Bab 2

37 4 0
                                    

4 tahun lalu 

IOI City Mall Putrajaya menjadi pilihan Adel pada hujung minggu ini . Sebelum menduduki exam semester terakhir lebih baik dia menghabiskan masa di sini . Alah bukan selalu pun . Tetapi bezanya kali ini , dia datang berseorangan . Nathan pulak perlu menghabiskan waktunya dengan buku . Jadilah terpaksalah dia bersendirian . Baginya dengan melihat ragam-ragam manusia di sini , dia dapat menghilangkan stress . Adakalanya dia ketawa terbahak-bahak melihat telatah telatah manusia yang ada di situ . Sedang ralit dia melihat sesuatu pertunjukan yang diadakan di tengah tengah mall , tiba tiba kakinya rasa disepak . 

" Aduh " adu Adel kemudian membelek kakinya . 'Haaa ni nak marah ni . Tak cari pasal pun kena sepak ' terus dia mendongak ke atas . Zappp . Hensemnya dia . Mata dia . Bibir dia . Alis mata dia . Bidadara syurga kah ini ? Terus hilang rasa nak marah tadi . 

"Miss ? Hello miss ? Awak tak apa-apa ?" tegur lelaki itu . Namun tiada balasan daripada Adel membuatkan  dia terus berlutut untuk melihat kaki yang disepaknya tadi . ' Itulah kau , jalan tak tengok depan . Alih-alih tersadung pulak kaki orang . Nasib baik perempuan ni em macam baik . Kalau perempuan yang pakai bedak sekilo tambah lagi yang pakai pakaian tak cukup kain tu memang sah tamatnya riwayat Muhammad Firdaus .' 

Terkedu Adel melihat kakinya dipegang oleh jejaka kacak tadi . Bagaikan dipukau , dia tidak mampu mengeluarkan suara kerana baru sekarang dia dapat amati wajah lelaki tersebut dengan lebih jelas . ' Macam pernah nampaklah lelaki ni tetapi siapa ya ? Gotchaaa ! Dialah senior yang paling hot dan sentiasa dikelilingi aweknya yang panjangnya dari Perlis ke Johor . huahuahuaha aduh-aduh . Sedarlah Adel sedarlah .'

" Eh apa ni . Kau siapa ni nak pegang pegang aku ?" Tepis Adel . 

" Ops im sorry . I panggil you berkali kali tapi you keras je macam batu . Thats why i belek kaki you . Kutlah sakit sangat sampai otak you pun dah tak dapat berfungsi . " 

" Heyy watch your mouth ! Dah sedap-sedap langgar orang lepas tu kutuk kutuk pulak . Haa kalau macam ni lah perangai rakyat Malaysia , bila Malaysia nak maju ? Takda adab betul ." Ops terkeluar topik pulak . Aishh nilah akibatnya kalau 4 tahun berturut-turut menang pidato . Aiceyy riak pulak aku . 'Okey cool Adel cool . Jangan marah-marah . Sedarlah kau kat mana sekarang ni  , semua tengah tengok kau ni .'

Firdaus terdiam melihat si comel loteh ini tengah membebel . 'This girl quiet interesting la. Omg Omg dia blushing pulak . Aduh cair hati abang ni dik . Ayuh kita cuba dia sekali mana tahu dapat hasil hahaha '

"You okey tak ni ? Kalau tak okey meh i papah . Kita gi klinik . Free of charge je plus i rela kalau nak tolong you . Mane tahu tersangkut ke kann uhukkk ."

 'Malas layan mamat ni . Dasar lelaki semua gelenya kecuali si Nathan hahaha ops terpuji boyfriend sendiri pulak' . Tanpa membuang masa , Adel menggunakan sepenuh kudratnya untuk bangun walaupun kakinya berasa berdenyut-denyut selepas memberikan jelingan maut kepada Firdaus  .  Alangkah malangnya dia kerana dia tidak dapat menegakkan badan laju terjatuh . Terus terpejam mata Adel menahan malu bahawa dia akan diketawakan sebentar lagi tambah lagi ada mamat sebelah ni .

'Aik . Kenapa jatuh ni tak rasa apa apa pun ? Tetapi rasa seperti dipeluk orang . WHATT ?? Dipelukk ??!!'  Terus Adel membuka mata . Nak sangat dia pitam ketika itu kerana dia malu dengan hakikat bahawa dia sedang dipeluk oleh si mamat itu . 

"Dah tahu tak boleh bangun tu , takpayah lah bangun . Mintaklah tolong . Ini tak , sombong". Usai berkata demikian , terus dia mengendong gadis itu . Pada awalnya dia tidak mahu menolong tetapi disebabkan hatinya sudah terpaut , terpaksalah dia tolong . 

