi meja belajar sementara dia mengambil tempat di atas katilnya yang empuk.
Sedang dia ingin melelapkan mata, suara ibunya bergema di luar pintu bilik diselangi dengan beberapa ketukan. "Ya ibu, masuklah."
"Ini ada surat untuk kamu." kata ibunya sambil menyerahkan sepucuk sampul surat. Jeongguk bingkas bangun dan memandang ibunya lama.
Tanpa melihat siapa pengirimnya, dia terus membuka sampul surat itu. Isi di dalamnya lebih penting.
Jeongguk membaca setiap butiran surat itu dengan cepat dan terus memeluk ibunya yang masih duduk di birai katil dengan linangan air mata.
Surat dari Bighit Entertainment itu mengatakan bahawa dia diterima sebagai trainee di sana. Syukurlah, akhirnya langkah untuk menjadi seorang penghibur semakin dipermudahkan.
.
Kelihatan pintu berwarna kelabu yang berlabel 'Bilik Menunggu' dikuak dari luar. Seorang kru lelaki menjengulkan kepala ke dalam.
"Bangtan Sonyeondan, dah siap ?" soal lelaki itu. Tujuh jejaka kacak yang menghuni bilik itu mengangguk laju sambil bersorak. "Ya !!!"
Ketujuh tujuh mereka kini bergerak ke belakang pentas dengan senyuman lebar. Tak sabar untuk membuat persembahan di hadapan para peminat mereka yang digelar 'ARMY'.
Jeongguk membetulkan sedikit rambutnya sebelum meneguk air mineral sedikit. Panggilan membernya membuatkan dia terhenti sebentar. "Jungkook, marilah."
Seorang lagi membernya itu si ketua, Rap Monster yang pernah menjadi inspirasi buat Jungkook menyertai Bighit Entertainment meletakkan tangannya di hadapan. Diikuti dengan para member yang lain iaitu Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan seterusnya Jungkook sendiri.
"Bang Bang Bang Bangtan !" sorak mereka bertujuh serentak.
Langkah kakinya diteruskan sehingga ke atas platform berbentuk bulat dan terus mengambil posisinya sendiri. Jungkook menarik nafas dan tersenyum saat matanya meliar ke segenap stadium yang dihiasi dengan cahaya dari lightstick rasmi BTS yang dihayunkan oleh puluhan ribu ARMY. Sorakan para peminat semakin galak kedengaran.
Irama lagu 'Born Singer' yang berkumandang di segenap ruang dihayati Jungkook sebaiknya.
I'm a born singer jom neujeo beorin gobaek I swear
Eonjena mulgiman haesseotdeon singiruga nun ape isseo (yeogi isseo)
I'm a born singer eojjeomyeon ireun gobaek
Geuraedo neomu haengbokhae I'm good
Bait lirik itu dihadamkan sepenuhnya. Menitis air matanya tatkala mindanya mengimbas kembali segala perit dan getir yang pernah dilaluinya sebelum debut sebagai salah seorang ahli Bangtan Sonyeondan.
"Yes, I'm a born singer." bisiknya sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/125642953-288-k720805.jpg)