Bab 4

28 1 0
                                    

" Not again Nathan Muhammad ," katanya bernada tegas sambil menahan air mata yang bergelinang . Hell no , dia takkan terjebak lagi dalam pujuk-rayu Nathan untuk naik benda alah ni . Nak tau benda apa ? Roller coaster la !

" Alaa Adel sayang  , tadikan cakap datang nak happy happy having fun . Pleasee ." Sudah menjadi kebiasaan , dia harus memujuk Adel untuk naik Roller Coaster ini yang bertinggi 54 m . Memang gila bagi Adel kerana dia takut akan ketinggian . Walaupun dah banyak kali naik , tetapi rasa takut itu takkan pernah hilang tambahan pula semakin menakutkannya . Teringat kata-kata Adel dalam kereta tadi , " Im warning you ya Nathan Muhammad , Jangan cuba buat perangai macam sebelum ni . Kalau awak pujuk lagi untuk naik benda alah tu , saya merajuk sebulan . Huh ", katanya bernada sinis . 

" Ta..k tak naaaak . Takutt ...Nathan ." Tedaaaa nangis sudaaaa anak dara Datin Mariam . Nathan sudah ketawa mengekek . Takut punya pasal sampai sanggup nangis . Kalau nak tahu , ini bukan kali pertama Adel nangis sebegini malahan ada ketika sampai terguling-guling atas lantai sehinggakan ramai orang menggeremuni mereka . 

" Please sayang . Lagipun ni last dah saya main semua ni dengan sayang . Jomlah untuk kali terakhir ," kata Nathan bernada perlahan namun masih boleh didengari Adel . 

" Apa awak merepek ni ? Awak nak tinggal saya ke ? Dah tak sayang saya ke ? "

" Eh no sayang . bukan macam tu maksud saya  . Yelah ajal maut kan di tangan Tuhan . Bila - bila masa je Dia boleh tarik nyawa hamba-Nya kan ?"

" But maksud awak macam ...."

" Aip mulalah tu nak fikir bukan-bukan . Dah jom naik our favourite game " katanya menidakkan apa yang terlintas di fikiran Adel . 'Seaandainya berselindung adalah yang terbaik buatku dan buat dirinya , aku mohon agar kau tetapkanlah hatinya untuk menunggu diriku .'

Nathan memandang sayu ke arah Adel . Bukan niatnya untuk berkeputusan sedemikian tetapi untuk kepentingan gadis kesayangan itu jugak . Dia berjanji akan memenuhi hari hari yang mendatang bersama Adel demi mecipta memori yang akan dia bawa untuk ke sana .

" You menungkan apa lagi . Jomlah " . Adel kemudian menarik tangan Nathan untuk beratur membeli tiket . Walaupun terpaksa melawan perasaan takut ini , tetapi ada yang lebih menakutkan dirinya . Iaitu ayat Nathan tadi . Bagaimana kalau dia memaksudkannya ?

" Sayang , nak saya pakaikan seat belt ke ? " Teguran Nathan mematikan lamunan Adel . 'laaa dah beli tiket dan dah naik pun dan dann ... WHATT ??!! WHY DUDUK SEAT DEPAN SEKALI ?' uwaaaaa 

" Awak nak bunuh saya ke apa Nathan ?! Macam mana kalau terjatuh kat bawah sana terus ? Ish awak ni ! Benci tau " . Dicubitnya lengan Nathan yang dari tadi asyik mentertawakannya . Air mata yang mengalir turun tanpa henti juga menyebabkan ramai yang ketawakannya . 

" Sayang shuhh diam lah " . Pujuk Nathan disusuli ketawa . Itulah akibatnya bila selalu tengok Final Destination . Memang thriller habis cerita tu . 

Roller coaster  mula berjalan . Air mata juga turun tidak henti-henti seiring dengan mulut Adel yang asyik pot-pet dari tadi . Kecut perut apabila terpandang  permandangan di bawah . Sumpah ini betul-betul kali terakhir dia naik benda ni dengan Nathan . Lepas ni , jangan haraplah dia nak naik benda alah ni lagi . 

" Yuhuuu best kan sayang ?" Katanya disusuli ketawa . Wajah pucat lesi itu menggeletek pangkal hati apabila turun daripada roller coaster. Sudahlah mulut tu dari sebelum naik sehingga dah turun tak berhenti bercakap , tambah pulak wajah pucat lesi itu . Ni makin sayang ni . 'Adel kalau awak nak tahu , kita tak dapat naik game ni lagi nanti . Tapi siapa tahu , kalau jodoh kita panjang , saya akan paksa awak sekali lagi untuk naik benda ni muahahaha' 

Sepanjang perjalanan , Adel hanya diam membisu . Dia lebih banyak memandang ke arah jalan raya . Entah mengapa , dia merasakan ini kali terakhir untuk dia bersama Nathan . Dia lebih banyak diam bukan kerana masih marahkan Nathan kerana memaksanya menaiki roller coaster tersebut , namun firasatnya mengatakan bahawa Nathan mahu meninggalkannya . 

Setengah jam memandu , akhirnya tiba di Taman Rose Elit iaitu taman perumahan Adel . Melihat kebisuan Adel menambat rasa bersalah dalam dirinya . 'Sebelum ni kejap je merajuk , ni new record ni .'

" Sayang , im sorry " katanya lalu cuba meraih tangan Adel . Adel sedikit tersentak mematikan lamunannya . ' La dah sampai rupanya ' 

" Can you repeat it again ?"

" I said that im sorry sebab paksa sayang naik benda tu even sayang dah warning . Im sorry sangat sangat . Saya janji lepas ni saya tak paksa sayang naik lagi dah ". Pujuknya . 

" Eh sokey laa . Saya tak marahkan awak pun . Im just tired and terfikir pasal ayat Firdaus tu . Im scared ." 'Ah lantaklah salah topik pun , asalkan Nathan tak rasa bersalah . Hahaha comelnya muka bersalah dia. 

" Sayang ni , mati-mati saya ingat awak merajuk tauu . Naughty girl !" Seraya dengan itu , dia mencuit hidung Adel lalu mengusap kepalanya . ' Saya jugak risau pasal tu kerana saya tak janji that i will always protect you '

" Okeylah sayang . I have to go . Datin Mariam dah mengendap tu ." Seketika kemudian , tawa mereka bergabung . ' Mama ni , risau sungguh anak dara dia ni hohoho ' 

Sebelum kereta meluncur pergi , Nathan sempat berpesan kepada Adel untuk selalu jaga diri , jaga solat , jaga hati dan berdoa agar jodoh mereka berpanjangan . Adel memandang sayu kearah kereta BMW biru tua itu sambil memegang dada . Sayu rasanya tetapi dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah setelah melihat kelibat seorang lelaki yang sedang memerhatinya disebalik pokok berhadapan rumahnya . 






































You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya di HatikuWhere stories live. Discover now