"Aish you ni . Ape ni lepaslah . Malulah semua orang tengok . I bolehlah jalan sendiri " dengus Adel . 'Ya Allah , aku harap sangat takda sesiapa pun yang nampak apa yang terjadi ya Allah tambahan lagi Nathan atau kawan-kawannya . Comfirm kena sembelih nanti .' Tetapi tanpa disedari , ada mata-mata yang telah mengambil gambar mereka . 

" Better you shut up your mouth before i kiss you ". Pintu lift ditekan sebelum meloboskan diri ke dalam lift . Apabila sampai ke tingkat parking bawah tanah , terus dia membuka pintu lalu memasukkan gadis itu ke dalam kereta kemudian memandu membelahi jalan raya . ' fuh kecik kecik pun berat minah ni' 

*

*

Setelah selesai pemeriksaan , Firdaus membawa gadis itu ke Restoran Niana . Perut yang berkeroncong diminta isi walaupun sudah ditegah oleh Adel supaya terus menghantarnya pulang . Meja makan yang dipenuhi hidangan itu senyap tanpa suara kecuali bunyi sudu dan garfu . Bosan dengan keadaan itu , terpaksalah dia membuka mulut dahulu . 

"Siapa nama ?"

"Adel ."

" Umur  ?"

" 23 "

"Study mana ?"

" Uni Malaya"

" Kuatnya jodoh kita . Pertemuan tak diduga , belajar pulak tempat yang sama . Haih i rasa macam nak suruh mommy i pergi meminang you je esok ." Dia menayangkan senyuman yang paling manis kepada gadis itu . Namun selepas melihat tiada riaksi daripada Adel , terus dia mematikan senyumannya . 'cis kemain sombong kau . Tak cairkah dia dengan senyuman ini ?'

"Stoplah merepek . I penat . I nak balik . Malangnya harini dapat jumpa mamat ntah pape macam you ni . Dah la kaki sakit , hati pun naik bengkak dah tengok muka you ."

" Miss Adel Sayang , I bukan ape ...."

" Adel Arissa " panggil seseorang lantas mematikan perbualan diantara Firdaus dan Adel . 

Terkasima Adel melihat wajah yang dirindui itu . Walaupun baru separuh hari tak jumpa , rindu sudah menggunung . 'Okey sekarang dalam bahaya . Mata dia menggambarkan kemarahan . Ok aku takut .'

" Nathan awak buat apa dekat sini ?"

" Saya keluar isi perut sebab lapar sangat seharian membelek buku and awak sayang , awak buat apa kat sini and siapa mamat ni ? Do you know each other ? And why you tak inform saya  yang awak nak keluar dengan dia ni ?" tanyanya dengan nada agak sederhana . Tanpa menunggu balasan Adel , terus Nathan menarik tangan Adel keluar dari restoran tersebut . 

Kaki yang sakit itu kembali berdenyut . Dia terpaksa berjalan laju dan menahan rasa sakit itu demi menyaringi langkah Nathan . 

"Awak please jalan slow slow . Kaki saya sakit ni ." katanya perlahan terus mematikan langkah Nathan . 

" Ya Allah . Im sorry saya terikut ikut dengan amarah saya tadi . Kaki awak kenapa ni sayang ? sorry saya careless . Kalau saya tahu awak sakit , dari tadi lagi saya akan kendong awak . Sakit lagi tak sayang ?" Terus dia membelek kaki yang berbalut itu . " Awak tunggu sini tau . Saya gi ambik kereta ." Selepas mendapat anggukan dari Adel , terus dia berlari anak mencari keretanya . Dia takut akan keselamatan Adel yang ditinggalkan bersendirian di kawasan yang agak gelap . Dia hanya mampu berdoa supaya pengarang jantungnya itu selamat . 

*

*

*

"You owed me explanation sayang." Kata Nathan memulakan perbualan . 

" Kan pagi tadi saya cakap nak keluar gi ioi kan lepas tu saya pegi la . Sedang saya tengok show dekat situ tiba tiba mamat tu tersepak kaki saya . Terbongkok bongkah lah saya tahan sakit . Lepas tu saya tak boleh jalan , terus dia kendong saya . Awak tahu tak ? Saya malu tau orang tengok plus saya takut awak nampak . Takut awak cakap saya curang ." suara Adel semakin sayu . Air mata bergelinang itu disekat Nathan . 

" Sayang kan saya dah cakap , saya akan percaya awak . No worry okey ? Dah lupa ke saya kan jenis yang berpegang pada janji . Saya akan kotakan janji janji manis yang pernah saya lafaz dulu sama ada lambat atau cepat je  . Itu je saya nak ingatkan awak . Ok then , macam mana awak boleh ikut dia gi restoran tu ? dan dialah yang bawak awak gi klinik tu ?" 


Tbc 


Hanya di HatikuWhere stories live. Discover now